Sampai ke rumah tarus ku mengaga katilku. Tidur dulu, pasalnya karang pukul 1.00 pagi aku kan ke rumah Encik Jaini sebagaimana yang telah ku janjikan. Tinggal tia sembahyang maghribku hari ani, isuk-isuk tah ku qadha.
Tepat jam 12.00 pagi aku pun terbangun oleh bunyi alarm clock ku yang begitu menyebalkan. Macam lima saat ganya ku tidur ani, padahal kan 5 jam. Rasa kan menyambung tidur bah, tapi ku gagahi jua untuk bangun. Destinasi pertamaku adalah ke jamban. Kan mencuci muka sambil mencuci-cuci mataku yang betaie. Selepas atu betukar pakaianlah ku sebelum keluar rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 12.10 minit dan ku liat kedua-dua orang gaji mamaku masih bangun meliat astro. Tahan mata durang ani. Biarkan tia eh, asal durang bahagia.
Setengah jam kemudian aku pun sampai ke rumah Encik Jaini berpandukan alamat yang diberinya. Rumahnya ani memang terpencil. Di hadapan rumahnya atu ada pantai sepertimana yang telah disebut oleh Encik Jaini. Memang orang kaya Encik Jaini ani. Liat macamana basar rumahnya ani pun sudah tau ia atu orang kaya. Ani bukan rumah namanya ni. Ani namanya istana mahligai. Kalah rumah mamaku eh. Kalau orang yang baru kali pertama berjumpa dengannya mesti inda menyangka ia ani orang kaya disebalik penampilannya yang kusut-masai atu.
Sudahtah rumah basar, pintu rumah basar tia jua. Basar-basar kali orang-orang yang tinggal dalam rumah ani. Alum sampat ku menakan bell(pun basar jua) kana buka tia pintu rumah ah. Rupa-rupanya Encik Jaini. Selepas atu kana pelawa tia ku masuk. Kemudian pergi ke ruang tamu rumahnya. Berbual-buallah kami disana sambil minum kopi 'o'. Macam lupa pulang Encik Jaini akan tujuan aku datang ani. Inda apalah enjoy dulu.
0 comments:
Post a Comment