Your Thoughts


Saturday, May 31, 2008

007.5: The Spy Who Spoilt Me -Part 1

Cerita ani sekuel kepada drama Sambutan Hari Raya di MS pada tahun 2006.***Some of you may know me. And some may not. Ok, kepada siapa yang inda tau siapa kediaku ani, tepaksa tah ku bagitau namaku jua ni. Tak kenal maka tak cinta. Woiseh!!!hahaha.. Ok, My name is Taha... Mohd. Taha. You can call me Agent 007.5. Kalau kamu menyabut 007.5 atu bukan zero, zero, seven point five ah. Sabut zero, zero, seven poin paip. Atu baru bebunyi kebruneian sikit. Aku ani agen perisik paling muda dalam Unit Siasatan Rahsia Brunei (USRB). Sudahtah paling muda,...

Tuesday, May 27, 2008

Cacing

Sory ah, 007.5 masih dalam pembikinan. Maybe in a few days time aku post lah. Storyline ada pulang sudah tu, ganya somehow in the middle of writing atu hilang idea ku. Lagipun masa ani ada gangguan sikit hehehe. Sementara kamu menunggu 007.5 kana post, so aku post lah dulu cerita ani. Kesian jua kamu balik-balik mencheck blog ku ani tapi nada jua ada cerita baru.Most of us memang ada benda yang kitani paling gali. Ada yang gali kucing, tikus, lipas, siput, babi, bawang, belacan dan sebagainya. Urang yang 'gali hati' ada jua. Tapi atu peribahasa....

Sunday, May 25, 2008

MP - Part 3

Peristiwa ke dua ani membabitkan seorang pelajar yang besigup. Masa belajar lagi tu ia besigup ah. Syabas. Kalau ku inda salah, kejadian ani berlaku lapas abis membuat satu paper qualifying exam kali. Lapas abis exam, sudah tentu kantin jadi destinasi pertama yang dituju. Namanya social centre kan. Alum batah lapas atu ke jamban tah ku sama si Haikal. Jamban yang sama dimana peristiwa pertama yang ku ceritakan dalam previous post atu berlaku.Masa masuk atu macam biasalah, membuat apa yang sepatutnya. Bukannya kami kan besigup ah. Hahahaha.. Lapas...

Friday, May 23, 2008

MP - part 2

Selama aku jadi MP ani, ada dua peristiwa yang inda dapat ku lupakan. Peristiwa yang ku alami ani membabitkan students yang melanggar undang-undang sekulah. Salah satu peristiwa ani melibatkan maruahku. Yang satu lagi atu, biasa sajalah...Ok, yang pertama ani, seingatku masa atu aku hang-out di kantin waktu patang, dalam pukul 1 atu lah. Barangkali lapas meeting ataupun aku kan patrol patang atu. Indakan aku saja-saja stayback. Sama-samaku di kantin, kalau ku inda silap lah, si Awie, Afif, Yazid dan si Fattahah. Prasanku hari atu inda ramai urang...

MP - Part 1


Aku masih alum ada idea kan membuat cerita naratif, iatah aku kan mengungkit kisah lama ani lagi. Kali ani aku kan berkongsi sedikit pengalaman sepanjang pelantikan ku sebagai Majlis Pelajar(MP) di sekulah tahun 2006-2007. Mula-mula aku sebenarnya nada niat kan jadi MP, tapi semua atu berubah lapas si Sam message aku yang Ck Harisah kan bejumpa aku. Ia kan bejumpa aku pasal kan menawarkan jawatan MP. Masa aku menerima message atu, aku siuk-siuk sudah dalam bas dalam perjalanan balik ke rumah. Syabas aku ah. Jadi ku reply lah si Sam yang aku balik sudah. Sekali di reply nya balik, "Kau mau kah inda jadi MP"? Soalan cepumas ni. Lapas memikirkan pros and cons jadi MP, aku pun menerima saja. Bukannya teruk banar jadi MP ani.

Selesai hari perlantikan rasmi, maka bermulalah jawatan ku sebagai MP. Meeting memang banyak kalau jadi MP ani. Kalau aku inda salah, meeting tiap-tiap hari Sabtu waktu patang di Lecture Theatre (kalau available). Mula-mula meeting, kami membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan kami jalankan sepanjang tahun atu bersama CK Harisah. Yang membincangkan atu banyaknya dari Heads MP pulang tu. Aku meliat saja hahaha.

Kalau kan jadi MP ani seseorang atu harus ada sikap tanggungjawab, dedikasi dan disiplin. Kerja harian yang biasa MP ani membuat adalah seperti mebuat announcement (pagi), patrol di sekeliling sekulah (patang), memeriksa kebersihan di kantin (breaktime and lunch). Untuk membuat keraja ani, ahli-ahli MP kana bahagikan lah into groups. Setiap group dengan kerajanya. Yang malar ku buat... announcement kali ganya hahahaha. Patrolling sama cleanliness atu jarang ku buat prasanku.

Selalunya dalam group ku yang membagi announcement ani, aku yang membaca doa tu. Tapi sebelum doa, lagu kebangsaan terlebih dahulu dimainkan. Masa membaca doa, tedangar tah tu suara ku yang lawa berkumandang di setiap kelas-kelas. Hahahaha. Lapas habis membaca doa, bebaris tah kami tu untuk membagi announcements. Sebelum membagi announcements mesti cakap cemani dulu tu:"Good morning to the principal, deputy principal, teachers and all students, today there are ___ annoucements".
Waktu membuat announcement ani pukul 7.20. Orang-orang yang kana tugaskan mesti hadir di admin sebelum waktu atu.

Patrolling pernah pulang ku mebuat, tapi inda banyaklah. Atupun kalau bedangan. Boring kaliah kalau sorang-sorang. Patrolling ani sanang saja. Kira macam roaming di sekeliling sekulah atu sambil mecatit apa-apa kegiatan yang melanggar undang-undang sekulah. Sepanjang aku patrolling, inda pulang pernah ke tejumpa yang macamatu. Yang ku catit selalunya, kelas yang inda menutup kipasnya, inda menutup tingkapnya dan vandalism. Nada kegiatan yang hardcore pernah ku jumpa, yang softcore ganya. Hahahahaha. Lain lah macam si Ren Fah yang secara inda sengaja menemui sesuatu yang mengejutkan. Hahahaha, kami-kami ganya tau tu apa yang dijumpainya atu.

