Your Thoughts


Monday, May 19, 2008

A Detective's Life - Part 5

Sepertimana yang telah ku janjikan, pada hari Ahad pukul 1.00 petang aku tiba di rumah klien ku, Roslan. Semasa aku meletakkan kereta, aku terlihat seorang pemuda berambut panjang memerhatikan aku dari jendela rumah, iatah Roslan kali ni.

"Assalamualikum,"kataku memberi salam,"Kita Encik Roslan kah?"

"Waalaikumsalam,"balasnya"awu aku Roslan. Kita ani sudah tentu detektif Zack kali ni."

Aku menganggukkan kepala. Macam pernah ku ke rumah ani. Deja vu eh. Selepas atu Roslan menjemput aku masuk ke rumah. Aku pun masuklah. Tapi sebelum masuk mesti buka kasut dulu. Jaga tatatertib diri semasa masuk ke rumah urang bah. Roslan menyuruh aku menunggu di ruang tamu sementara dia pergi ke dapur untuk menyediakan makanan dan minuman. Macam pernah bah aku kemari... Tapi aku inda berapa ingat... Prasaan ku ganya kali.

Roslan datang kembali sambil membawa dua cawan teh dan sepinggan penyaram. Wah, bagus eh. Makanan kegemaran ni. Sambil-sambil makan atu aku pun bertanya lah apa kes yang kan ditawarkannya. Bila ku liat mua si Roslan macam ku kenal jua. Dimana pernah aku teliat mua nya ani. Malar deja vu ku ani. Kampung ani, rumah ani dan si Roslan ani macam pernah ku meliat bah. Entah eh... Perasaan ku ganya kali.

"Macamani ceritanya detektif. Dalam beberapa hari ani ramai kawan-kawan ku lesap secara tiba-tiba. Orang-orang kampung inda menyedarinya. Tapi aku sadar. Mula-mula tiga orang ganya hilang . Si Lutfi, si Sepol sama si Airil. Lapas atu isuk-isuknya makin ramai lagi hilang. Musykil lah ku. Orang-orang kampung inda ingau. Tapi aku ingau, pasal semua yang hilang atu kawan-kawanku."jawap Roslan selepas mendengar pertanyaan ku.

Indakan "makhluk" asing punya keraja lagi. Teringat tia ku pulang Encik Jaini nah.

"Adakah Encik Roslan tau apa yang terjadi arah bisdiurang atu?"tanya ku lagi.

"Ya, memang aku tau. Durang atu kana culik sebenarnya!"

"Ulih siapa?"

"Pak Majid. Aku sendiri yang nampak ia mengurung kawan-kawanku yang kana culik atu. Bila aku betanya arah ia, ia inda mau mengaku. Aku report lah arah ketua kampung. Tapi ketua kampung inda pecaya. Aku pulang ucapnya memfitnah. Aku pernah terfikir kan menyelamatkan kawan-kawanku yang kana kurung atu, tapi aku takut aku pulang yang kana kurung karang! Tapi yang paling sadis, kawan-kawan ku yang dikurung atu disembalihnya! Lapas atu dibaginya makan arah urang-urang kampung!"

Subhanallah. Kan muntah ku mendangar. Menyembalih manusia lapas atu dibaginya makan arah urang-urang kampung. Hilang pulang liurku kan makan penyaram ani.

"Ani inda bulih dibiarkan ni Encik Roslan. Isuk-isuk urang lain pulang yang jadi mangsa. Lakastah ke rumah Pak Majid awal ani!"ujar ku bersemangat.

"Eh inda bulih! Jangan awal ani!!!"jawapnya cemas. Seolah-olah ketungkalan.

"Mengapa? Jangantah takut, nada ia berani menangkap kitani tu! Ani detektif Zack bah ni!"

"Inda... bukan aku takut!"

"Habis mengapa?"

"Aku kan melabur di jamban dulu. Sakit parut ku ni!Tunggu ku siap melabur!"jerit Roslan sambil berlari menuju ke tandas.

Talur! Membagi saspen saja si Roslan ani! Pikirtah takut kan ke rumah Pak Majid tadi. Rupa-rupanya sakit parut. Maka ku tunggulah sampai Roslan habis menyampaikan hajatnya di tandas. Selepas habis, kami pun terus menuju ke rumah Pak Majid dengan menaiki kereta ku. Sebaik tiba, alum lagi ku menaikkan handbrake keluar tia si Roslan ah. Lapas atu berteriak-teriak ia memanggil Pak Majid supaya keluar. Baik jua inda ramai urang, mun inda, malu ku eh.

"Pak Majid, keluar! Lapaskan semua kawan-kawanku! Kalau kita inda melapaskan biar aku saja yang melapaskan!"teriak Roslan.

Tiba-tiba seorang lelaki tua keluar dari rumah tersebut. Pak Majid agaknya.

"Mengapa ni Awang Roslan? Sabar, sabar bawa mengucap! Apa yang kau cakapkan ani?"ujar Pak Majid kekeliruan.

"Pak Majid jangan buat-buat inda tau. Bertaubat tah selagi belum terlambat. Jangan diteruskan lagi perbuatan kita yang inda berhati parut atu. Lapaskan tia urang-urang yang kita kurung atu,"celah ku.

"Apa yang awang cakapkan ani?!Siapa yang ku kurung ani ah?!"balas Pak Majid sambil meninggikan suaranya.

Di dalam pertelagahan ku dengan Pak Majid, Roslan tiba-tiba berlari ke belakang rumah Pak Majid. Melihat itu, aku dan Pak Majid pun mengikut Roslan.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More