Your Thoughts


Wednesday, May 7, 2008

From The Eyes Of A Detective - Part 7

Ku liat jam sudah menunjukkan pukul 2.15 pagi. Telalai banar kami bekurapak ani.

"Pukul 2.16 sudah ni Encik Jaini. Baik tah ku start beroperasi kali,"kataku.

"Awuwah, akhir sudah rupanya. Tunggu sekajap, aku mengambil barang-barang keperluan mu dulu," balasnya.

Beberapa minit kemudian Encik Jaini kembali ke ruang tamu memberikan aku dua buah beg. Yang satu berisi beg dan yang satu lagi berisi bekalan(Nescafe dalam tin dan beberapa paket biskut Tiger). Baik banar orang kaya ani, bekalan pun kan dibaginya. Iatah kalau ada orang-orang kaya yang membaca artikel ani, jangantah karit. Kecuali orang yang kaya hutanglah. Atu bulih karit tu.

Maka bergeraklah ku menuju lokasi dimana Encik Jaini terserempak dengan makhluk asing tersebut. Sunyi dan sepi tempat atu. Hanya bunyi ombak yang kedengaran. Disana aku ternampak sebuah perahu buruk sepertimana yang Encik Jaini ceritakan. Lalu aku pun beristirahat di sana sambil memasang kamera yang diberi oleh Encik Jaini. Aku memerhatikan di sekeliling persekitaranku. Tiada apa yang mencurigakan. Maka berlabuhlah aku disana sambil mengeluarkan biskut Tiger dari beg untuk dijamah. Sambil-sambil atu membaca buku Playboy (ani aku yang membawa). Bukan pulang membaca tu, yang banyaknya meliat gambar. Buku Palyboy kali ah. Kebaikkan nya buku Playboy ani ia inda membari kalat mata. Membari marak mata adalah.

Sedang aku seronok menatap buku Playboy atu, tiba-tiba muncul satu cahaya yang terang-benderang umpama orang kan membuat konsert. Cahaya atu bukannya datang dari atas tapi datang dari sebelah laut. Indakan makhluk asing memakai kapal layar kan datang ke bumi. Aku cuba melihat sumber cahaya atu tapi oleh kerana terlampau silau, inda ku jadi. Silap-silap bulih jadi buta. Kalau ku buta, payah tia meliat bini-bini. Tiba-tiba hilang cahaya atu. Di dalam suasana yang sepi atu, kedengaran ku suara yang menggunakan bahasa yang inda ku fahami.Macam bahasa Jawa ada jua. Jangan-jangan bahasa makhluk asing ani bahasa jawa kali. Dengan rasa musykil aku pun menyubuk arah lubang yang ada di perahu buruk atu. Terlampau galap tia jua. Sekali teringat tia ku akan kamera yang ada disiringku atu. Ku ubahlah kamera atu dari Normal ke Night Vision mode. Canggih eh.

Ku halakan tia kamera atu arah sumber suara atu.Ramai tubuhnya makhluk asing ani. Ku liat banar-banar usul makhluk asing atu. Atu tekajut ku meliat!......

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More