Keraja kami akan bertambah kalau ada aktiviti-aktiviti besar yang akan kami jalankan. Contohnya: Family Day, MS Anti-Drugs Ultimate Challenge, MS Anti-drugs exhibition di The Mall, Sambutan Hari Raya dan sebagainya. Yang selalu ku kerajakan, membuat banner kali. Bukan pulang aku yang membuat banner atu. Urang lain lah yang membuat. Aku mewarna saja. Selain membuat banner ada jualah keraja lain yang ku buat, contohnya menyusun kerusi, menyusun meja, mengangkat p.a system, mengangkat projektor, mengangkat equipments dan yang sebagainya. Yang simple-simple saja bah. Tapi yang paling siuk time membuat drama untuk Sambutan Hari Rayalah. Datin EP, the bodyguards & Agent 007 poin paip. Hahahahaha.. Kenangan eh..


Wednesday, May 21, 2008

Its Raining In Here

So Detektif Zack season 2 (hahaha macam drama tv saja) abis sudah. Since aku nada idea kan membuat cerita naratif, jadi iatah masanya lagi ni kan mengungkit kisah lama di sekulah. Sebagaimana yang kamu liat arah title post ani, aku perkataan 'raining' disana. Kisah yang kan kuceritakan ani memang ada sedikit bersangkut-paut dengan hujan. Kejadian ani berlaku masa last year di sekulah. Fresh lakat ni. Mana banyak urang tau jua ni cerita ani.Masa atu Maths Class. One of my favourite lessons. Guru yang mengajar masa atu cikgu Syikin. Ia mengajar memang...

Tuesday, May 20, 2008

A Detective's Life - Part 6

"Nah, lihat detektif! Banar kan apa yang aku cakap! Tapi orang-orang kampung inda pecaya! Lihat betapa tersiksanya kawan-kawanku ani! Pak Majid, baik tah kita lapaskan kawan-kawan ku ani!"rayu Roslan kepada Pak Majid.Rupa-rupanya memang benar apa yang diperkatakan Roslan. BANAR APA!!! T**I LAH!!"Wang, jangan kau layan si Roslan ani. Otaknya ani rusak sikit. Semenjak dua menjak ani ia suka bekawan sama ayam.Agatah kau balik, biar tia aku menguruskan ia ani,"jelas Pak Majid yang cuba menenangku.Ya, kawan-kawan Roslan yang kana kurung dan kana sembalih...

Monday, May 19, 2008

A Detective's Life - Part 5

Sepertimana yang telah ku janjikan, pada hari Ahad pukul 1.00 petang aku tiba di rumah klien ku, Roslan. Semasa aku meletakkan kereta, aku terlihat seorang pemuda berambut panjang memerhatikan aku dari jendela rumah, iatah Roslan kali ni."Assalamualikum,"kataku memberi salam,"Kita Encik Roslan kah?""Waalaikumsalam,"balasnya"awu aku Roslan. Kita ani sudah tentu detektif Zack kali ni."Aku menganggukkan kepala. Macam pernah ku ke rumah ani. Deja vu eh. Selepas atu Roslan menjemput aku masuk ke rumah. Aku pun masuklah. Tapi sebelum masuk mesti buka...

Sunday, May 18, 2008

A Detective's Life - Part 4

Pukul 12.37 tengahari aku dan si Sal lunch di Hj Gillien's Cafe. Setelah habis makan kami pun pergi ke hospital. Tapi sebelum atu aku singgah ke kadai sekajap, membalikan buah tangan untuk mama si Sal. Buah tangannya biskut tiger dalam tin saja. Kira ok lah tu.Sebaik tiba di hospital, aku pun mencari tempat parking. Macam biasa, disana payah kan mencari parking yang hampir-hampir. Last-last jauh jua tempatku parking. Lapas parking, aku memastikan dulu keretaku telah dikunci. Kemudian aku dan si Sal pun berjalan menuju ke wad 6 dimana mamanya kana...

Saturday, May 17, 2008

A Detective's Life - Part 3

Balik ke rumah tarus lah ku mandi. Bukan mandi wajib. Mandi biasa-biasalah. Malam atu seperti biasa aku sembahnyang maghrib dan isyak berjemaah dengan mamaku.

Keesokkan harinya, macam biasa ke office lah ku. Oleh kerana nada apa-apa kan dibuat, aku checklah inbox e-mail ku. Inda tau ada si Ratna membagi e-mail. Tapi nada. Eh, tunggu.. Ada satu e-mail baru ni. Tapi bukan dari si Ratna. Saspen eh, pikirku ia tadi. E-mail atu bersubjek URGENT. Jadi kubukalah e-mail atu tanpa syak wasangka.

Click to enlarge

Macam serius, macam menipu jua e-mail ani. Kg Ambuk Jadian? Macam pernah aku mendangar nama kampung ani...Siapa tinggal sini ani ah... Eh, lupa ku eh... Iatah akibat malar makan kepala ikan ni. Teima saja tah kali kes ani eh. At least ada jua kan dibuat daripada punduk-punduk di office atau di Hj Gillien's Cafe.

Jadi ku balaslah balik e-mail atu dengan menyatakan bahawa aku akan bejumpa dengannya hari Ahad ani pukul 1.00 patang. Kemudian ku takan lah send. Alum batah ku menakan send ada tia replynya. Gila, laju jua.

"Bah ok 2. Datang jangan tak datang. Sesunggunya orang yang mungkir janji ani adalah termasuk dalam golongan orang-orang munafik,"sepertimana yang bertaip dalam replynya. Sampat lagi menceramahi aku tu.

Tiba-tiba pintu office ku dibuka. Si Sal rupanya. Baru tah ku teliat muka dan badannya ni. Tapi aku lebih malar meliat badannya dari mukanya lah. Seksi kali ah badannya.

"Eh, Sal baru ku teliat kau ni ari ani,"tegurku.

