Tapi bila ku menjawab, di cancelnya tia callnya ah. Kurang asam punya urang. Baik jua masih free call. Mun inda, terabang credit tu. Syabas sungguh. So aku pun mengampaikan balik mobileku dan berjalan balik menuju ke shower room.
Sekali vibrate tia mobile ku ah. Ada new message ertinya tu. Untuk kedua kalinya, aku pun bejalan balik kan mengambil semula mobileku untuk membaca message yang baru sampai atu.
"Eh dari unknown number lagi,"kataku sambil membuka message yang baru sampai atu.
"Meet me at the Park Wood laundrette NOW. If you do not show up in 5 minutes, I'll come over to your room,"sepertimana yang terpapar arah screen mobile ku.
Siapa lagi kan ni. Urang salah message kali. So, aku pun ignore sajalah. Lapas atu berjalanlah ku semula ke shower room sambil bersiul-siul dan menggoyang-goyangkan pinggulku dengan bahagianya. Baik jua housemates ku banyak balik sudah. Mun inda nada ku be-ulah cemani ani.
Masa masuk ke shower room, teliat ku orang hensem dalam ceramin. Rupa-rupanya aku urang hensem atu. Pikir ku siapa tadi. Saspen eh. Aku pun mula melucutkan pakaianku satu demi satu dan kemudian melangkah masuk ke tempat shower. Aku pun menarik paip shower yang berada di dapanku. Maka air yang suam-suam panas pun mula mencurah-curah keluar dan membasahi tubuhku yang gebu.
"Lalalalala,"seperti biasa aku menyanyi dengan riang ria semasa mandi. Nyaman eh mandi panas-panas waktu sajuk-sajuk cemani ani.
Setelah 15 minit, akhirnya aku pun siap mandi. Badanku yang tadinya bebau hangit kini semerbak mewangi dengan bau-bauan tujuh kuntum bunga yang tumbuh di kawasan Bukit Shahbandar. Dengan bertuala-tuala aku pun berjalan balik semula ke bilikku. Bila ku membuka pintu bilikku, alangkah kebeliangan hatiku apabila meliat seorang bini-bini eropah (bulih tahan jualah lawanya) duduk di kerusiku sambil mengatik-ngatik laptopku dengan selambanya. Aii, bila ku membela perempuan simpanan ani?
"Excuse me miss..., "aku menagur bini-bini atu.
Bila mendangar suaraku atu, kebeliangan hatinya. Ulih kerana ia kebeliangan, tarus diacunya sepucuk pistol kearahku.
"Please dont shoot me!!! Im still a virgin!!"teriakku dalam ketungkalan.
"Oh kau rupanya. Membari tekajut saja kau ani,"katanya sebaik saja tenampak muaku. Eh, pandai cakap melayu lah urang putih ani.
Ia pun menaruh balik pistolnya dan mengarahkan aku untuk mengunci pintu.
"Do I know you?"tanyaku yang masih dalam kebingungan.
"Eh, kau ani. Cakap Brunei saja bah. Of courselah kau inda kenal aku. Tapi aku kenal kau. Oh by the way walaupun aku ani urang putih, tapi pandai cakap Brunei kali ah. Aku ani fasih dalam 1000 bahasa mun kau kan tau,"balasnya. Show-off jua ia ani eh. Aku apa jua ganya, mun ganya bilingual.
Dalam keadaanku yang masih betuala-tuala atu ia pun betanya pasal SMS yang dihantarnya tadi. Oh ia tah tu yang mengantar SMS atu. Pikirku urang salah message.
"Mana ada ku dapat. Bwoh, salah hantar kali ni,"jawabku eksen-eksen.
"Yakah? Bah inda apalah. Sebenarnya aku datang kesini ani ada hajat basar. Aku perlukan pertolonganmu."
Bersambung lagi...
0 comments:
Post a Comment