Kisah ani pun sebuah kisah benar. Terjadi pada tahun lapas, tahun 2007. Memang inda dapat kulupakan ni insiden ani. Terlampau cali lah. Inda ku tau kamu yang membaca cerita ani. Tiap-tiap hari Khamis macam biasalah ada waktu CCA. Start kan breaktime ramai tia sudah tu urang bersosial. Ada yang bekumpul di kantin, di concourse, di gym, di hostel dan di auditorium. Prepare untuk CCA lah. Kalau aku, lapas kelas Physics tarus tah ku ke concourse. Kadang-kadang bekumpul dulu di kantin sekajap kalau kan bebaya sama-sama ke concourse.
Aku ahli kelab fitness sama si Fakhrin, Acai, Naz, Aaron, Safwan, Wafiy, Ali, Sidek, Afiq, Rujhan, Afif(Sebelum ia pindah ke bowling club). Ada diantara kami ani "rajin" lah datang. Malas ku menyabutkan namanya. Tau lah kamu siapa diri kamu atu haha. Kami workout di JPMC. The first few weeks nada kana provide transport. Iatah ada time atu si Saf membawa kerita. Masa balik, semua urang ikut arahnya. 9 urang besardin dalam keritanya dari Jerudong sampai ke MS. Adatah cara kami memuatkan diri kami tu ke dalam kerita si Saf yang "basar" atu. Dapat sudah masuk Brunei Book of Records tu.
Minggu-minggu yang berikutnya, barutah kana sediakan bas. Start ani sudah ada yang makin "rajin" datang pasal banyak yang belesen kerita sudah. So adalah hari atu kami yang inda ikut kawan-kawan yang 'rajin' atu, ke JPMC pakai bas. Aku, Fakhrin, Naz dan Aaron kali yang ganya kesana. Alhamdulillah, tahun ani fitness club member laki-laki & bini-bini kana satukan. So inda jua boringlah, ada jua kan diliat hahaha. Masa tahun 2006 ahli fitness laki-laki ganya ke JPMC ani.
Sebaik saja datang, masing-masinglah workout. Aku arah treadmill, yang lain ada yang angkat barat dan sebagainya. Lapas 45 minit berantilah ku berlari arah treadmill atu. Ku agalah arah si Fakhrin yang sedang workout. Aku inda pulang join ia, sekadar meliat lah saja. Si Aaron dan si Naz pun turut tumpang sekaki denganku.
Sedang kami siuk-siuk goyang kaki atu datanglah seorang bini-bini yang berisi badannya. Muda-mudalah bini-bini atu. Aganya arah kami.
"Ah.. boys, minta tulung ah. Carikanku seluar arah Jamban lelaki atu,"ucap bini-bini atu.
Aku hairan pasal bahapa ia kan minta carikan seluarnya arah jamban laki-laki atu. Ia atu bini-bini. Barangkali salah masuk kali tadi ke jamban laki-laki lapas atu ketinggalan seluarnya. So, ku lupakanlah kehairanan ku atu.
"Pendek kah panjang?" tanyaku.
Bangang ia bini-bini atu lapas mendangar soalan ku atu. Lalu dijawabnya dengan suara yang kecil, "Pendek kah inda tu ah? Cari sajalah."
Apakan jawapan yang dibarinya ani. Usul seluar sendiri pun inda tau kah. Tanpa berfikir panjang, aku, Aaron and si Naz pun masuklah ke jamban laki-laki atu. Kami carilah seluar bini-bini atu. Cari punya cari inda jua kami tejumpa. So keluar lah kami membagitau arah bini-bini atu yang kami inda tercari seluarnya.
"Sorry inda kami terjumpa seluar kita,"jelasku.
Bangang ia lagi bini-bini atu. "Bila ku minta carikan seluar?"
"Kita jua becakap tadi.."
"Seluar? Nyangku carikan kawanku namanya SI NUAR dalam jamban atu!"
"Oh, SI NUAR... Pikirku SELUAR! Hahahaha!"
Atu ketawa kami berabis-rabis. Si Fakhrin yang baru habis workout turut ketawa. Damit bah suara bini-bini atu sampai ia bepadah SI NUAR kami pikir SELUAR. Padantah ia bangang masa ku betanya "Pendek kah panjang?"
4 comments:
haha.. panat, panat..
hahaha.. telinga wah kami ah..
haha ktani2 andangnya.. no question bout it
Reader.zzatul: Hahaha. Telinga~ xP HAHA.
Post a Comment