"Assalamualaikum Ratna,"kataku memberi salam kepada perempuan tersebut.
"Waalaikumsalam,"balas perempuan tersebut sambil menoleh ke arahku,"eh, you Zakaria! Hi!!"
Si Ratna ani spoil eh. Kedapatan tia nama panjangku. Inda tia glamour lagi nah.
"Apa khabar you eh? Hehehe. Batah me inda bejumpa sama you,"ujar Ratna yang gembira melihatku.
" Me alhamdulillah Ratna. You macamana?"
"Baik jua,"
Secara kebetulan patang atu si Ratna pun kan makan arah Hj Gillien's Cafe jua. Jadinya as a gentleman, aku pelawalah ia belanja makan. Mula-mula ia menolak. Tapi setelah ku manis-manisi, ia pun menerima pelawaan ku. Mun kamu kan tau si Ratna ani merupakan teman ku masa di University of Cambridge. Ia pun mengambil jurusan yang sama denganku iaitu dalam bidang perubatan. Batah sudah inda ku bejumpa ia ani. Kan lima tahun sudah. Sebatah-batah ku inda bejumpa ia ani, makin lawa prasanku. Lima tahun inda bejumpa atu memang satu jangka masa yang panjang, jadinya banyaklah yang kami perbualkan.
"So, usulnya cita-cita you kan jadi detektif atu tertunai lah sudah,"kata Ratna.
"Hahaha awu Ratna. Apa keraja you sekarang ani?"tanya ku.
Rupa-rupanya si Ratna sudah berjaya menjadi seorang doktor. Ia bekeraja di unit paediatrik di hospital RIPAS. Sesuai lah tu dengan sifatnya yang caring, peramah, penyabar dan lemah lembut atu. Sebenarnya aku suka dengan wanita yang berkerjaya ani. Boleh jadi calon bini ni ia ani. Sudahtah lawa dan pandai, begaji lagi tu.Sanang hidup eh kalau kawin sama ia. Tapi.. kalau ia ani inda pandai memasak payah jua tu kan dijadikan bini. Mamaku mana suka menantu yang inda pandai memasak.
"Apatah you sekarang ani Zack? Single masih?"tanya Ratna.
Waduh, soalan cepumas ni. Banyak-banyak soalan, ani jua yang ditanyanya. Cubatah tanya apa khabar mamaku kah, apa khabar kucingku kah, apa warna seluar dalam ku kah atau yang lain-lain kah. Inda apalah, mun sudah ia betanya atu jawap saja tia.
"Single masih Ratna. Me kan fokus arah keraja dulu,"aku membalas dengan tenang.
"Ai, indakan nada lapas kitani break-up five years ago?"
Nah, spoil tia lagi ia ani. Kedapatan tia nah aku pernah bercouple sama ia. Aduh.... inda papalah mun terlajak kata apa bulih buat. Terpaksa tah aku membagitau kamu jua ni. Sebenarnya si Ratna ani ex ku masa di uni dulu. Lapas graduate kami break-up di atas sebab-sebab yang tertentu. Apa sebab-sebabnya? Atu jangantah kamu tau tu. Jangantah busy body.
"Banar nada. You ani jangan-jangan ada sudah kali ni?"ku tanya balik arah si Ratna.
"Hehehe single jua masih. Me pun kan fokus arah keraja dulu,"jawapnya.
Macam sama saja jawapannya ani dengan jawapan ku. Lapas atu kami sambunglah perbualan kami. Sedang kami siuk-siuk bercerita, rupa-rupanya jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Kan sejam setangah bah kami becerita ah. Sebelum balik, kami pun bertukar-tukar nombor telefon dan alamat e-mail masing-masing.
Sepanjang perjalanan ku balik, aku teringat kembali memoriku ketika bercouple sama si Ratna. Siuk eh time atu. Kami memang sepadan. Kelurusan lagu yang berkumandang di radio ketika atu lagu 'Kenangan Terindah' nyanyian kumpulan Samsons. Macam tau-tau saja deejay radio ani akan moodku. Gila, jiwang banar ku hari ani!
0 comments:
Post a Comment