Usulnya malam ani ramai penonton. Biasalah malam final. Lagipun tiket pree. Siapa inda mau barang pree kan? Gila, nervous ku eh. Aku lagi membuat persembahan lapas ani. Sekali kana panggil tia namaku ulih hos yang bertugas. Aku pun keluar lah dan melangkah ke pentas yang penuh gemerlapan. Silau disini ani eh. Tepukan yang gemuruh dari penonton menghilangkan rasa nervous ku. Dan aku pun bersedia untuk menyanyi apabila background music mula dimainkan.
"Anding dida ku dida anding!!! Yea yeah!!"aku menyanyi dengan full of energy. Usulnya para penonton malam ani terhibur dengan persembahan ku yang menghiburkan. Dari antadi inda abis bersorak. Telampau banyak fans ku ani. Dapat udah membuat fan club kali ni.
Setelah persembahan ku abis, makin nyaring lagi sorakan dan tepukan yang diberikan ulih penonton-penonton. Bulih tuli telinga ni ulihnya. Lapas abis sorakan, maka aku pun menunggu komen-komen dan kritikan-kritikan dari tiga orang juri yang hadir pada malam atu.
"007.5, wah satu persembahan yang menakjubkan! Ada harapan ni kau manang Passport to Fame untuk season 2 ani! Nampaknya para penonton pun bersetuju kali dengan pendapat saya ani. Syabas saya ucapkan!"ucap juri pertama. Kambang idung ku mendangar eh.
"Inda ku tau apa kan ku cakapkan bui. Tapi BEST lah persembahan mu tadi bui!"juri kedua pulang membagi komen. Makin kambang tia lagi ku mendangar nah. Sekarang tiba giliran juri ketiga pulang.
"007.5, bangun! Bangun, bangun oi!"komen juri ketiga. Ai, lain jua komennya ani? Mengapa ia?
Lalu, aku pun terbangun. Ceh, rupanya mimpi tu tadi atu. Siapa lagi membanguni aku ani kan. Kacau eh, siuk sudah membuat persembahan dalam mimpi tadi. Juri-jurinya membagi komen-komen yang baik-baik udah sampai kambang idung ku. Dalam keadaan ku yang masih groggy atu, aku teliat seorang lelaki duduk dihadan katil ku. Tapi inda ku pasti siapa, pasal pengliatan ku masih blur. So, ku gusuklah mataku.
Setelah pengliatan ku jelas dan nyata semula, aku pun meliat semula kedapan. Alangkah terkezutnya aku apabila mendapati siapa yang berada di dapanku atu. Siapa lagi kalau bukan......... Si Mikail Sekupil. Ia rupanya yang membanguni aku ani. Mulanya aku kan lari, tapi ulih kerana ia sedang mengacukan pistol arahku, inda ku jadi. Karang tamat tia riwayatku. Aku inda mau mati awal. Kalau ku mati awal, nada tia lagi hero untuk cerita ani. Lagipun dalam movies, jarangkan ada hero mati awal.
"Hello, 007.5,"sapa Mikail Sekupil sambil tersenyum sinis.
"Whatsup berasap brader,"aku membalas dengan cool, walaupun sesungguhnya hati ani dalam ke-ingau-an.
"Kau barangkali tertanya-tanya macam mana aku bulih berada di sini ani kan? Hahahaha yang sebenarnya urang-urang bawahan ku lama sudah memeratikan kau,"ujarnya sebelum menyambung,"mulanya aku suruh salah seorang urangku membunuh kau. Tapi malangnya ia inda berjaya, dan kau menangkapnya. Of course lah kau udah suspect ia atu member Kubra Gang Brunei. Dan kau pun interrogate ia. So, untuk rescue ia, aku send tiga urangku menyamar jadi pekerja-pekerja pusat bahagia. You know... si Alias, si James dan si Abby. Aku yakin kau sudah berkenalan dengan durang kan?"
Kata-katanya membuatkan aku speechless. Inda ku sangka ia ani bijak bistari. Rupanya apa yang ku sangkakan awal-awal tadi yang si Johnny atu ahli Kubra Gang Brunei ternyata benar. Sialan. Tapi aku inda suspect yang ketiga-tiga pekerja pusat bahagia atu ialah ahli Kubra Gang Brunei yang menyamar jua. Silap ku jua. Patutnya aku minta pengesahan dari durang bertiga tadi untuk membuktikan durang atu pekerja pusat bahagia. Talur!! Cuai eh! Rusak tia imejku sebagai seorang agent yang cekap dan jimat nah! Eh, salah... cekap dan cermat.
Lapas atu si Mikail Sekupil pun berdiri dan mengarahkan aku supaya keluar dari bilikku. Aku tepaksalah ikut saja arahannya. Tapi sambil-sambil atu memikirkan plan untuk melepaskan diri. Malangnya fikiranku masih buntu. Namanya bagas bangun dari tidur kan. Masih groggy sikit-sikit bah.
Mikail Sekupil membawa aku keluar hotel. Rupanya gelap gelita masih. Aku pikir siang udah. Usulnya inda ku batah tidur tadi atu. Inda membagi can kedidia ani. Cubatah biarkan aku tidur sampai siang dulu. Tiba-tiba sebuah kereta hitam melangut beranti didapan kami. Aku pun dipaksa masuk kedalam. Alum pun sampat aku bisai-bisai melabuhkan punggung ku ani ke kerusi kerita atu, kana hantak tia leherku dari belakang. Blackout lah ku. Lapas atu inda ku ingat apa-apa lagi. Yang aku ingat, mimpiku tadi atu bersambung semula.
0 comments:
Post a Comment