Your Thoughts


Thursday, September 11, 2008

A Tragic Love Story

Sudah lama dia memerhatikan aku dari luar. Bila aku menoleh ke wajahnya, dia pura-pura menoleh ke tempat lain. Aku tersenyum melihat gelagatnya. Wanita cantik dan ayu seperti aku ini sudah tentu menarik perhatian mana-mana lelaki. Baik bujang, duda mahupun yang telah berkahwin. Tidak dapat aku nafikan bahawa aku ini mempunyai daya penarik yang hebat.

Satu perasaan berbunga-bunga timbul dalam diriku bila aku melihat lelaki yang berada di luar ini. Tidak pernah aku rasa sebegini. Am I falling in love? Aku mula notice dia sering menoleh kepadaku sejak beberapa hari yang lepas. Ingin saja aku berkenalan dengannya, tapi sepatutnya lelaki dahulu yang memulakan salam perkenalan, so aku menunggu sahaja sehingga hari itu tiba nanti.

Dan selang beberapa hari, moment yang ku tunggu-tunggu itu tiba jua. Dia masuk ke dalam dan berjalan menghampiriku. Hatiku berdebar-debar. Aku tersenyum kepadanya dan dia membalas senyumanku. Perkataan yang mula-mula keluar dari mulutnya ialah "You're hot". Aku tunduk tersipu-sipu malu. Setelah itu dia mula memuji-muji akan keindahan tubuhku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Merah padam wajahku bila mendengar puji-pujiannya. Seriously, aku sudah cair dengan kata-kata manisnya dan dalam masa yang singkat dia berjaya memilikiku.

Namanya ialah Remy. Kami sudah menjadi pasangan kekasih. Hampir setiap hari dia membawa ku berjalan-jalan. Dia berasa bangga kerana kawan-kawannya sering memuji akan kecantikkan ku. Ada juga diantara kawan-kawannya yang ingin memiliku, tapi Remy cepat-cepat menolak. Aku merasa bahagia disampingnya. Dia menjaga aku dengan penuh kasih sayang.

Hari-hari itu merupakan saat yang paling menggembirakan bagiku. Tapi ianya mula berubah apabila Remy membawa aku ke sebuah restoran mahal. Disitu dia berjumpa dengan seorang wanita yang tidak aku kenali. Remy begitu gembira apabila dia melihat wanita itu. Aku mula berasa jealous. Perasaan jealous ku mula bertambah, apabila melihat Remy mengucup pipi perempuan itu. Remy seolah-olah tidak sedar akan kehadiranku. Aku meminta penjelasan darinya mengenai siapa wanita itu disampingnya, tapi dia tidak melayanku. Maka aku pun ditinggalkan diluar, sementara mereka berdua menikmati hidangan yang lazat didalam restoran itu. Ingin saja aku menangis, tapi apakan daya, aku tidak mempunyai air mata.

Hari-hari yang berikutnya, dia sering membawa aku dan wanita yang bernama Fiona itu berjalan. Tetapi dia memberi lebih perhatian kepada Fiona. Aku pula hanya dipinggirkan seolah-olah aku ini tidak lagi wujud. She's a b**ch.

Pada satu hari Remy menerima sebuah panggilan kecemasan. Wajahnya begitu risau dan cemas. Dia pun membawa aku bersama. Kali ini dia membawa aku dengan begitu laju sekali. Jarang sekali Remy membawa aku melebihi had laju. Aku begitu risau akan keselamatannya, kerana ketika itu waktu malam dan hujan turun dengan begitu lebat. Helmet pun tidak dipakainya. Di dalam hatiku, aku dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku. Harap-harap itu cuma perasaan hatiku sahaja. Aku tidak mahu kehilangan Remy.

Dengan tidak semena-mena, aku tiba-tiba rebah dan tergelincir di sepanjang jalan raya. Remy pula terpelanting entah kemana. Tubuhku habis rosak dan banyak anggotaku juga mengalami kecederaan. Tidak jauh dariku aku terlihat Remy sedang terlentang di tepi jalan raya. Dia kini bermandikan darah. Keadaan trafik mula terjejas, dan orang ramai mula mengelilingi kami. Kemudian pihak polis dan ambulans pula tiba. Remy sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Dia mati disitu juga.

Selang beberapa hari itu, aku di-repair di sebuah workshop. Alhamdulillah, aku masih mampu berfungsi lagi sebagai sebuah MOTORCYCLE dengan baik. Kepergian Remy merupakan satu kehilangan bagiku. Dialah OWNER ku dan jua kekasihku. Fiona juga mungkin sedih akan kehilangannya. Kini aku dipamerkan di sebuah kedai second hand bikes, menunggu pemilikku yang baru.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More