previously: Semasa dalam tahanan bersama si Alyssa & The Bodyguards, kidnappers durang si Mikail Sekupil & si Pikachu membuat lawatan mengejut. 007.5 pun dibawa ulih si Mikail Sekupil untuk mengurik informasi USRB,
Parutku bebunyi macam lagu Irwansyah pasal dari antadi alum makan. Lalah ku nyamu. Ani kana paksa bejalan lagi. Kalau buffet di Capers ni antah berapa kali dishes bulih ku talan. Ada jua dalam 100 kali dishes kali lah. Semua dishes full portion tu, nada half portion. Sebenarnya cakap kosong pulang ganya tu. Andangnya urang lapar ani basar nafsunya.
Aku masih lagi berjalan di belakang si Mikail Sekupil sambil lenganku digenggam ulih urang-urangnya. Antah kemana kah kan dibawanya aku ani. Indakan shopping. Tadi katanya ia kan mengurik informasi USRB dari aku. Dengan adanya informasi atu, dapatlah ia menggulingkan USRB. Kalau USRB kana gulingkan, maka tepaksalah semua pekerja-pekerja disana 'gulung tikar'.
"So, aku harap kau mau co-operate sama kami. Mun kau inda mau, inda batah, kembali kerahmatullah lah kau tu,"aku mengingati balik kata-kata si Mikail Sekupil yang sebantar tadi diucapkannya. Kambang pulang bulu ketiak ku mendangar perkataan kembali kerahmatullah atu eh. Eh...., cemana tia pulang bulih bulu ketiakku mengambang ani. Selalunya bulu roma yang mengambang ani perasanku. Lagipun bulu ketiakku basah masa ani. Indakan masa basah, bulu pun bulih mengambang. Inda munasabah eh.
Ulih kerana telampau curious, aku pun bertanya arah si Johnny,"Kemana kan kamu membawa aku ani?"
"Kan ke Mall Gadong lah,"balas si Johnny yang beCALI.
Ingat aku pecaya kah tu. Bahapa jua jauh-jauh ke Mall Gadong, sedangkan di Limbang ada shopping complex. Aku ani mana sanang diacai-acai ni. Ceh!! Ulih kerana sasak, malas tah ku kan betanya lagi. Baik tah diam saja.
Sedang kami meneruskan langkah atu, tiba-tiba tingkap kaca yang berada disiring-siring kami atu pacah serta-merta. Aku pun merabahkan diri untuk mengelak dari tekana serpihan kaca yang pacah atu. Malangnya, ada tia jua kaca mengana muaku yang hensem ani. Garit tia mua ku ni. Si Mikail Sekupil, si Pikachu dan tiga urang-urangnya pun turut merabahkan diri jua. Inda batah atu aku tedangar macam urang mengumban objek melalui kaca atu. Dalam keadaan yang inda berapa clear atu Aku pun mula teliat asap tebal sudah memenuhi tempat atu. Antah inda semana-mana, aku terasa mengantuk secara tiba-tiba. Cis, sleeping gas rupanya!
Dalam keadaanku yang mengantuk atu, aku pun teliat kelibat dua jelama yang masuk melalui tingkap yang pacah atu. Aku pun membuka palak-palak mataku melawan rasa kalat mataku untuk meliat siapa abisdurang. Dari kepala sampai kaki, semuanya be-cover. Macam power rangers bah. Meliat dari susuk tubuh abisdurang yang seksi-meksi atu, gerenti bini-bini ni. Kemudian salah seorang bini-bini atu pun menghampiri ku. Di baju bini-bini atu ada label USRB. Eh, dari USRB? Inda pernah ku meliat durang bedua ani. Indakan durang bedua ani agent baru?
0 comments:
Post a Comment