Your Thoughts


Friday, May 2, 2008

From The Eyes Of A Detective - Part 4

Keesokkan harinya, tepat jam 3.01 patang aku sampai di Hj Gillien's cafe. Tiba-tiba aku terfikir.. Macam mana rupa Encik Jaini ani? Talur eh, macamana kan bejumpa ni. Lupa lagi ku betanya nombor telefonnya kelmarin. Encik Jaini ani satu jua. Indada ia menghubungi aku. Tiba-tiba seorang lelaki melambaikan tangannya ke arahku. Mesti Encik Jaini kali ni. Lalu, aku pun menghampiri lelaki tersebut.

"Bah waiter, tulis apa yang kan ku makan ani. jangan inda ditulis, karang kelupahan kau,"ujar lelaki tersebut tanpa rasa bersalah.

Kurang asam punya orang, aku yang hensem macamani diucapnya waiter!

"Minta maaf ah, aku ani bukannya waiter. Aku customer macam kita jua kali ah," aku menjawab.

"Ah, iakah?? Sorry sorry."

Talur orang ani. Fikirku ia atu Encik Jaini tadi. Eksen-eksen tia membaca surat khabar, menutup kemaluannya... eh, salah tatabahasa.. menutup rasa malunya lah tu. Belum lama selepas atu ada lagi seorang lelaki melambaikan tangannya ke arahku. Awu, mun kana ucap waiter lagi alamat ke hospital lah lelaki ani.

"Assalamualaikum Detektif Zack, aku Jaini yang menelefon detektif kelmarin. Bah silakantah duduk,"kata lelaki tersebut sambil menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam.

"Waalaikumsalam Encik Jaini. Bukan bah, kenal kita kan aku ah? Kitani pernah berjumpa kah?"aku menjawab sambil bersalaman dengannya.

"Inda pulang pernah berjumpa. Aku kenal detektif selepas meliat gambar arah surat khabar beberapa bulan yang lapas. Pasal kes seluar dalam hilang ah."

Aku hampir-hampir terkentut mendengar penjelasan Encik Jaini. Rupa-rupanya berita atu keluar arah surat khabar. Entah-entah kana siarkan di berita jua kali. Kurang asam punya wartawan. Sudah ku bari amaran jangan disiarkan. Inda apa karang ku report arah mamaku. Mamaku lawyer kali ah. Biar ia wartawan atu, ku saman ia sampai abis usinnya. Tiwas saja ia menjatuhkan maruahku.

"Bah order tia makanan detektif. Aku belanja ni."

Alhamdulillah, kana belanja jua. Apa lagi, ku order lah makanan yang paling mahal. Minuman inda payah lah mahal-mahal, teh tarik cukup tah. Aku memerhatikan Encik Jaini secara teliti. Mungkin ia ani dalam lingkungan 40-an lah. Macam orang gila jua usulnya. Rambut berserabai dan kusut-masai. Macam style Robert Smith. Tapi ia ani berjanggut, Robert Smith inda. Tubuhnya sederhanalah, inda jua kurus inda jua lampuh. Tapi inda patut orang gila ia ani. Pakaiannya ani usulnya berjenama. Orang kaya kali.

Bukan si acai ni. Ani Encik Jaini

"Apa sebenarnya, kes Encik Jaini ani?"aku bertanya kepadanya sambil menghirup teh tarik.

"Macamani ceritanya detektif. Aku ani tinggal bersama isteriku berhampiran dengan pantai. Iatah ganya satu-satunya rumah disana. Aku ani sukakan keadaan yang sunyi, jauh dari hingar-bingar bandar. Pada malam hari Ahad atu aku inda dapat tidur. Inda ku tau mengapa. Jadinya aku pun mengambil keputusan untuk pergi bersiar-siar di pantai yang hampir dengan rumahku atu. Waktu atu pukul tiga pagi. Keadaan ketika atu sunyi dan sepi hanya bunyi ombak yang menghempas pantai yang kedengaran. Sedang aku siuk melayan kejiwanganku, inda semana-mana muncul satu cahaya yang terang-benderang. Pikirku ada konsert, tapi inda kedengaran bunyi orang bersorak. Takut ku tarus bah, iatah betapuk ku disebalik sebuah perahu buruk yang ditinggalkan di pantai atu. Inda batah atu hilang cahaya atu. Tedangar ku suara yang mengeluarkan bahasa yang inda ku fahami. Ku subuk lapas atu. Kau tau apa yang ku lihat?"

"Apa?"tanyaku yang semakin iski mendangar.

"Makhluk asing. Aku cuba melaporkan arah pihak polis tapi durang inda pecaya"

Gila kali orang tua ani. Makhluk asing? Siapa jua kan pecaya.

"Minta maaf Encik Jaini. Aku kurang arif pasal makhluk asing ani. Caritah orang lain," jelasku sambil menghabiskan teh tarik sambil bersedia untuk pulang. Tapi Encik Jaini menggenggam lenganku.

"Aku serius ni detektif. Nah, didalam sampul ani ada $20,000. Kalau kau menerima kes ku ani, kau ambil saja. Jumlah usin ani membuktikan yang aku ani serius."

$20, 000? Wow, ani lebih dari serius ni. Ku periksa sampul atu, ternyata tabal jumlah duit yang dibaginya atu. Tapi inda ku tau banar kah inda $20, 000 yang dibaginya ani. Malas tah ku kan mengira.

"Kalau aku menerima kes ani apa yang patut ku buat?" kataku yang kembali berminat.

"Sanang saja kerajamu. Tiap-tiap malam kau datang ke rumahku starting hari ani. Disana aku membagi video camera dan ambil rakaman di tempat aku terjumpa makhluk asing atu. Kalau kau berjaya merakam, aku membagi kau extra usin $50,000."

"Mengapa inda Encik Jaini saja yang merakam? Inda jua keluar duit"

"Gila kau! Karang aku diantamnya! Lagipun aku ani tua sudah bah,"

Akhirnya ku terima jua lah kes Encik Jaini tanpa sebarang protes. Usin basar kali ah di baginya. Siapa jua kan menolak.Sebelum beredar Encik Jaini pun memberikan aku alamat rumahnya.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More