"Awu bos...eh... salah... Zack. Mamaku kana tahan di hospital, iatah aku menjaga ia dalam beberapa hari ani. Hari ani kelurusan abangku off keraja, ia menggantikan aku. Sorry eh inda lagi tebagitau kita."

"Owh mamamu kana tahan di hospital rupanya. Inda membagitau-bagitau kau ani. Kalau inda dapat ku melawat. Karanglah aku ke sana."

"Bah ikut eh. Aku inda membawa kerita ku ni hari ani."

"Bah ok tu. Lapas lunch karang kesana."

Friday, May 16, 2008

A Detective's Life - Part 2

"Assalamualaikum Ratna,"kataku memberi salam kepada perempuan tersebut.

"Waalaikumsalam,"balas perempuan tersebut sambil menoleh ke arahku,"eh, you Zakaria! Hi!!"

Si Ratna ani spoil eh. Kedapatan tia nama panjangku. Inda tia glamour lagi nah.

"Apa khabar you eh? Hehehe. Batah me inda bejumpa sama you,"ujar Ratna yang gembira melihatku.

" Me alhamdulillah Ratna. You macamana?"

"Baik jua,"

Secara kebetulan patang atu si Ratna pun kan makan arah Hj Gillien's Cafe jua. Jadinya as a gentleman, aku pelawalah ia belanja makan. Mula-mula ia menolak. Tapi setelah ku manis-manisi, ia pun menerima pelawaan ku. Mun kamu kan tau si Ratna ani merupakan teman ku masa di University of Cambridge. Ia pun mengambil jurusan yang sama denganku iaitu dalam bidang perubatan. Batah sudah inda ku bejumpa ia ani. Kan lima tahun sudah. Sebatah-batah ku inda bejumpa ia ani, makin lawa prasanku. Lima tahun inda bejumpa atu memang satu jangka masa yang panjang, jadinya banyaklah yang kami perbualkan.

Ratna

"So, usulnya cita-cita you kan jadi detektif atu tertunai lah sudah,"kata Ratna.

"Hahaha awu Ratna. Apa keraja you sekarang ani?"tanya ku.

Rupa-rupanya si Ratna sudah berjaya menjadi seorang doktor. Ia bekeraja di unit paediatrik di hospital RIPAS. Sesuai lah tu dengan sifatnya yang caring, peramah, penyabar dan lemah lembut atu. Sebenarnya aku suka dengan wanita yang berkerjaya ani. Boleh jadi calon bini ni ia ani. Sudahtah lawa dan pandai, begaji lagi tu.Sanang hidup eh kalau kawin sama ia. Tapi.. kalau ia ani inda pandai memasak payah jua tu kan dijadikan bini. Mamaku mana suka menantu yang inda pandai memasak.

"Apatah you sekarang ani Zack? Single masih?"tanya Ratna.

Waduh, soalan cepumas ni. Banyak-banyak soalan, ani jua yang ditanyanya. Cubatah tanya apa khabar mamaku kah, apa khabar kucingku kah, apa warna seluar dalam ku kah atau yang lain-lain kah. Inda apalah, mun sudah ia betanya atu jawap saja tia.

"Single masih Ratna. Me kan fokus arah keraja dulu,"aku membalas dengan tenang.

"Ai, indakan nada lapas kitani break-up five years ago?"

Nah, spoil tia lagi ia ani. Kedapatan tia nah aku pernah bercouple sama ia. Aduh.... inda papalah mun terlajak kata apa bulih buat. Terpaksa tah aku membagitau kamu jua ni. Sebenarnya si Ratna ani ex ku masa di uni dulu. Lapas graduate kami break-up di atas sebab-sebab yang tertentu. Apa sebab-sebabnya? Atu jangantah kamu tau tu. Jangantah busy body.

"Banar nada. You ani jangan-jangan ada sudah kali ni?"ku tanya balik arah si Ratna.

"Hehehe single jua masih. Me pun kan fokus arah keraja dulu,"jawapnya.

Macam sama saja jawapannya ani dengan jawapan ku. Lapas atu kami sambunglah perbualan kami. Sedang kami siuk-siuk bercerita, rupa-rupanya jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Kan sejam setangah bah kami becerita ah. Sebelum balik, kami pun bertukar-tukar nombor telefon dan alamat e-mail masing-masing.

Sepanjang perjalanan ku balik, aku teringat kembali memoriku ketika bercouple sama si Ratna. Siuk eh time atu. Kami memang sepadan. Kelurusan lagu yang berkumandang di radio ketika atu lagu 'Kenangan Terindah' nyanyian kumpulan Samsons. Macam tau-tau saja deejay radio ani akan moodku. Gila, jiwang banar ku hari ani!

Wednesday, May 14, 2008

A Detective's Life - Part 1

Setelah peristiwa Encik Jaini, aku kembali kepada kehidupanku yang biasa. Sungguhpun tiga bulan telah berlalu, namun peristiwa tersebut masih segar dalam ingatanku. Duit ganjarannya sedikit sebanyak membantu aku untuk membeli barang-barang yang dulunya hanya menjadi igauanku. Sekarang ani aku sudah mempunyai astro dan tv ku sendiri. Jadinya sekarang ani inda lagi timbul persengkataan antara aku dan mamaku yang dulu selalu berabut kan meliat astro.Duit ganjaran atu aku pakailah dengan jimat cermat. Inda jua banyaklah barang-barang yang kubali ani....

The Answer( refer Sprint Maths)

Move the 4 matches




So jadilah ia 3 equlateral triangles
You guys can check: http://www.learning-tree.org.uk/stickpuzzles/wheel_to_3_triangles.htm
(Thanks ah Fi for the website!)

Tuesday, May 13, 2008

Sprint Maths Part 2

Lapas sprint maths form 4 dan form 1 atu memang lah ngalih. Tapi siuk jua. Ketagihan jua 'membuli' juniors ani. Baik jua ada lagi sprint maths for form 2. So jadi volunteer lah ku lagi untuk menghilangkan rasa ketagihan atu. HahahaSprint Maths for form 2 aku rasa paling siuk dari sprint manths form 1 dan form 4. Pasal:1.Ramai PU2 yang ikut "MENJAGA" checkpoint di kantin.2.Bini-bini form 2 ani lawa-lawa.3.Somehow urang di kantin ramai hari atu. Teachers nya banyak yang hangout jua dari pagi sampai tengahari. Malas kan mengajar bah, namanya kan abis...

