Masa ku menuju ke pintu untuk menyubuk, tiba-tiba telefon bilikku ringing. Di saat-saat saspen macamani ada tia urang sibuk-sibuk kan menelipaun. Maka ku suruh lah #2 supaya menjawab phone atu pasal ia yang paling ampir.
"Ting tong, ting tong, ting tong!"balik-balik bebunyi bell ku ani. Memajal banar urang yang menakan ani. Tunggu sekajap bah. Inda penyabar.
Sementara aku menyubuk melalui tiub damit arah pintu atu, #2 menjawab telipun. Ku liat ada dua urang pria dan seorang cewek yang berpakaian serba putih. Macam pekerja hospital jua. Oleh kerana curiosity memakan diriku, aku pun membuka pintu. Lelaki yang berdiri didapan ku memberi salam kepadaku dan memperkenalkan dirinya. Ohhh, rupanya pekerja pusat bahagia. Apa hajat abisdurang bertandang ke bilikku ani.
"Kami sebenarnya mendapat makluman bahawa pesakit kami yang escape baru-baru ani ada di dalam bilik awang aji. Namanya si Johnny tu,"kata pekerja pusat bahagia yang memperkenalkan dirinya sebagai Alias.
"Kita ani memanggil aku awang aji tia pulang. Alum ku naik aji dih. Minta maap ku jua ah, urang yang kita cari atu indada di sini. Mungkin salah bilik kali kita ani"balasku.
Sekali datang tia #2 mencelah conversationku. Ia membagitau aku yang menelipun atu, receptionist hotel ani. Receptionist atu meng-inform ada pekerja-pekerja pusat bahagia kan mengambil pesakit durang yang escape. Akhir jua receptionist atu menelipun kan meng-inform kami. Syabas! Sudah pekerja pusat bahagia ani datang, barutah kan menelipun. Apa punya hotel!
"Mengapa pulang aganya arah bilikku? Macam tah ada urang benama si Johnny disini. Indakan ada diantara kamu The Bodyguards betiga benama si Johnny?"bidas ku kepada #2.
Mendengar jawapanku, #2 pun menunjuk ke arah tetamu ku yang masih terikat. Owh!!! barutah ku ter'click'. Lupa ku banar akan 'tetamu' ku ani. Iatah si Johnny yang dimaksudkan atu kali.
Meliat saja akan kelibat si Johnny, Alias and co. pun memulakan keraja durang. Baik jua ku ikat, sanang jua keraja durang sikit. Cis, hampa ku eh! Aku pikir 'guest' ku yang beranama Johnny ani ahli Kubra Gang Brunei. Rupanya pesakit mental! Tapi bahaya urang gilanya ani, sampai kan menatak-natak aku tadi. Pandai lagi menyamar jadi pekerja hotel tu. Ani urang gila tahap psycho udah ni.
Sesudah beredar aku pun tertanya-tanya macamana pihak hotel bulih tau si Johnny ada arah bilikku. Inda semena-mena aku melangui kepalaku ke atas. Owh, baru ku sadar... Rupanya ada CCTV! Talur! Ertinya dari tadi tah ku kana peratikan tadi tu! Syabas! Ku ingat Hotel Hj Gillin cawangan Limbang yang bertaraf setangah bintang ani inda mampu ber-cctv.
Oh well, asal inda membagi masalah arah ku, syukurtah. Ngalih ku eh, kan tidur ku. Sekali keciuman ku bau maggi. Eh, bisai jua The Bodyguards ani chilling sambil makan maggi.
"Maggi siapa tu kamu tapau ah?"aku bertanya.
"Maggimu lah! Tais liur kami bah, kau makan tadi ah. Dont worry, kami mengganti nanti ni,"#1 menjawab sambil menikmati hidangannya.
Syabas durang ani. Sorang-sorang muka tembok. Makan maggi urang inda minta izin. Hopefully
durang ani banar-banar mengganti maggi-maggi yang dimakan abisdurang ani. Setengah jam kemudian, aku pun menghalau The Bodyguards. Ampar ku di atas katil eh. Teringat tia ku si Johnny tadi. Ingatkan ahli Kubra Gang Brunei. Rupanya urang setangah tiang. Syabas! Bah adang tia diingati eh, kalat udah mataku ni. Sebelum tidur aku pun berdoa. Mudahan tah inda mimpi basah masa tidur nanti. Karang tepaksa tia mandi wajib isuk tu.
0 comments:
Post a Comment