Berpandukan map yang dibagi ulih paji misteri atu, kami lima sekawan, aku, si Bub, si Damit, si Garip & si Toyib yang bekawan baik sejak dari dalam parut mama kami lagi, pun memulakan perjalanan.
Sungguhpun masa atu aku iski macam ambuk tejumpa pisang emas, namun jauh dalam sudut hatiku masih ada sikit rasa ijap-ijapan atu. Kadang-kadang timbul jua semula bayangan hukuman gelitik sampai mati atu. Inda apalah, asalkan urang-urang kampung inda tau tentang perkara ani, alum tah malaikat maut mau mencabut nyawaku tu.
Aku cuba menghilangkan perasaan ijap ku, tapi sekuat mana pun ku cuba masih jua inda mau hilang. Memajal macam salesman kan menjual barangnya yang inda jua seberapa. Apa akan jadi kalau aku mati? Kalau aku mati, siapakan melayan scandal-scandal ku? Kalau aku mati, siapa kan mengurat anak-anak dara yang ada dalam kampung ani? Susah hati ku memikirkan eh.
Bukan saja pasal hukuman gelitik sampai mati atu yang ku takutkan. Pasal gergasi yang hidup di dunia luar atu pun ku takut jua. Harap-harap inda lah kami terserempak dengan durang.
Setelah lama berjalan, akhirnya kami pun sampai ke ujung jalan. Tapi nada pun tanda-tanda kewujudan Jalan Buntak sepertimana yang dikatakan ulih paji misteri atu.
"Baie, mana Jalan Buntak ah?! Kana bullshit usulnya"ujar si Damit kehampaan.
"Eh, jangan putus asa dulu. Cuba kamu liat ni,"tiba-tiba si Toyib bersuara sambil menunjukkan sesuatu.
Mula-mula aku inda berapa nampak apa yang si Toyib tunjuk atu. Tapi lapas ku amati banar-banar, rupanya ada sebuah pintu yang kana cover dengan tanah. Aku pun apa lagi, iski lah. Iski tahap urang bujang baru kan bekawin.
Kami semua pun cuba membuka pintu atu. Setelah berusaha bersusah payah sampai basah bulu ketiak, akhirnya pintu atu pun dapat dibuka. Maka, disebalik pintu atu terungkaplah sebuah jalan yang usang. Anitah kali Jalan Buntak sepertimana yang dikatakan. Lama usulnya jalan ani inda bepakai. Baunya pun bau hapak.
Tanpa membuang masa kami pun masuk ke dalam sambil belusir macam kanak-kanak sekulah belusir lapas tedangar bunyi bell untuk rehat.
Alangkah happy nya kami masa atu. Happy sampai inda terasa mengalih. Padahal batah tu kami belusir ah. Inda batah atu, aku pun ternampak satu cahaya di hujung Jalan Buntak atu. Iatah kali cahaya matahari yang ingin ku liat sedari dulu atu.
Dan akhirnya kami pun sampai ke hujung jalan. Cahaya atu banar-banar menyilaukan mata kami. Payah jua kan meliat eh. Tepaksa disipitkan mata.
Wow, anitah dunia luar ni. Segala-galanya terang-benderang. Inda sama macam kampung kami. Sorang-sorang kagum sampai telupa niat kami mula-mula untuk menyubuk sekajap saja. Inda ku sangka, aku masa ani sedang menjejakkan kaki di dunia luar. Happy tahap CEO jua ku tu. Leka ku tarus bah ulihnya.
Di dalam kelekaan kami atu, tiba-tiba tanah yang ku pijak atu begagar. Mula-mula inda berapa kuat gegarannya, tapi semakin lama semakin kuat. Sampai terhumban badan kami ani ke atas. Sambil sorang-sorang cuba balik untuk berdiri, tiba-tiba ada sebuah objek yang inda dikenali memijak si Toyib. Aku pun mendongak ke atas. Oh no. Gergasi atu rupanya. Oleh kerana ketakutan, kami pun lari bertempiaran.
Inda batah atu, muncul lagi beberapa gergasi. Tanpa belas kasihan kami semua pun kana pijak. Yang lain semua sudah menemui ajal. Tingallah aku seorang saja. Tapi aku cedera parah. Sambil menitiskan air mata, aku cuba sedaya-upaya untuk balik semula ke tempat keluar kami tadi untuk mengelak daripada mati kana pijak. Akhirnya aku selamat sampai. Tapi aku rasa aku inda mungkin akan dapat sampai ke kampung ku semula dengan keadaan ku yang cedera parah cemani ani. Mati ku kali eh on the way ke sana.
So sekiranya kamu membaca cerita ku ani, ertinya aku mati sudah ni. Sampaikan salam ku arah semua scandal-scandal ku especially si Jenny, si Tiffany & si Halimah. And bagitaukan arah girlfriend ku si Piah, I LOVE YOU. Jangan lupa bagitaukan arah parentsku Haji Japar & Hajah Sally, thanks for everything. Akhir kata dari ku, si Chris a.k.a Kerispatih iaitu seekor SEMUT ingin mengucapkan babai sebelum aku mati karang. Sekian terima kasih.
ps: to Ai - lurus tekaan mu hari atu haha =p
to Fiyyah - hehe cemana fiyyah? sama dengan guess mu? =p
0 comments:
Post a Comment