Monday, May 12, 2008

Sprint Maths

Siuk jua membuat cerita pasal kenangan masa di sekulah ani. Ok ada satu cerita lagi yang kan ku kongsikan, lapas ani barutah ku menyambung cerita naratif.
***
The days after abis exam memang siuk. Bebas saja kemana-mana, di sekulah atu. Atu bagi urang yang ada alasan kan ke sekulah, contohnya kan main CS, ada graduation comittee meeting, minta checkkan PS arah Mr.Ray dan sebagainya. Kalau yang malas datang atu, beparam saja di rumah. Ada lah satu hari atu inda ku ke sekulah, si ai membagi aku message. Nya message atu: "Isuk ke skulah kau? Sir Farid mau tani jd volunteers 4 sprint maths n klw mau, dtg isuk 4 briefing.

Tapi inda ku datang, pasal kalau aku ke sekulah terpaksa ku awal bangun. Malam atu kana message ku lagi ulih c ai.

"Eh usulnya inda cukup urang 2 isuk utk sprint maths ah. Dtg isuk eh"

"Kau dtg td kh?"ku balas messagenya

"Nda ku dtg haha. If kau mau dtg tanya c najib psl sprint maths atu."

Lawa jawapannya si Ai atu. Pikirtah ia message ani ia datang time briefing pagi tadi. Mula-mula berfikir ku dulu. Datang kah inda ni isuk ani. Sekali Sir Farid a.k.a babah message aku pasal sprint maths atu. So datanglah ku ke sekulah isuknya. Isuknya sebaik saja turun dari bas tarus lah ke kantin. Kantin ani social centre bagi PU2. Tempat di mana kami mengacai, begossip, ketawa, meliat bini-bini junior yang lawa, makan, minum dan membari nickname arah juniors berdasarkan bentuk fizikal durang.. hahaha. Banyak tu nickname yang kana bagi, contohnya: si Karas, Snow White, si Klasik, si Pelanduk, si Parsi, i see Pink, Golden Chick dan banyak lagi.

So pagi atu duduk-duduklah tu sama urang yang sudah datang. Selalunya yang awal datang dariku ani si Amir dan si Farhan. Si Acai pun kadang-kadang awal datang dari aku. Tapi perasanku ia inda sekulah hari atu. Inda lama atu semakin ramai urang PU2 datang. Sekonyong-konyongnya datang tia si Fakhrin. Duduk ia disebalahku.

"Eh Mil hensem kau ani!"ujarnya seperti biasa.

So ku tanyalah ia pasal sprint maths. Rupa-rupanya ia jadi volunteer jua.

"Aku alum ada partner ni. Bah kau jadi partner ku. Tani menjaga di kantin,"kata si Fakhrin.

Tapi aku masih bangang pasal sprint maths ani. Ku tanya lah lagi arah si Fakhrin. Katanya volunteers yang ikut ani menjaga checkpoint. Arah checkpoint ani peserta sprint maths dapat question durang. Tapi peserta-peserta atu inda tau siapa yang keep the question. So siapa yang usulnya lain dari yang lain iatah tu yang menjaga checkpoint. Tapi before durang dapat question kami "buli" dulu durang. Lapas si Fakhrin menerangkan atu, fahamlah ku. Iski ku pulang mendangar perkataan "buli" atu. Apatah lagi "membuli" juniors. HAHAHA

Before sprint maths atu start, kami ke maths department dulu. Briefing lagi sekajap lapas atu mengambil soalan-soalan untuk checkpoint masing-masing. Ada yang di library, di common room, di gym dan sebagainya. Aku dan si Fakhrin in charge checkpoint di Kantin. Pagi atu student form 4 jadi participants dan patang karang student form 1. So sebelum ada urang form 4 yang datang aku discuss sama si Fakhrin apa pranks yang kan kami kanakan arh durang. Macam-macam lah idea kami time atu. Menyanyi, baca Z to A, balancing buku arah kepala, catwalk, buat love proposal dan sebagainya.

So start tia sprint maths atu. Si Boon Zhang (volunteer jua) baru datang, so ia join kami lah. Oleh kerana di kantin atu ramai urang, payah-payahan durang mencari kami. Sebabnya durang inda tau siapa yang menjaga soalan. Hahahaha. So durang tanyalah siapa saja yang ada di kantin atu termasuk pekerja-pekerja kantin.

Sekali ada this group yang tanya kami, "kamu yang jaga checkpoint for sprint maths kah?"

Ku jawap, "sprint maths, apakan tu?"

Manakala si Fakhrin menjawab, "apa tu?"

Merasakan yang kami ani bangang, so larilah durang atu dari kami demi mencari siapa sebenarnya yang menjaga checkpoint di kantin ani. Last-last kami panggil lah, kesian bah durang atu kesana kemari. Yang first group atu aku inda ingat apa dare kami. Tapi dare yang paling ku suka this two groups yang ahlinya terdiri dari seorang laki-laki dan tiga bibi-bini. Oleh kerana ada one guy, kami suruhlah ia propose his female members. But each with different style of proposal. Yang one group ani, laju ia menghabiskan dare kami. Nada masalah. Tapi yang the other group batah kami memujuk. Kami pajal jua, walaupun ia reluctant. Kalau inda ramai urang gerenti ia mau tu, ani di kantin kali ah. Kesian ku meliat eh muanya atu, tapi kami pajal jua. Hahahaha. Akhirnya selasaikannya jua darenya atu. So barutah durang dapat the question.

Masa the final group aku nada, pasal aku bejumpa sir Azlan kan bebincang pasal persembahan drama untuk CCA closing. So aku serahkan lah arah si Fakhrin dan a few PU2 lain yang join kami di kantin. Durang suruh that group to march around the canteen sambil menyanyi lagu Achai param pam pam. Hahahaha kacau eh, aku nada masa atu.

