Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan selamat munap saya ucapkan kepada para penonton sekalian. Bagaimana dengan perkhabaran anda pada malam ini? Saya harap semuanya sehat sehat sahaja dan dijauhi daripada segala penyakit angin-anginan. Bagaimana pula dengan Ramadhan anda? Full puasa? Kalau full, Alhamdulillah dan syabas saya ucapkan. Tapi kalau kamu tapuk tapuk kurik hidung sebelum waktu sungkai, bah, antam tah kamu disana.
Ya, setelah setahun tidak on air, kini rancangan Menyingkap Kain Sarung kembali dengan wajah baru yang menjanjikan episod episod yang lebih menarik, tertarik dan memang the bomb. Pada malam ini, saya, Haji June akan menjadi hos anda. Hos-hos sebelum ini, Haji Khamis, Haji Jumat dan Haji Sabtu tidak lagi akan dapat menemani anda setelah dipecat kerana ramai orang yang mengomplen mereka inda cukup hensem untuk jadi hos rancangan Menyingkap Kain Sarung.
Khabarnya Haji Jumat pada masa ani bekerja sebagai jurujual Coffee Bean di Times Square manakala Haji Khamis baru diterima kerja sebagai penggunting rambut di kedai gunting Ajib. Dan Haji Sabtu pula masih lagi menunggu interview di pejabat pos untuk menjadi pelakat stem. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada abis dorang.
Baiklah untuk tidak membuang masa lagi, Menyingkap Kain Sarung akan memaparkan sebuah isu yang menarik untuk episod kali ini. Harap-harap anda inda akan taisliur apabila saya menyebut isu yang ingin saya paparkan.
"Baga" atau Burger. Anda tau burger? Kalau inda tau burger, bukantah namanya manusia kamu atu.
Ya, atutah isu yang ingin kita kupas untuk episod malam ani. Mengenai dengan baga. bukan bagaru (bergaru), tetapi baga (burger). Macamana? Bebunyi tarus parut sesudah mendangar perkataan baga atu? Begagar nafsu? Menitis aying liur? Kampis semula parut? Lapar semula walaupun sungkai inda beranti tadi? Sudah nyangku, memang membagi taisliur. Kalau ada gerai baga hampir rumah abiskita, agatah membali tetapi abiskita akan rugi kerana inda dapat meliat Menyingkap Kain Sarung. Maka, sia sia pun tah saja. Karang membali baga atu.
Bisnes baga sejak kebelakangan ani mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai di Brunei. Ahoa Burger, Ahad Burger, Kapow burger dan Hommed baga adalah diantara beberapa premis baga yang terkenal di kalangan penduduk Brunei.
Fenomena bisnes baga yang meningkat secara mendadak ini membuatkan krew menyingkap kain sarung musykil. Apakah yang menyebabkan baga begitu popular baru baru ini? Untuk mencari kepastian, kami telah menerumah manager Boom Boom Pow Burger, Awang Haji Apoi. Mari kita dengarkan pendapat beliau mengenai perkara ini.
Haji Apoi: Waalaikumsalam. Eh, ok tu bro, no worries bro. Dusa tanggung sendiri tu bro ah.
krew: Boleh tuan haji ceritakan sedikit pasal kadai baga abiskita ani?
Haji Apoi: Bro...bro... Please bro... Jangantah betuan haji arahku. Muda ni masih aku ani bro. 50 tahun. Alum pencen bro. Ia cemani tu ceritanya bro, Boom Boom Pow Burger ani baganya lain dari yang lain. Sebab atu ramai customer malar betandang ke gerai kami ani bro.
Baga kami ani bro, inda tedapat di kadai baga lain ni bro. Mau burger ikan masin? Kami ada bro. Burger itik gembo gembo bro? Pun ada. Inda pernah merasa burger kurma? Kami ada menyediakan. Jangan watir bro.. Sabut saja apa, gerenti kami ada bro. Yang nada pun bulih jadi ada. Jadinya siapa yang rasa-rasanya taisliur, bah datangtah ke gerai no. 42 di stadium atau pigi tarus ke kadai kami di Mulaut, di sebalah kadai badil si Ah Kok.
Krew: Jadinya apa pendapat tuan Haji bro... eh Haji Bro tia pulang. Anu...apa pendapat tuan Haji pasal bisnes baga yang makin popular masa ani di brunei.
Haji Apoi: Inda merati kau ani bro, masih jua mau betuan tuan atu. Haish... Mau tau apa pendapat ku bro? Tiga M bro, tiga M. Murah, Mesra, Memuaskan. Baga-baga yang kana jual Murah dari kadai makanan segera. Penjualnya selalu Mesra pelanggan. Lain mesranya bro. Dan jua, baga ani Memuaskan parut pelanggan. Ingat tu bro, tiga M. Tiga M.
Seterusnya, kita tanyakan pula pendapat dari seorang penggemar baga yang mengaku dirinya sebagai "Raja Baga Brunei" kerana menurut beliau, hidupnya adalah untuk baga. Makan baga, tidur baga dan minum baga.
Tetapi malangnya anda terpaksa menunggu episod minggu hadapan untuk menyaksikannya temubual tersebut kerana masa siaran kita sudah hampir hampir tamat. Harap harap para penonton tidak berasa kecewa, marah dan jangan hampa sehingga membuat rusuhan besar-besaran di Bandar Seri Begawan. Apa jua ganya menunggu seminggu, atupun inda tahan kah.
Baiklah untuk mengakhiri episod kali ini, Assalamualaikum, selamat malam, selamat berpuasa dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap seseuka hati." Jangan lupa untuk menonton episod seterusnya!
3 comments:
lawa bro ceritamu, hahaha. bah inda ku sabar ni ah menunggu episode seterusnya, kan tau ku nama si raja baga brunei ah. hahaha.
thank you! really appreciate your comment! minggu dapan tu sambungannya, stay tune saja haha
hahaha, okay tuu.
Post a Comment