Your Thoughts


Sunday, August 24, 2008

007.5:The Spy Who Spoilt Me-Part 15

Ulih kerana #1 inda mampu meng-counter apa yang dicakapkan ulih si Alyssa, akhirnya ia pun menjuluri si Alyssa. Inda mau alah #1 ani. Si Alyssa pun apa lagi, dijulurnya lah balik. Macam kanak-kanak ganya abisdurang ani. Tsk tsk tsk. Sekali inda batah atu tedangar tia ku bunyi footsteps dari luar. Dalam masa yang sama si Alyssa dan #1 beranti menjuluri sesama sendiri. Macam asgar bekawat saja bunyinya di luar atu. Tapi ani inda berapa synchronise, bisai lagi bunyi asgar brunei marching.

Dalam entah berapa kali langkah, akhirnya bunyi footsteps atu pun beranti. Alhamdulillah baik jua abis udah, inda jua sakit telinga mendangar. Bulih rusak eardrum ku ni mun mendangar betarusan. Tiba-tiba pintu bilik yang menyimpan kami pun terbuka. Di sebalik pintu atu, ada seorang jelama. Siapa lagi, kalau bukan si Mikail Sekupil yang karas muhanya mengalahkan kekarasan muha si Ujfalusi (pemain bula Czech). Di belakang si Mikail Sekupil ada tiga urang jelama mengiringinya. Salah seorang daripadanya si Johnny, yang masa last night menyamar jadi urang pyscho. Kurang asam punya Johnny. Ptui!

Inda batah atu, ada lagi bunyi footsteps dari luar. Tapi kali ani seorang ganya usulnya. Dan akhirnya pemilik footsteps atu pun menunjukkan mukanya. Si Pikachu rupanya, saspen eh.

"Eh kawan, apa khabar?"tanya si Pikachu.

"Baik eh. Kau apa macam? Siuk kan di penjara atu? Hahahaha!"balasku. Ani baru dinamakan sarcasm sejati.

Tersinggung, si Pikachu pun menggenggam buku limanya dan menghampiri aku. Tapi si Mikail Sekupil menahan kedia, sebelum penumbuknya atu singgah ke muaku yang hensem ani.

"Sabar, Pikachu. Simpan dulu penumbukmu atu,"nasihat Mikail Sekupil. "Lastik saja telinganya dulu,"sambungnya lagi.

Si Pikachu pun melastik telingaku. Aduuuiiiii, padas rasa telingaku eh!!! Syabas!!! Inda kana penumbuk, kana lastik telinga tia pulang. Nasib baik sekali ganya dilastiknya, mun bekali-kali, bulih patah telingaku ni.

Si Pikachu pun teretawa setelah meliat aku yang berada dalam kesakitan sampai belaying mataku. Bukan ku menangis ah, automatic bah tu keluar pasal sakit bagas kana lastik ah. Aku *cough* macho kali ah. Laki-laki macho macam aku ani *cough* mana pandai menangis. So jangan salah paham pasal mataku belaying atu ah.

"Come on lah 007.5, indakan kana lastik pun kau menangis,"sindir si Mikail Sekupil."Anyways...pagi ani aku ada satu perkara penting kan ku bagitau arah kamu. Ulih kerana makin ramai yang kuculik, maka usin ransom pun dengan automatiknya pun naiklah. And aku pun akan bertambah kaya. Bukan kaya ruti paun tapi kaya usin!"

CALI jua si Mikail Sekupil ani. Dapat sudah masuk raja lawak ni, tapi kana reject awal-awal pulang tu pasal telampau CALI.

"Dan selain atu, since kau ada disini 007.5 kami kan mengurik informasi mengenai USRB dari kau. Sasak ku USRB atu, iatah kan ku musnahkan abisdurang atu. So, aku harap kau mau co-operate sama kami. Mun kau inda mau, inda batah, kembali kerahmatullah lah kau tu,"ujarnya Mikail Sekupil lagi.

Lapas atu si Mikail Sekupil pun mengarahkan ketiga-tiga urang-urangnya untuk membawa aku. Aku cuba melepaskan diri dari genggaman abisdurang, tapi apa kan dayaku masa ani. Akhirnya aku mengalah, dan durang pun membawa aku keluar dari bilik atu. Si Pikachu tekidum meliat aku. Puas tah hatinya kali tu meliat keadaan ku ani. Kurang asam. The Bodyguards dan si Alyssa pun inda mampu bebuat apa-apa. Mun ku inda kana ikat tangan dan kakiku masa ani, gerenti udah ketiga-tiga urang yang membawa aku ani patah-mematah tulang abisdurang ni. Ani kana ikat tia jua.

"Bulih kamu buka ikatanku kah? Sangal ku nyamu,"kataku yang cuba mencari excuse supaya ikatan ku kana buka. Dapat jua ku terajang sorang-sorang karang.

"Owh, bulih eh. Bulih, bulih tapi DI DALAM MIMPI!!! HAHAHAHA!!"balas si Johnny yang mengenggam lenganganku. Kedua-dua kawannya yang menggenggam kediaku pun turut ketawa.

Ceh, pandai tia jua beCALI si Johnny ani. Nampak gayanya planku inda menjadi. Sebelum meninggalkan bilik atu, si Mikail Sekupil pun mengunci semula pintu yang dibukanya tadi dan kemudian aku pun dibawa ke suatu tempat.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More