Patangnya aku menjaga checkpoint. Si Fakhrin balik, so baik jua ada si Afiq dan si Naq mendangani aku. Patang ani urang form 1 yang ikut.Tapi boring lah, pasal durang ani inda sporting bila aku dare durang. Padahal inda ramai urang di kantin patang atu. Adalah a few group yang sporting. Adalah dis group membersnya semua bini-bini, manja arahku! Kiut-miut lagi durang atu haha!! Namanya kanak-kanak kan. Soalan untuk form 1 ani memang payah bagi durang, ada dua group saja yang tejawab.

Cemani soalannya, "move 4 of the 12 matches to turn this hexagon into 3 equilateral triangles."
Kalau kamu kan mencuba menjawap mana saja kamu. The next post lah ku bagi jawapannya. Alum abis ni cerita sprint maths ku ani.Tunggu sambungannya....

Seluar

Kisah ani pun sebuah kisah benar. Terjadi pada tahun lapas, tahun 2007. Memang inda dapat kulupakan ni insiden ani. Terlampau cali lah. Inda ku tau kamu yang membaca cerita ani. Tiap-tiap hari Khamis macam biasalah ada waktu CCA. Start kan breaktime ramai tia sudah tu urang bersosial. Ada yang bekumpul di kantin, di concourse, di gym, di hostel dan di auditorium. Prepare untuk CCA lah. Kalau aku, lapas kelas Physics tarus tah ku ke concourse. Kadang-kadang bekumpul dulu di kantin sekajap kalau kan bebaya sama-sama ke concourse.Aku ahli kelab fitness...

Friday, May 9, 2008

Monkey Love

Kisah ani berdasarkan sebuah kisah benar yang ku pernah ku alami. Tapi ku ubah-ubahlah and tambah-tambah supaya panjang ceritanya.
*****
Salam sejahtera pada pembaca semua. Namaku Yusof. Kisah yang akan ku ceritakan berlaku pada tahun 2001. Ketika atu aku baru kan masuk form 1. Anilah tahun pertama ku di sekolah peringkat menengah. Jadinya aku terpakasalah menyesuaikan diriku dengan perseketiran yang baru ani. Kawan-kawan ada yang baru, jalan ke tandas mesti tau(masa 1st time sasat eh), subjek yang dipelajari bertambah dan sebagainya. Alhamdulillah aku dapat menyesuaikan diri dalam masa yang singkat. Bukannya susah banar jua kan menyesuaikan diri.


Wajah kanak-kanak riang time sekulah

Tanpa bercakap lebih panjang lebar lagi, baiktah aku mulakan ceritaku ani. Tadi atu sebagai intro saja tu. Ok macamani ceritanya, aku ada seorang kawan ani namanya si Ashraf. Ia ani pantang teliat bini-bini lawa, kan dikacaunya dan diuratnya tah tu. Baru form 1 tu. Damit-damitnya sudah pandai ia ani. Bukan jua playboy ia ani, pasal kalau playboy jarang kan kana reject ulih bini-bini. Ia ani malar kana reject ulih bini-bini yang diuratnya atu.

Tahun 2001 ani alum banyak student yang tedapat mobile. Sekarang ani, dui! Banyak sudah tedapat! Canggih-canggih lagi. Tapi inda kana suruh bawa ke sekulah!! Haha padan mua kamu!! Pada waktu ani SMS, miss call, chatting, facebook dan friendster alum berapa terkenal di Brunei. Sekarang ani kalau kan mengurat atau mengacau bini-bini, melalui medium-medium yang ku sabut tadi atulah. Dulu pakai suratlah. Siap dengan perkataan-perkataan jiwang bagi meluahkan isi hati arah si penerima surat. Klasik eh style nya ani. Tapi sekarang ani pun ada yang masih memakai surat. Kadang-kadang durang bagi coklat (Kisah benar yang berlaku pada tahun 2007). Dan ada jua suratnya bentuk kapal terbang kertas (kisah banar jua haha).

Iatah ada satu hari ani, aku, si ashraf dan kawan-kawan sepuakku pergi ke kantin waktu rehat. Memang sudah lumrah sekulah, kalau kan bejalan kemana-mana di sekulah atu mesti jua dengan puaknya(groupnya) sendiri. Sekali tiba di kantin , membali makanan lah kami. Masa kan duduk, si Ashraf ani teliat bini-bini kiut. Bini-bini atu sebatch sama kami jua. Apa lagi, kana panah oleh cupid lah si ashraf. Inda ku tau jatuh cinta pandang ke berapa kah sudah ia ani.

"Suf, cuba kau liat tu bini-bini ah?"dia bertanya arahku.

"Banyak jua bini-bini disini ani. Yang mana satu kan?"jawapku.

"Atubah yang putih kulitnya ah. Yang kiut-kiut ah"

"Ohhh... Atu namanya si Sofea, dari kelas MB1P."

"Oh si Sofea.."

Dapat ku hidu tu motif di sebalik pertanyaannya atu.Kan mengurat lah tu. Kalau ada mobile waktu atu gerenti si Sofea atu kana miss call 100 kali sudah ulih si Ashraf. Isuk-isuknya tersebarlah berita si Ashraf membagi surat arah si Sofea. Bukan surat saman tapi surat cinta. Si Sofea menerima saja surat atu sungguhpun aku tau ia mereject cinta si Ashraf. Pada hari-hari yang berikutnya macam-macamlah yang dibuat oleh si Ashraf ani demi memenangi hati si Sofea ani. Kami sebagai kawan "menyokong" usaha si Ashraf ani dengan mengetawakannya.

Beberpa hari lapas atu barutah beranti si Ashraf ani. Dua tiga hari ani siapa kah lagi kan diuratnya. Selalunya pagi-pagi aku ke sekulah pakai bas. Datang ke sekulah dalam pukul 7.00 pagi. Ada satu hari atu aku membawa sepucuk surat. Surat atu untuk si Ashraf. Kelurusan masa ku masuk ke kelas, si Ashraf datang sudah. Lapas mengampaikan begku di tempat dudukku, ku bagilah surat atu arah si Ashraf.

"Ash, ada urang membagi surat arahmu,"ujarku.

"Surat? Surat apa? Surat raya?"tanyanya balik

"Cali kau ani eh. Indakan surat raya. Ada bini-bini membagi tadi."

