Your Thoughts


Monday, March 29, 2010

80 percent progress



Sneak peak for my Maya Project. 80 % progress. Tapi ani bukan yang kan dihantar. The real thing is just 5 seconds duration. This 35 seconds video aku buat saja-saja.

Monday, March 15, 2010

Rejuvenated

Fuh. Lapas sebulan blog ani berhabuk dan beruras, akhirnya berseri jua kembali Boredom Bin ani. Title untuk cerita terbaru ani namanya "Pria Terhebat". Pasal apa cerita ani? Bacalah sendiri. Apa gunanya kamu belajar ABC 123 masa kindergarten kalau inda mau membaca. Insya-Allah sambungannya ada tu nanti. Tunggu saja.

Sebulan aku menghilang atu bukannya apa. Sibuk dengan assignments. Hectic. Terutamanya, course 3d modelling ku. Every Wednesday ada 6 hours of 3d workshop. 3 hours pagi & 3 hours patang. 1 hour break in between. Makan ruti paun saja waktu break atu. Kadang-kadang ruti paun atu bebali di kadai, mun lupa membawa dari rumah.

So apatah yang ku buat untuk 3d modelling ku ani? Maybe kamu pernah liat screenshots yang pernah ku tunjukkan dalam blog ani, titlenya "Maya oh Maya". Atu baru 5% tu. Sudahnya 100% nanti, mesti macam scene dalam game Warcraft. Liat gambar di bawah.

No, gambar yang di atas atu bukan aku yang buat. For example saja. Jangan kamu saspens eh. Cematu lah karang tu usulnya end product keraja ku. Well, harap-harap lah. Aku ani baru jua belajar kan menggunakan. Masa ani progressku baru 40 %. Deadlinenya in 3 weeks. Dapat kah inda siap tu? Insya-Allah dapat. Tapi terpaksa kurangkan main FIFA ni. Kacau eh.

Before ku mengundur diri, maritah aku menunjukkan apa yang ku buat untuk 3d modelling ku ani. Inda pulang seberapa ni aku punya modelling ani. Buat yang terbaik saja.

Starting dari cube.


Sudah ku baca mantera semerah padi, jadi cemani tia. Magic.

Lapas ku jampi lagi banyak-banyak, jadi cemani tia.

buildings and props.

20% progress
30% progress. Lapas bagi proper lightings and shadows.



40% progress. Ada foggy effect.

And finally...
100% progress. hebat kan? haha I wish! Screenshot dari FF13 ni. Aku curi dari website orang.

Mengantuk ku eh. Bah, tunggu saja sambungan cerita "Pria Terhebat". Ada tu nanti.

Saturday, March 13, 2010

Pria Terhebat part 1

Sebut saja nama Awang Taib, gerenti orang gentar. Lapas saja mendangar nama atu, sudah tentu ada yang takut sambil menalan aying liur, ada yang lututnya kajar-kajar, ada yang tarus keguguran uban dan kadang-kadang, ada jua yang sampai tekantut. Takut banar tah sudah tu mun sampai tekantut atu. Baik jua tekantut daripada tekirit.

Ya, akulah Awang Taib yang berasal dari Kampung Asap Tembakau. Aku ani bolehlah dikatakan sebagai salah seorang pendekar yang terhebat di kampungku. Bukannya kan ambung atau meninggi diri, tapi atulah kenyataannya. Aku ani memang pria terhebat.

Hari ani, aku bejalan keluar untuk membali gula. Cuaca hari ani, panas seperti biasa. Suhunya mungkin lebih kurang dalam 40 degree celcius. Atu cuma anggaran saja. Almaklumlah, pada zaman ani, thermometer alum lagi kana cipta. Maka dengan atu, aku inda dapat menghalang ketiakku daripada basah. Lupa lagi memakai deodorant tadi. Ah, bebau pun bebaulah. Bau maskulin bah tu.

Ketika dalam perjalananku, laluanku tiba-tiba dihalang oleh seorang lelaki yang memakai siraung bini. Aku inda berapa pasti siapakah gerangan orang atu kerana wajahnya terpampan dengan siraung bininya yang luar biasa basarnya.

"Siapakah gerangannya tuan hamba ani? Hamba ani kan membali gula arah kadai si Ah Chong. Mun tuan hamba memampan jalan, bulih dikatakan road block tu. Hamba ani lagi kan gagas, nada masa kan membayar surat saman,"kataku arah lelaki yang inda ku kenali atu.

"Hohoho. Inda tuan hamba ingat kah siapa hamba ani?"balas lelaki atu sambil menurunkan siraung bininya. Maka terpapar lah sebuah wajah yang inda berapa hensem. Oh, kedia rupanya. Siapa lagi, kalau bukan Pendekar Kirai Tabal.

"Oh kau rupanya Pendekar Kirai Tabal. Pikir samseng taie minyak mana tadi. Nampak gayanya kiraimu atu sudah tumbuh semula."

"Cis, bedebah kau! Kau tau betapa siksanya ku menunggu kiraiku ani tumbuh semula lapas kau cukur sesuka hati tahun lapas atu! Girlfriend ku pun lari tarus lapas meliat aku inda bekirai! Hari ani aku ingin menuntut balasan. Bersedialah untuk menempuh maut Awang Taib!"

Belum ku sempat berbuat apa-apa tiba-tiba aku jatuh tersungkur ke tanah. Rupa-rupanya buku lima si Pendekar Kirai Tabal sudah singgah ke wajahku yang berjerawat ani. Nah, pacah jerawatku tarus eh lapas kana tumbuk ah.

Pendekar Kirai Tabal ani memang terkenal dengan kepantasannya semasa berkelaie. Dengar kata, ia ani bagas johan lari jarak 100 meter, 200 meter, 400 meter & rentas desa di kampungnya. Inda hebat dimana tu.

Kepantasannya ani membuat mataku juling sampai ku paning. Kepeninganku atu memberi kesenangan kepada si Pendekar Kirai Tabal untuk menyerangku dengan bertubi-tubi. Tapi inda semana-mana telanggar tia ia atu ke arah sebatang pokok. Berguling-guling tarus ia ke tanah sambil memigang dahinya yang terhantuk. Yatahnah, telampau kan laju, pokok basar didapan pun inda sampat brake. Anilah peluang keemasan ku untuk menyerang balas. Dalam keadaanya yang masih beguling-guling atu, aku pun mencabut kirainya yang tabal atu dengan sekali cabut. Si Pendekar Kirai Tabal pun berteriak dalam keperitan.

"Hohoho, nah kau nah! 2 kali sudah kau inda bekirai ulihku, 2-0!"ujarku dengan bangga.

Selepas atu aku pun meneruskan perjalananku untuk membali gula di kedai si Ah Chong meninggalkan si Pendekar Kirai Tabal yang baru saja kehilangan kirainya. Mungkin ia patut mengubah namanya jadi "Pendekar Inda Bekirai".

bersambung...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More