Pukul 12.37 tengahari aku dan si Sal lunch di Hj Gillien's Cafe. Setelah habis makan kami pun pergi ke hospital. Tapi sebelum atu aku singgah ke kadai sekajap, membalikan buah tangan untuk mama si Sal. Buah tangannya biskut tiger dalam tin saja. Kira ok lah tu.
Sebaik tiba di hospital, aku pun mencari tempat parking. Macam biasa, disana payah kan mencari parking yang hampir-hampir. Last-last jauh jua tempatku parking. Lapas parking, aku memastikan dulu keretaku telah dikunci. Kemudian aku dan si Sal pun berjalan menuju ke wad 6 dimana mamanya kana tahan disana. Penyakit mama si Sal indalah serius sangat. Pembuangan apendiks ganya. Masa menunggu di luar lif, lagi sekali aku terjumpa si Ratna. Dia menegurku.
"Eh, Zack! Bahapa you disini?"tegurnya.
"Ni, kan melawat mama kawanku, you bahapa?"
"Eh kau ani, me kraja di sini jua. Kelmarin jua me bagitau."
Awuwah. Lupaku si Ratna bekeraja di hospital ani. Baru jua kelmarin ia membagitau.
"Bah, me jalan dulu ah. Kan bekeraja dulu. Bye!"kata Ratna meminta diri. Kemudian dia meninggalkan kami sambil melambaikan tangannya. Aku membalas lambaiannya sambil tersenyum.
"Zack siapa tu tadi ah?Girlfriend kah?"tanya si Sal semasa di dalam lif. Busy body jua si Sal ani eh.
"Bukan. Kawan lama masa di uni dulu.Si Ratna namanya"jawabku ringkas.
"Kawan kannnnnn? Atu ber me, me dan ber you, you atu apa maksudnya?"
"Inda jua papa. Napa? Kau mau aku ber me, me dan ber you, you sama kau jua? Aku mana saja pulang."
Sal ketawa mendengar jawapanku. Selepas atu kami pun meneruskan perjalanan kami ke wad 6. Setibanya di katil mama si Sal, aku pun memberi buah tangan yang ku beli tadi kepadanya. Dia mengucapkan terima kasih kepada ku. Kemudian ku tanyalah apa khabarnya dan bagaimana keadaannya. Katanya Alhamdulillah, dia semakin sihat setelah menjalani pembedahan. Dalam dua tiga hari bulih sudah balik katanya lagi.
Setelah sejam berada di hospital, aku pun meminta diri untuk balik. Si Sal inda ikut aku, karang ia balik katanya.
Semasa dalam lif aku berharap dapat berjumpa si Ratna lagi. Malangnya masa ku keluar itu tidak terjadi. Bukan tah jodoh ku kali ia atu. Jam baru menunjukkan pukul 2.45 petang. Selalunya aku masih di office ni. Tarus tah ku balik ke rumah kali. First time ku balik awal ni.
0 comments:
Post a Comment