Your Thoughts


Tuesday, January 13, 2009

Lovely Couple part 3

Untuk memindikkan cerita, akhirnya aku pun ketemu si Nai. Tepaksa dipindikkan bah, kalau inda dipindikkan, takut cerita ani melarat sampai part 1000. Karang mengalih pulang si penulis menaip cerita ku ani. Membari kesian jua. Patah karang tulang jari-jemarinya pasal teluan banyak menaip.

Ok, berbalik semula kepada cerita ku tadi. Setelah sepurnama menunggu, akhirnya aku ketemu jua dengan si Nai. Kelurusan masa atu ia sorang-sorang. Macam-macam possibility sudah bemain-main di utakku ni bila kami start besemuka nanti. Bulih jadi perbincangan kami ani disudahi dengan pergaduhan. Sekiranya tah kami bekelaie karang, usulnya tepaksa tah ku keluarkan silat kura-kuraku yang ku warisi dari nini ku punya bapa punya abang punya mama punya ex-boyfriend punya adi punya abang ipar punya bini punya bapa. Panjang eh warisannya ani. Antah lurus kah inda tu. Aku sendiri pun paning yang banarnya.

"Hello brader. Bulih ku becakap sama kedikau?"tanyaku kepada si Nai secara tiba-tiba tanpa membagi salam. Kebeliangan ia tarus mendangar bah. Baik jua ia nada penyakit cardiac arrest.

"Oh bulih bulih. But please jangan panggil aku brader. Aku bukan brader mu. Panggil saja aku Nai. So, you must be Adi ey?"balasnya sambil tersenyum sinis. Eh, cemana ia tau namaku ani. Padahal alum pernah bejumpa. Aku pulang yang kebeliangan balik nah. Sikit lagi ku dapat cardiac arrest walaupun yang banarnya aku nada penyakit jantung.

"Since kau tau namaku. Aku rasa kau tau apa yang ku cakapkan arahmu."

"Of courselah aku tau. Kau bejumpa aku ani kan discuss hubungan ku dengan si Joyah kan? Yang banarnya nada pulang kan dibincangkan ni. Pasal She's mine already. Sorry lah."

What?! Aku kebeliangan lagi sekali mendangar kata-katanya yang membari sanak sampai inda mampu begarak. Segala langkah silat kura-kura ku pun inda lagi tekeluar.

Hari-hari yang berikutnya, aku hidup dalam frustation. Emo memanjang. Si Joyah pun jarang bejumpa aku lagi. Atu yang membuatkan aku lebih emo. Kan menangis inda belaing mata. Jangankan belaing, betaie pun inda mau. Menyasal ku inda propose ia awal-awal. Baie si Nai atu. Inda jua hensem banar. Hensem lagi ba*i prasanku. Ba*i bah ia atu. BA*I!!! Nah, start sudah swearing aku ah. Astaga... sabar... sabar...

Sejak ku emo ani, aku kurang becakap. Kalah urang babau. Kawan-kawanku pun sanak bila meliat sikapku yang inda lagi berapa ceria ani. Macam kan menempiling kediaku pulang durang atu bila meliat aku cemani ani. Tapi takut jua durang. Pasal durang tau aku pandai silat kura-kura. Jangan kamu. Walaupun namanya kura-kura, tapi kuat. Siapa-siapa yang mewarisi silat kura-kura ani, kalau melastik badan urang pakai jari, bulih jua ia lumpuh seumur hiduplah.

"Adi, aku ada good news and bad news untukmu!"tiba-tiba kawanku datang beterais arahku sedang aku siuk-siuk mengurik idung. Kebeliangan ku ulihnya bah. Baik jua inda temasuk seluruh jariku ani jauh-jauh ke dalam lubang idung. Apa kah lagi berita-berita terkini yang kan dibawanya ani.

Nah besambung tia! Saspen sudah...

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More