Your Thoughts


Tuesday, May 20, 2008

A Detective's Life - Part 6

"Nah, lihat detektif! Banar kan apa yang aku cakap! Tapi orang-orang kampung inda pecaya! Lihat betapa tersiksanya kawan-kawanku ani! Pak Majid, baik tah kita lapaskan kawan-kawan ku ani!"rayu Roslan kepada Pak Majid.

Rupa-rupanya memang benar apa yang diperkatakan Roslan. BANAR APA!!! T**I LAH!!

"Wang, jangan kau layan si Roslan ani. Otaknya ani rusak sikit. Semenjak dua menjak ani ia suka bekawan sama ayam.Agatah kau balik, biar tia aku menguruskan ia ani,"jelas Pak Majid yang cuba menenangku.

Ya, kawan-kawan Roslan yang kana kurung dan kana sembalih atu sebenarnya AYAM-AYAM. Bukan manusia, sepertimana yang aku fikirkan. Iatah akibat inda menyiasat secara terperinci ni. Mesti jua endingnya cemani, boring eh.

Masa aku kan balik, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Pak Majid. Kereta Toyota Vios. Indakan... Si Ratna? Tapi lesennya sama dengan lesen kerita si Ratna.

Sekali keluar tia drivernya atu. Memang si Ratna pun. Ia berlari melintasi aku dan mengaga si Roslan. Bahapa ia ke sini ani?

"Minta maaf Pak Majid, pasal menyusahkan kita lagi. Lupa ku membagi makan ubat tadi arah si Roslan ani. Iatah ia besikap macamani ani lagi,"kata Ratna yang masih belum sedar akan kehadiranku. Dia pun memimpin tangan Roslan menuju ke keretanya. Ketika itulah aku menegurnya.

"Ratna...,"tegurku sambil tersenyum.

"Eh, Zack? Bahapa you disini?"kata Ratna terkejut.

"Ah.... Anu.... ni si Roslan ah memanggil aku ke sini...."

"Oh iakah? Sory eh... Kalau adiku menyusahkan you... Ia ani andangnya ni."

Si Roslan adi si Ratna??? Oh, baru ku ingat! Padantah sejak aku menerima e-mail si Roslan ani malar aku deja vu! Dari nama kampung, rumah si Roslan dan muka si Roslan, semua aku rasa macam kenal. Sekarang baru tah ku ingat. Kampung ani tempat tinggal si Ratna. Aku pernah datang ke sini lima tahun yang lalu. Pelupa banar aku ani eh. Sekarang segala deja vu ku sudah terjawab.

Setelah keadaan Roslan stabil, Ratna pun mempelawa aku pergi ke rumahnya. Yes, sambung makan penyaram. Setiba di rumah bercerita-cerita lah ku sama si Ratna. Rupa-rupanya ibu bapa si Ratna belayar. Sebab atu durang nada di rumah. Kalau bapa sama mamanya ada di rumah tadi, gerenti ku ingat ani rumah si Ratna ni tadi. Jadinya si Ratna tah menjaga rumah ani dan adinya. Dua tiga hari ani malar ku tejumpa si Ratna. Apatah lagi hari ani. Inda disangka-sangka bah kan tejumpa ia lagi. Iatah jodoh kali namanya ni.

-Tamat Detektif Zack season 2-

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More