Mendangar perkataan bini-bini atu membuatkan si Ashraf iski. Kawan-kawan ku yang datang sudah pun turut iski. Yang baru datang pun iski tia jua walaupun inda tau menau. Jadinya si Ashraf pun membuka surat atu lalu kami baca ramai-ramai. Tapi baca dalam hatilah, inda kan nyaring-nyaring.

Isi surat atu macamani: " Hai Ashraf. Aku batah sudah memerhatikan kau dari jauh since the 1st day kau masuk MS. Aku girigitan meliat kekiutan mu atu. Membari kan mencubit. Namaku si Rabiatul, aku urang form 4. So, kalau inda keberatan aku kan berkenalan sama kau, bulih?"

Surat cinta rupa-rupanya. Sebaik saja habis membaca surat atu apa lagi kami puji-puji lah si Ashraf ani. Sampai kambang hidungnya. Bukan pujian ikhlas tapi pujian jealous. Siapa jua inda jealous tu. Inda jua dapat kami terima tu student form 4 bini-bini kan mengurat student form 1. Banar tah tu kata urang cinta atu buta.

Isuknya ada lagi surat atu. Kali ani di bawah palung. Ia mendapati surat atu waktu rehat. Macam biasa kami bacalah ramai-ramai. Kali ani lagi steady, siap ada bekas lipstik arah surat atu. Apa lagi, dikucupnya bekas lipstik atu.

Surat dari si Rabiatul yang ketiga menyatakan hasratnya untuk berjumpa si Ashraf. Maka Si Ashraf pun berlonjak kegirangan. Menurut surat atu, tempat berjumpanya di waiting bay pada waktu rehat. Jealous banar kami hari atu. Masa loceng rehat berbunyi ia tah yang dulu belusir keluar. Alum lagi kami abis cakap "thank you teacher" tu. Cikgu pun bangang meliat telatah si Ashraf atu.

Aku dengan groupku pun men'spy' si Ashraf ani dari jauh. Punduk-punduk ia arah waiting bay atu macam si Palui. Kami ketawakanlah ia. Dari pukul 9.50 sampai pukul 10.10 punduk-punduk ia disana. Inda lagi makan minum tu, padahal waktu rehat.

Keesokkan harinya nada lagi surat atu kana bagi arah si Ashraf. Frust menonggeng lah si Ashraf ani time kami hangout di luar kelas pagi-pagi atu. Ku tanyalah si Ashraf pasal 'date'nya kelmarin. Padahal tau sudah aku ah, saja-saja betanya.

"Inda ia datang. Atu batah ku menunggu ia sampai abis break. Sial si rabiatul atu. Penipu banar ia atu! Munafik!"
rungutnya.

Aku tersenyum mendengar rungutannya.

"Awu memang kau kana tipu. Tapi bukan si rabiatul yang menipu,"jelasku.

"Kalau bukan ia, siapatah? Indakan si Acai?"

"Yang sebenarnya surat atu aku yang menulis. Si Rabiatul atu inda wujud sebenarnya. HAHAHAHA KAU KANA TIPU!!"

"Lipstik atu?"

"DARI MULUTKU! AKU INDA EXPECT KAU MENCIUM ARI ATU!! HAHAHA!!"

"BAIE KAU SUF!! HAHAHAHA!! SIAL!! KAU TIPU AKU!!"

Inda ku sangka planku untuk menganakan si Ashraf berjaya. Ada beberapa urang kawanku saja yang tau plan ku ani. Baik jua si Ashraf atu cool urangnya. Kalau inda ada ku diantamnya. Tapi dicangaknya pulang ku. Cangak main-main lah. Inda jua sampai sasak nafas. Maka ketawa-ketawa lah groupku yang ada diluar atu. Group-group yang baru sampai turut tia jua ketawa. Busy body banar eh.

Wednesday, May 7, 2008

From The Eyes Of A Detective - Part 8

Memang aku tekajut meliat pasal aku inda menyangka makhluk asingnya 100 % macam manusia. Tunggu... Talurrrrrrrr!! Andang manusia jua ni. Usulnya bulat-bulat ku kana tipu oleh Encik Jaini! Mati-mati ku ingatkan makhluk asing rupa-rupanya BANGSA ASING!! Sia-sia saja hatiku kabak-kabak tadi. Bahasa yang dipakai oleh 'makhluk asing' ani memang bahasa jawa pun. Lapas semua pendatang asing atu turun (cahaya yang ku liat tadi, datang dari kapal yang durang naiki) aku mengambil langkah drastik dengan menyergah durang.Atu bertempiaran durang lari sambil...

From The Eyes Of A Detective - Part 7

Ku liat jam sudah menunjukkan pukul 2.15 pagi. Telalai banar kami bekurapak ani."Pukul 2.16 sudah ni Encik Jaini. Baik tah ku start beroperasi kali,"kataku."Awuwah, akhir sudah rupanya. Tunggu sekajap, aku mengambil barang-barang keperluan mu dulu," balasnya.Beberapa minit kemudian Encik Jaini kembali ke ruang tamu memberikan aku dua buah beg. Yang satu berisi beg dan yang satu lagi berisi bekalan(Nescafe dalam tin dan beberapa paket biskut Tiger). Baik banar orang kaya ani, bekalan pun kan dibaginya. Iatah kalau ada orang-orang kaya yang membaca...

Sunday, May 4, 2008

From The Eyes Of A Detective - Part 6

Sampai ke rumah tarus ku mengaga katilku. Tidur dulu, pasalnya karang pukul 1.00 pagi aku kan ke rumah Encik Jaini sebagaimana yang telah ku janjikan. Tinggal tia sembahyang maghribku hari ani, isuk-isuk tah ku qadha.Tepat jam 12.00 pagi aku pun terbangun oleh bunyi alarm clock ku yang begitu menyebalkan. Macam lima saat ganya ku tidur ani, padahal kan 5 jam. Rasa kan menyambung tidur bah, tapi ku gagahi jua untuk bangun. Destinasi pertamaku adalah ke jamban. Kan mencuci muka sambil mencuci-cuci mataku yang betaie. Selepas atu betukar pakaianlah...

