Post ani pasal Bruneians, apa yang ada di Brunei & budayanya from my point of view. Maybe banyak sudah kamu baca dimana-mana ni.
1)Every meeting/gathering, walau damit sekalipun, mesti disudahi dengan acara 'mengasuh parut' tu.
2)Suka complain daripada membuat tindakan.
3)Emo and scene kids are on the rise di Brunei. Liat saja tah di Mall Gadong atu.
4)Tau sudah Brunei ani panas, tapi masih jua ada yang memakai jacket/sweater (males ah, kalau females aku faham lah pasal apa. Durang kan tutup aurat) atu masa bejalan-jalan. Mengikut arus fesyen lah tu konon. Tourists ku liat nada jua makai cematu haha.
5)Teenagers and young adults masa ani, kalau sehari inda chatting di MSN inda sah. Even kanak-kanak pun pandai tia jua kan chatting di MSN.
6)Di friendster durang ada about 500++ friends. Kira banggalah tu banyak kawannya di friendster atu. Tapi yang durang kenal banar-banar & pernah jumpa maybe dalam 20% or less ganya kali. Syabas!
7)Ada parking kusung banyak, masih jua mau parking arah tempat yang ada tanda NO PARKING. Kadang-kadang ada jua yang parking arah tempat kerita lalu. Bukankah menyusahkan urang lain tu. Walaupun kan maksa parking hampir.
8)Banyak urang Brunei mampu memiliki kerita sendiri. So, sananglah kemana-mana. As a result inda banyak urang Brunei pakai public transport especially yang bus purple atu hahahaha.
9)Achai param pam pam ialah 'artis' Brunei yang berjaya meraih populariti dalam masa yang singkat. Yang membuatkannya famous atu video 3gp nya yang menunjukkan ia sedang menyanyi lagu 'aku bana-bana kan kau' pakai baju asgar. Inda batah atu lagunya tarus jadi siulan urang-urang Brunei. Kana jadikan ringtone lagi tu! hahaha
10)Nasi katok sudah jadi makanan tradisional kitani hahaha. Macam-macam nama nasi katoknya si Brunei ani. Ada tia nasi katok mama, ada tia nasi katok lambak, ada tia nasi katok JJ and etc. Nasi Latuk ganya alum ku tejumpa. Latuk and katuk sama ertinya kan?haha
11)In terms of providing education, Brunei is one of the best. Free lagi tu. And macam-macam kemudahan kana bagi. So patutnya kitani students bersyukur lah. Jangan kan tau mengomplen ganya.
12)Pirated DVDs and VCDs are everywhere di Brunei ani hahaha
13)Keraja-keraja buruh di Brunei ani kana monopoli ulih foreigners.
14)Sekiranya tah kamu batah inda bejumpa someone, cari saja tah di Mall Gadong. Ada high chance kamu tejumpa ia disana tu. Biasalah, Mall Gadong atu kira the main social centre di Brunei kali ah.
15)The last 10 days of Ramadhan di Brunei dipanggil sebagai malam lailatul kadai, bukannya lailatul qadhar.
Bah atu saja dulu, nada idea ku lagi. Btw Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Siapa yang rasanya cukup syarat bepuasa atu, puasatah. Jangan inda puasa. Kalau yang alum mandi wajib atu, mandi wajib tah lakas-lakas. Hari Selasa ani kitani start puasa ni. Iatah masa yang paling sesuai untuk be-diet sambil beramal ni.
0 comments:
Post a Comment