Your Thoughts


Sunday, September 7, 2008

King of Thieves

Namaku ialah Roy. Roy bin Tang. Aku merupakan seorang pencuri sepenuh masa. Sebelum aku menceburi bidang ini secara professional, aku hanyalah anak manja yang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapaku. Tetapi kehidupan ku mula berubah apabila orang tuaku meninggalkan aku tanpa mengucapkan bye-bye. Ketika itu aku masih muda remaja.

Aku tidak mampu mencari makananku sendiri dan akibatnya aku hampir-hampir mati kerana malnutrition. Mujurlah Michael, seorang budak jalanan, terjumpa aku dan dialah yang telah menyelamatkan aku. Dari situ aku mula berkawan dengannya dan aku pun mula terikut-ikut dengan gaya hidupnya yang suka mencuri.

Objek yang suka kami curi ialah makanan dan minuman. Kami perlu makan untuk hidup. Oleh itu hidup kami adalah untuk makan. Apabila malam menjelma, pada saat itulah kami mula beroperasi. Pergerakan kami yang lincah dan discreet memberi advantage kepada kami untuk melakukan operasi dengan sempurna.

Tetapi itu dahulu. Kini aku hanya bekerja secara solo. Michael telah pun menemui ajalnya semasa kami beroperasi. Ini adalah gara-gara Inspektor Comel yang baru bertugas di kawasan curian kami. Ketika itu kami sedang menyelongkar sebuah almari untuk mencari stok makanan dan out of nothing Inspektor Comel muncul dibelakang kami. Alangkah terkejutnya kami. Kami pun memecut lari dari kawasan itu. Ketika itu aku merasakan larianku begitu pantas. Mungkin Usain Bolt pun tidak mampu berlari selaju aku pada ketika itu. Malangnya Inspektor Comel berjaya menangkap Michael. Aku berpatah balik dan cuba menyelamatkannya, tapi dia melarangku. Itulah kali terakhir aku melihatnya. Rest in Peace my friend.

Pada hari ini sudah masuk seminggu aku tidak mencuri makanan. Stok makanan ku sudah habis. Aku perlu mencuri lagi. Tetapi aku masih takut untuk keluar, kerana pada waktu ini Inspektor Comel selalu membuat rondaan. Perutku berbunyi lagi. Waduh, lapar banget nih! Sekiranya keadaan ini berterusan aku mungkin akan mati kebuluran. Akhirnya aku membuat keputusan untuk keluar mencuri makanan.

Ketika keluar aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Ok, clear! Aku pun meneruskan perjalanan. Batang hidung Inspektor Comel masih belum kelihatan. Agaknya dia tertidur. Dan sangkaan ku memang tepat, apabila terlihat dia tidur dengan nyenyaknya seperti baby. Ceh, apa punya polis. Peluang ini tidak akan ku sia-siakan. Aku pun mula memulakan operasiku. Selongkar sana, selongkar sini. Setelah puas menyelongkar, aku pun berhasil mencuri makanan yang cukup untuk stok selama beberapa hari. Berpuas hati, aku pun pulang ke my crib. Malangnya aku terlangar sebuah kuali, dan kuali itu pun jatuh ke lantai, mengasilkan bunyi yang bising. Uh oh im in trouble. Mendengar bunyi bising itu Inspektor Comel pun terbangun. Red alert! Red Alert! Aku pun mula berlari sebelum Inspektor Comel melihat aku. But it was too late. Inspektor Comel berjaya mengesan aku. Dia pun mula mengejarku.

"Roy, you can run but can't hide!!"teriak Inspektor Comel.

"F**k you!!!"aku membalas dengan kata-kata yang penuh provokatif.

Kini Inspektor Comel berada di belakangku. Aku perlu berlari beberapa cm saja lagi untuk sampai ke rumahku. All of a sudden, tanpa pengetahuan ku, Inspektor Comel berlompat dari belakang dan landing di hadapanku. Alangkah terperanjatnya aku. Nasib baik aku sempat brake dan bertukar haluan. Nampaknya aku perlu mengambil alternative route. Ini mungkin mengambil masa yang agak lama sedikit.

Tiba-tiba aku terlihat sebuah lorong kecil. Dengan badanku yang kecil ini sudah tentu aku dapat masuk tanpa sebarang masalah. Aku pun menuju kesana. Badan sebesar Inspektor Comel tidak mungkin dapat masuk ke dalam lorong ini.

Akhirnya aku berjaya masuk. Im safe now for a while. Tapi untuk seketika sahaja. Inspektor Comel cuma mampu melihatku dari luar lorong. Aku pun mengetawakannya.

"Yatahnah! Lain kali exercise! Baru bulih muat masuk sini!"sindirku.

Aku berehat seketika di dalam lorong itu. Tidak lama setelah itu, Inspektor Comel pun meninggalkanku. Merasakan bahaya sudah tiada, aku pun meneruskan perjalananku ke hujung lorong dan keluar dari situ. Tanpa disangka-sangka Inspektor Comel rupanya sedang menunggu aku disitu. Dia cuba menerkamku tapi aku berjaya melarikan diri.

Tidak jauh dari situ aku ternampak back door rumahku. Hanya beberapa cm saja lagi dan aku akan selamat. Aku pun meneruskan pecutan ku, tapi aku tidak mampu bergerak kehadapan. Rupanya Inspektor Comel berjaya menangkap ku.

"Hahahahaha ke mana kan kau lari aa?"katanya.

Aku menggigit tangannya. Dengan serta-merta dia pun melepaskan tangannya dari tubuhku kerana kesakitan. Yahooo!! Freedom!!! Kelekaan Inspektor Comel membolehkan aku sampai ke destinasi tanpa sebarang gangguan. Phew!!! Selamat jua akhirnya. Malangnya aku tidak berjaya mencuri apa-apa hari ini. No worries, isuk lagi ku keluar. Hidupku sebagai seekor TIKUS memang susah, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Inspektor Comel iaitu seekor KUCING yang selalu saja menganggu operasiku.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More