Saturday, May 3, 2008

From The Eyes Of A Detective - Part 5

Aku duduk seketika di dalam kereta Honda Jazz ku setelah pertemuan ku dengan Encik Jaini. Memang susah untuk dipercayai kes makhluk asing yang ditawarkan oleh Encik Jaini atu. Apatah lagi di dalam Brunei ani, jarang ku tedangar orang teliat UFO atau makhluk asing ani. Kalau di negeri luar atu memang lah banyak, macam-macam ku tebaca. Ada yang mengaku kana culik lah, kana molested lah, kana bedah lah dan macam-macam lagi. Bentuknya pun macam-macam. Kebenarannya? Hanya tuhan yang maha mengetahui.

Sementara ada duit ani baik tah ku membayar gaji Si Sal kali. Baik tah ku text ia eh.

"Sal jumpa aku d office krg pkl 5. aku kn mmbyr gajimu."

Inda batah atu ia pun membalas,"Bh, k 2 bos."

Jam ketika atu sudah menunjukkan pukul 4.17 patang. Aku pun mengambil keputusan untuk pergi terus ke office ku, tapi sebelum atu membali easi kad $100 dulu. Kreditku kan abis bah.

Sesudah sampai ke Office ku, aku chatting di MSN sekajap sementara menunggu si Sal datang. Sambil-sambil atu mencheck Facebook jua ku. Belum lama lapas atu datang tia si Sal. Aku pun mengubah status MSN ku dari 'online' ke 'away'. Ku liat lawa si Sal ari ani. Membari girigitan meliat.

"Sorry bos, aku dari jemputan kahwin nini bungsuku tadi. Iatah akhir ku sampai ani."

"Its Ok Sal. Biasa ku sudah dengan janji melayu ani.Kau ani malar manggil aku boss, panggil saja Zack bah. Karang balik-balik kau manggil aku boss, seluar mu yang bubus"

" 'CALI' jua kita ani"

Pandai tia jua sarcastic si Sal ani.

Hot babe dalam cerita ani, si Sal


"Sal, ani ada gajimu yang alum bebayar. And ani slip gajimu."

"Thank You boss.. eh salah.. Zack. Beduit kita?"

"Awu, sekarang ani kaya ku ni. Kau ingat Encik Jaini yang menelefon aku kelmarin? Di baginya aku $20,000 bah lapas aku menerima kesnya ah. Kalau aku berjaya menyelesaikan kana tambah lagi $50,000"

"Gila!! kaya banar jua Encik Jaini atu. Serius banar kah kes yang ditawarkannya atu?"

"Kalau ku bagitau apa kesnya jangan kau ketawa ah. Senyum pun inda bulih"

"Bah, inda ku ketawa ni. Bagitau tia."

"Ia tenampak makhluk asing!!"

Mendangar cakapku atu, apalagi ketawa melabanglah si Sal. Janji melayu banar eh ia ani.

"HAHAHAHAHA! "Cali" kita ani eh!! Kalah Mr. Bean!!"

"Astah, aku becakap banar ah."

"Bah, bah banar tah. Hahahaha!! Kita terima jua kesnya atu?"

"Mun sudah dibaginya wang basar, apa lagi.. terima saja lah. Menolak tuah bah tu mun ku reject."

"Awuwah banar jua"

Inda lama lapas atu barutah si Sal berhenti ketawa. Lapas atu ku ceritakanlah arahnya tentang sesi pertemuan ku dengan Encik Jaini tadi. Masa ku ceritakan part aku kana ucap waiter, ketawa tia lagi si Sal ah. Lagi melabang!! Kalah ketawa pontianak ia ani. Sudah berhenti ketawa baru ku menyambung ceritaku lagi.


Friday, May 2, 2008

From The Eyes Of A Detective - Part 4

Keesokkan harinya, tepat jam 3.01 patang aku sampai di Hj Gillien's cafe. Tiba-tiba aku terfikir.. Macam mana rupa Encik Jaini ani? Talur eh, macamana kan bejumpa ni. Lupa lagi ku betanya nombor telefonnya kelmarin. Encik Jaini ani satu jua. Indada ia menghubungi aku. Tiba-tiba seorang lelaki melambaikan tangannya ke arahku. Mesti Encik Jaini kali ni. Lalu, aku pun menghampiri lelaki tersebut.

"Bah waiter, tulis apa yang kan ku makan ani. jangan inda ditulis, karang kelupahan kau,"ujar lelaki tersebut tanpa rasa bersalah.

Kurang asam punya orang, aku yang hensem macamani diucapnya waiter!

"Minta maaf ah, aku ani bukannya waiter. Aku customer macam kita jua kali ah," aku menjawab.

"Ah, iakah?? Sorry sorry."

Talur orang ani. Fikirku ia atu Encik Jaini tadi. Eksen-eksen tia membaca surat khabar, menutup kemaluannya... eh, salah tatabahasa.. menutup rasa malunya lah tu. Belum lama selepas atu ada lagi seorang lelaki melambaikan tangannya ke arahku. Awu, mun kana ucap waiter lagi alamat ke hospital lah lelaki ani.

"Assalamualaikum Detektif Zack, aku Jaini yang menelefon detektif kelmarin. Bah silakantah duduk,"kata lelaki tersebut sambil menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam.

"Waalaikumsalam Encik Jaini. Bukan bah, kenal kita kan aku ah? Kitani pernah berjumpa kah?"aku menjawab sambil bersalaman dengannya.

"Inda pulang pernah berjumpa. Aku kenal detektif selepas meliat gambar arah surat khabar beberapa bulan yang lapas. Pasal kes seluar dalam hilang ah."

Aku hampir-hampir terkentut mendengar penjelasan Encik Jaini. Rupa-rupanya berita atu keluar arah surat khabar. Entah-entah kana siarkan di berita jua kali. Kurang asam punya wartawan. Sudah ku bari amaran jangan disiarkan. Inda apa karang ku report arah mamaku. Mamaku lawyer kali ah. Biar ia wartawan atu, ku saman ia sampai abis usinnya. Tiwas saja ia menjatuhkan maruahku.

"Bah order tia makanan detektif. Aku belanja ni."

