Kisah ani batah sudah terjadi ni. Untuk yang berumur 30 tahun kebawah gerenti alum lahir tu masa atu. Pernah kamu mendangar Kampung Babun Rabun di Brunei ani? Gerenti inda pernah tu. Pasal masa ani pupus sudah bah kampung atu. Teori yang kesatu mengatakan bahawa kampung ani dilanda kepupusan pasal semua penduduk kampungnya banyak berhijrah ke kampung lain pasal nama Kampung Babun Rabun atu terlampau bida berabis. Teori yang kedua pulang, yatah yang kan ku ceritakan ni.
Macamani ceritanya. Kehidupan Kampung Babun Rabun ani inda jua jauh bezanya sama mana-mana kampung yang ada di Brunei ani. Bekabun, besekulah, menyasah di sungai, mengintai anak dara mandi, mengurat bini-bini, bedisko dan lain-lain aktiviti yang tipikal bagi masyarakat Brunei masa atu.
Dalam kampung atu ada sebuah keluarga yang hidup dengan "sadang" lah jua bahagianya. Keluarga ani terdiri daripada Pak Hj Gillien, isterinya Machi Joyah atau nama glamournya "MJ" dan anak tunggalnya yang bernama si Nuar (ia ani nada kena mengena dengan cerita seluar ni ah).
Si Nuar ani terkenal sebagai seorang yang paling hensem di kampungnya. So, ramailah anak-anak dara, janda-janda dan andartu-andartu berabut kan kedia ani. Gila, jealous ku eh. Tapi sungguhpun banyak bini-bini beguna kedia, banyak ditulaknya bulat-bulat. Bukan pulang ia ani gay, ganya semua bini-bini di kampungnya atu inda menepati tastenya. Fussy jua si Nuar ani eh. Mun semua laki-laki di Brunei ani fussy macam ia, macamana population Brunei kan meningkat.
Yatah sikap fussy si Nuar ani merunsingkan fikiran Pak hj Gillien & Machi Joyah yang iski kan bemenantu sama becucu. Sebenarnya si Nuar ani pun ingau jua kan kawin. Ia mau jua merasa kenikmatan malam pertama. Lagipun umurnya sudah semakin meningkat. So ia pun bercadang kan berhijrah ke bandar. Mana tau disana banyak bini-bini yang lagi cantik-molek, kiut-miut dan membari giritan meliat mengalahkan para peserta Miss Universe.
Maka ia pun mengaga bapa dan mamanya untuk membagitau hasratnya kan ke bandar.
"Ke bandar? Bahapa kau jauh-jauh mencari bini-bini di bandar atu? Di sini banyak jua bini-bini yang manis-manis. Si Sarbanun anak Hj Dullah, si Timah anak Hj Kassim, si Siti Payung anak Hj Garip, si Sabariah anak Hj Roger semua beguna kan kau bah. Tapi kau reject abisdurang semua. Manis-manis jua durang atu bah. Awu, mun durang beguna bapa, bapa terima saja tia. Ganya mamamu inda menyuruh ku kawin kali lagi heheh"ujar Pak Hj Gillien.
"Eh bapanya jangan kan gatal-gatalan,"balas Machi Joyah sambil menghempas lengan lakinya dengan manja.
"Please lah. Kalau bapa sama mama inda menyuruh, inda kawin sampai ke tua ni.. Karang siapa jua susah hati pasal inda menimang cucu?hehehe,"ugut si Nuar.
"Cis, pakai taktik kotor ah? Pandai tia blackmail-blackmail urang. Ok, bapa sama mama terpaksa setuju. Tapi dengan syarat bapa misti ikut."
"Eh mengapa bapanya ganya ikut? Aku kan diapa?"Machi Joyah tiba-tiba mencelah.
"Bah mun semua ke bandar, siapa kan menjaga rumah? Indakan kucing kitani si Comot atu kan disuruh menjaga rumah?"
"Awuwah, banar jua nya kita atu."
Walaupun syarat yang dibagi ulih bapanya atu inda berapa si Nuar suka, terpaksalah jua ia setuju. Mun inda, nada ke bandar. Maka malam atu si Nuar & Pak Hj Gillien pun packing. Dan isuknya durang pun betulak ke bandar. Tinggallah Machi Joyah seorang dirumah. Mun boring-boring dirumah, bejalan kaki tah tu ia ke rumah Hajah Kamariah, tempat berkumpul ahli-ahli kelab pengumpat Kampung Babun Rabun. Mun inda mengumpat, kadang-kadang main netball ia sama kawan-kawannya.
Lima bulan sudah berlalu, tapi si Nuar sama Pak Hj Gillien alum jua balik-baliknya. Banar-banar si Nuar atu mencari bini. Yatah rindu jua Machi Joyah tu.
Pada satu hari, sedang Machi Joyah ani bejiwang-jiwangan di luar rumah, tiba-tiba sebuah kerita limo klasik parking di halamannya. Tekajut jua Machi Joyah tu. Baik jua ia inda cardiac arrest. Since ceramin kerita atu tinted, Machi Joyah inda berapa pasti siapa yang ada dalam kerita atu. Tiba-tiba pintu limo atu pun terbuka, dan turunlah seorang lelaki segak dan hensem yang teramatlah dikenali ulih Machi Joyah. Siapa lagi kalau bukan anak kesayangannya yang bernama si Nuar.
"Hello mother!"tegur si Nuar.
Rasa kerinduan Machi Joyah pun mula hilang, diganti dengan perasaan gembira berabis. Ia pun belusir mengaga anaknya atu. Kan dipaluknya kuat-kuat sampai si Nuar atu sasak nafas. Tapi sebelum ia sampat memaluk, tiba-tiba keluarlah TUJUH urang bini-bini dari limo atu. Semuanya lawa-lawa, lating-lating, kiut-miut dan membari giritan kalau laki-laki meliat.
"Ma, yatah biniku ni ma. Handal kan aku ah?"si Nuar berkata.
"Astaghfirullah Nuar. Kau ani kira menyalahi ugama udah ni. Islam mana menyuruh laki-laki bekawin sampai tujuh urang!!"Machi Joyah membalas.
"Eh, bukan ma. Maksudku empat urang ani biniku ni. Ani si Hasnah, si Rosnah, si Tampoi & si Gayah."
"Abis yang tiga urang atu? siapa punya?"
"Owh durang betiga atu bapa punya tu."
"APA?!"
By that time Pak Hj Gillien baru kan keluar dari limo yang dinaikinya dan memberi senyuman nervous arah Machi Joyah. Machi Joyah pun melipat-lipat lengan bajunya dan sikapnya mula berubah jadi macam king kong. Sebelum apa-apa terjadi Pak Hj Gillien pun mengambil langkah seribu dan hari atu jua Machi Joyah mengamuk berabis sampai abis musnah Kampung Babun Rabun ulihnya. Lapas atu pupus tia Kampung Babun Rabun. Yatah teori kedua yang menyebabkan kepupusan Kampung Babun rabun tu.
0 comments:
Post a Comment