Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Ya, Alhamdulillah, bertemu kita lagi dalam siri Menyingkap Kain Sarung, sebuah rancangan yang memaparkan isu-isu semasa yang selalu menjadi diskusi hangat ulih paji-paji yang tinggal di kampung halaman saya. Sambil-sambil diskusi atu, mengupi lah tarus abisdia tu sambil mengurat pelayan wanita indonesia yang bekeraja di tempat mengupi atu. Masya-allah, urang-urang tuanya atu tah banar.
Anyway... Bagaimana dengan keadaan anda masa ini? Diharap anda semua sentiasa gembira dan bahagia di samping keluarga. Gaji & elaun pun sudah keluar. Maka inda ada alasan untuk inda bergembira tu. Kalau alum menerima, baik di complain arah boss tu nyanta.
Pada malam ini, saya Haji Kamis akan menjadi hos bagi rancangan ini. Malangnya Haji Jumat tidak dapat hadir pada malam ini sebagaimana yang telah beliau janjikan pada episod minggu lepas. Beliau dipercayai telah terkena jangkitan virus H1N1 dari amahnya yang baru balik dari mengambil degree in Housekeeping di London. So kana quarantine lah ia. Jadinya, saya, Insya-allah akan meneruskan saki-baki yang beliau tinggalkan dalam episod lepas yang mengupas tentang isu Poklen.
Pada episod yang lalu, sesi temubual kami dengan lady XYZ tidak sempat kami kongsikan kerana masa yang terlalu singkat. Jadinya, pada malam ini kami akan bawakan anda dengan sesi temubual tersebut. Oleh kerana lady XYZ itu seorang gadis melayu kedua terakhir yang pemalu tahap maharani, dia enggan ditemubual secara oral. Ia request kami supaya interview ia melalui MSN messenger saja. Mati eh, kebasaran jua bini-bini atu banar. Mau inda mau, krew kami terpaksa mengikut saja permintaannya. Maka, tanpa membuang masa mari kita saksikan sesi temuramah kami dengan lady XYZ:
krew: Hello
lady XYZ: VaH, Pa SJa Kn U inTrVieW ArH mE nie?
krew: Sorry lady XYZ. Dapat kau berbicara dalam Bahasa Melayu atau English? Inda ku paham..
lady XYZ: AhAKz cKp VrUNai JuA mE UdH ToH
krew: Ah apa?
lady XYZ: U nIe.. EkSYen2 tia NdA PhM.. WaWaWa
krew: Sorry Lady XYZ, dapat kitani chat dalam Melayu atau English?? can we chat in ENGLISH or MALAY?? DO YOU GET ME?? PAHAM KAU??
lady XYZ: oF CoZ LAh mE PhM.. mE UrG VrUNai Kli aH...
Tanpa pengetahuan kami, rupa-rupanya bahasa yang dipakai oleh lady XYZ itu adalah dipercayai sebagai bahasa poklen. Ceh, poklen pun ada bahasa sendiri kah. Baru jua ku tau tu. Perkara ini dikesahkan sendiri oleh Jimmy yang tinggal di sebalah rumah nini Haji Jumat. Jimmy merupakan seorang penuntut tingkatan lima yang pakar dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepoklenan.
"Yatah kamu atu inda tau. Chatting sama urang poklen pun kamu inda sadar. Memang bahasa Brunei tu yang dipakainya atu. Bukan bahasa Urdu atau jawa tu. Andang style chatting durang cematu tu," ujar Jimmy sambil mengeluarkan sebatang rokok dari poket baju sekolahnya.
Melalui pengesahan Jimmy tersebut, baharulah kami sedar bahawa sebenarnya banyak ciri-ciri yang boleh membuatkan seseorang itu poklen.
Adui, sekali lagi nampaknya masa inda begitu mengizinkan rancangan ini untuk diteruskan. Saksikan lagi sambungan Menyingkap Kain Sarung siri Poklen ini di minggu hadapan pada waktu dan hari yang sama. Liat ah, jangan inda liat. Mun kamu inda meliat, rugi saja bosku membayar gaji ku.
Akhir kata dari saya, Assalamualaikum, selamat malam dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap sesuka hati". Semoga kita bertemu kembali dalam episod minggu depan. Chow!!
0 comments:
Post a Comment