Alhamdulillah, kana belanja jua. Apa lagi, ku order lah makanan yang paling mahal. Minuman inda payah lah mahal-mahal, teh tarik cukup tah. Aku memerhatikan Encik Jaini secara teliti. Mungkin ia ani dalam lingkungan 40-an lah. Macam orang gila jua usulnya. Rambut berserabai dan kusut-masai. Macam style Robert Smith. Tapi ia ani berjanggut, Robert Smith inda. Tubuhnya sederhanalah, inda jua kurus inda jua lampuh. Tapi inda patut orang gila ia ani. Pakaiannya ani usulnya berjenama. Orang kaya kali.

Bukan si acai ni. Ani Encik Jaini

"Apa sebenarnya, kes Encik Jaini ani?"aku bertanya kepadanya sambil menghirup teh tarik.

"Macamani ceritanya detektif. Aku ani tinggal bersama isteriku berhampiran dengan pantai. Iatah ganya satu-satunya rumah disana. Aku ani sukakan keadaan yang sunyi, jauh dari hingar-bingar bandar. Pada malam hari Ahad atu aku inda dapat tidur. Inda ku tau mengapa. Jadinya aku pun mengambil keputusan untuk pergi bersiar-siar di pantai yang hampir dengan rumahku atu. Waktu atu pukul tiga pagi. Keadaan ketika atu sunyi dan sepi hanya bunyi ombak yang menghempas pantai yang kedengaran. Sedang aku siuk melayan kejiwanganku, inda semana-mana muncul satu cahaya yang terang-benderang. Pikirku ada konsert, tapi inda kedengaran bunyi orang bersorak. Takut ku tarus bah, iatah betapuk ku disebalik sebuah perahu buruk yang ditinggalkan di pantai atu. Inda batah atu hilang cahaya atu. Tedangar ku suara yang mengeluarkan bahasa yang inda ku fahami. Ku subuk lapas atu. Kau tau apa yang ku lihat?"

"Apa?"tanyaku yang semakin iski mendangar.

"Makhluk asing. Aku cuba melaporkan arah pihak polis tapi durang inda pecaya"

Gila kali orang tua ani. Makhluk asing? Siapa jua kan pecaya.

"Minta maaf Encik Jaini. Aku kurang arif pasal makhluk asing ani. Caritah orang lain," jelasku sambil menghabiskan teh tarik sambil bersedia untuk pulang. Tapi Encik Jaini menggenggam lenganku.

"Aku serius ni detektif. Nah, didalam sampul ani ada $20,000. Kalau kau menerima kes ku ani, kau ambil saja. Jumlah usin ani membuktikan yang aku ani serius."

$20, 000? Wow, ani lebih dari serius ni. Ku periksa sampul atu, ternyata tabal jumlah duit yang dibaginya atu. Tapi inda ku tau banar kah inda $20, 000 yang dibaginya ani. Malas tah ku kan mengira.

"Kalau aku menerima kes ani apa yang patut ku buat?" kataku yang kembali berminat.

"Sanang saja kerajamu. Tiap-tiap malam kau datang ke rumahku starting hari ani. Disana aku membagi video camera dan ambil rakaman di tempat aku terjumpa makhluk asing atu. Kalau kau berjaya merakam, aku membagi kau extra usin $50,000."

"Mengapa inda Encik Jaini saja yang merakam? Inda jua keluar duit"

"Gila kau! Karang aku diantamnya! Lagipun aku ani tua sudah bah,"

Akhirnya ku terima jua lah kes Encik Jaini tanpa sebarang protes. Usin basar kali ah di baginya. Siapa jua kan menolak.Sebelum beredar Encik Jaini pun memberikan aku alamat rumahnya.

From The Eyes Of A Detective - Part 3

Lapas sembahyang maghrib berjemaah, makan tah ku tarus eh. Gelojoh macam babi bah ku makan ah. Lapar banar ku malam atu. Kamu kan tau? Yang sebenarnya aku ani anak orang kaya. Allahyarham bapaku dulu seorang doktor bedah manakala mamaku seorang lawyer. Sebab atulah aku mampu hidup sampai sekarang ani. Di rumah basar ani aku sama mamaku ganya tinggal. Adi beradi ku yang lain semua berumah tangga sudah, durang tinggal di tempat lain. Inda apalah, aku yang paling bungsu, biar tia akhir kahwin.

Sungguhpun aku ani anak bungsu, aku ani inda manja. Masa lagi damit ganya tu. Duit pun jarang ku meminta arah mamaku. Kalau kana bagi, malar ku tolak Aku inda mau menyusahkan peindungan, biar tia ku susah sendiri. Makanku saja mamaku menanggung. Baik kan aku ani? Kepada sesiapa yang membaca artikel ani, contohilah aku. Jangantah kamu menyusahkan indung kamu. Dangar cakap ku ani.

Kalau diikut-ikutkan, yang tinggal di rumah ani sebenarnya empat orang. Yang dua orang atu lagi orang gaji. Gaji durang mamaku yang membayar. Indakan aku yang membayar, macam tah beduit aku ani. Mamaku ganya yang kaya, aku ani mana kaya.

Malam hari sabtu ani macam biasalah, rancangan AF main di Astro. Biasa sudah ku mendangar bunyi-bunyi tangisan di waktu macam ani. Asal ada pelajar AF tekeluar, menangis tia tu mamaku sama orang-orang gajinya ah. Sanggup tu diorang atu melihat sampai ke tangah malam. Peminat nombor satulah katakan. Sejak AF ani start, malar ku miss EPL. Apa boleh buat, aku tepaksa mengalah. Astro atu mamaku yang membayar. Kan membali sebuting astro lagi, inda ku beduit.

Sambil-sambil belimpang di bilikku, teringat tia ku Encik Jaini yang menelefonku tadi. Masih lagi ku tertanya-tanya akan kes yang kan ditawarkannya arah ku ani. Macam-macam tia andaian timbul di otakku ani. Hilang sudah penyakit Alzheimer ku ah. Biasalah parut berisi, otakku pun berisi. Sebab atu aku mapu memberi andaian secara kritis. Mungkin kes yang kan ditawarkannya atu kes pembunuhan kali. Tapi inda jua mungkin, kalau inda minta bantuan arah pihak polis tia sudah. Indakan minta siasat pasal seluar dalam hilang lagi! Atu talur namanya tu! Ah, baik tah ku tidur kali.


Page 1 of 5012345Next
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More