Your Thoughts


Sunday, August 31, 2008

Bruneians

Post ani pasal Bruneians, apa yang ada di Brunei & budayanya from my point of view. Maybe banyak sudah kamu baca dimana-mana ni.

1)Every meeting/gathering, walau damit sekalipun, mesti disudahi dengan acara 'mengasuh parut' tu.

2)Suka complain daripada membuat tindakan.

3)Emo and scene kids are on the rise di Brunei. Liat saja tah di Mall Gadong atu.

4)Tau sudah Brunei ani panas, tapi masih jua ada yang memakai jacket/sweater (males ah, kalau females aku faham lah pasal apa. Durang kan tutup aurat) atu masa bejalan-jalan. Mengikut arus fesyen lah tu konon. Tourists ku liat nada jua makai cematu haha.

5)Teenagers and young adults masa ani, kalau sehari inda chatting di MSN inda sah. Even kanak-kanak pun pandai tia jua kan chatting di MSN.

6)Di friendster durang ada about 500++ friends. Kira banggalah tu banyak kawannya di friendster atu. Tapi yang durang kenal banar-banar & pernah jumpa maybe dalam 20% or less ganya kali. Syabas!

7)Ada parking kusung banyak, masih jua mau parking arah tempat yang ada tanda NO PARKING. Kadang-kadang ada jua yang parking arah tempat kerita lalu. Bukankah menyusahkan urang lain tu. Walaupun kan maksa parking hampir.

8)Banyak urang Brunei mampu memiliki kerita sendiri. So, sananglah kemana-mana. As a result inda banyak urang Brunei pakai public transport especially yang bus purple atu hahahaha.

9)Achai param pam pam ialah 'artis' Brunei yang berjaya meraih populariti dalam masa yang singkat. Yang membuatkannya famous atu video 3gp nya yang menunjukkan ia sedang menyanyi lagu 'aku bana-bana kan kau' pakai baju asgar. Inda batah atu lagunya tarus jadi siulan urang-urang Brunei. Kana jadikan ringtone lagi tu! hahaha

10)Nasi katok sudah jadi makanan tradisional kitani hahaha. Macam-macam nama nasi katoknya si Brunei ani. Ada tia nasi katok mama, ada tia nasi katok lambak, ada tia nasi katok JJ and etc. Nasi Latuk ganya alum ku tejumpa. Latuk and katuk sama ertinya kan?haha

11)In terms of providing education, Brunei is one of the best. Free lagi tu. And macam-macam kemudahan kana bagi. So patutnya kitani students bersyukur lah. Jangan kan tau mengomplen ganya.

12)Pirated DVDs and VCDs are everywhere di Brunei ani hahaha

13)Keraja-keraja buruh di Brunei ani kana monopoli ulih foreigners.

14)Sekiranya tah kamu batah inda bejumpa someone, cari saja tah di Mall Gadong. Ada high chance kamu tejumpa ia disana tu. Biasalah, Mall Gadong atu kira the main social centre di Brunei kali ah.

15)The last 10 days of Ramadhan di Brunei dipanggil sebagai malam lailatul kadai, bukannya lailatul qadhar.

Bah atu saja dulu, nada idea ku lagi. Btw Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Siapa yang rasanya cukup syarat bepuasa atu, puasatah. Jangan inda puasa. Kalau yang alum mandi wajib atu, mandi wajib tah lakas-lakas. Hari Selasa ani kitani start puasa ni. Iatah masa yang paling sesuai untuk be-diet sambil beramal ni.

Friday, August 29, 2008

007.5:The Spy Who Spoilt Me-part 17

previously: Masa 007.5 dibawa ulih Mikail Sekupil ke satu tempat, tiba-tiba dua urang agent bini-bini menyelamatkannya.

Agent bini-bini atu pun membuka ikatan ku. Antah macamana kekalatan mataku bulih hilang serta-merta sedangkan tadi aku sudah tekana semburan sleeping gas. Mungkin pasal keseksian tubuh agent bini-bini ani kali yang membuatkan mataku 'tercuci' secara automatik. Finally, semua ikatan ku sudah pun terbuka. Dan aku pun berdiri dengan bangganya. Freedom!!! Finally!!!

"Bukkk!"tiba-tiba aku terabah semula pasal kakiku masih numb, pasal teluan batah kana ikat atu kali. Hilang macho tarus eh.

"Ok kau 007.5?"tiba-tiba agent bini-bini atu betanya arah ku sambil menulung membanguni aku supaya bediri balik. Wow, ia tau namaku! Udah nyangku, aku ani famous.

Lapas ku dapat bediri dengan stabil, bini-bini atu pun mengarahkan aku supaya me-rescue The Bodyguards & si Alyssa, sementara ia dengan kawannya akan meng-handle si Mikail Sekupil & si Pikachu yang masih ampai-ampai di lantai. Tanpa bepikir panjang, aku ikut saja cakapnya. Aku pun berlari-lari anak menuju ke bilik dimana The Bodyguards & si Alyssa kana tapuk.

Tapi taskku atu inda semudah yang ku sangka. Didalam perjalanan ku atu, terserempak tia ku jua dengan members Kubra Gang Brunei. Dalam sepuluh urang lah semuanya. Barangkali durang tedangar bunyi kaca pacah atu kali, iatah kan begagas kesana kali. Kacau eh abisdurang ani. Anikan urang gagas jua.

Apabila durang teliat aku, durang pun beranti belari. Aku pun tepaksa tah stop jua. Sorang-sorang start meliatkan mua karas masing-masing. Ada jua yang start flexing durang punya muscle, walaupun pengliatanku durang atu inda be-muscle. Belamak adalah. Ceh, ingat aku takut lah tu! Sedangkan si Batista WWE atu lagi dapat ku kalahkan, apatah lagi abisdurang yang macam si-taie ani.

Durang pun mula berlari menuju aku, bersedia dengan penumbuk dan penerajang masing-masing. Sambil tersenyum sinis, aku pun mengumban sleeping gas grenade yang kucuri dari agent bini-bini yang menulungku tadi. Hahahaha mana bini-bini atu sadar tu aku "meminjam" barang 'bagus'nya ani. Masa grenade atu arah mid-air sorang-sorang ahli Kubra Gang Brunei atu belarian. Pandai pun takut.

"Lari, lari!Mati kamu karang!Kalau mati, cemana kan membayar puasa kitani yang selalu inda full atu karang!"teriak salah seorang ahli Kubra Gang Brunei. Tapi Apa bulih buat, its too late untuk escape. Apabila grenade atu mencium lantai, gas pun tekeluar. Aku begarak kebelakang sedikit supaya inda tekana sleeping gas atu. Mun tekana, atu syabas tu. Dalam masa yang singkat kesemua sepuluh ahli Kubra Gang Brunei atu pun lena dibuai mimpi. Macam anak damit saja abisdurang ani. Ada tia jua yang sampat mengisap ibu jari. Syabas!

Sedang durang siuk-siuk tidur bekuruh, aku pun meneruskan perjalananku. Harap-harap lapas ani nada lagi distraction. Mengalih ku ni nyamu. Lapar lagi parutku ani. Mun cemani tiap-tiap ari, kurus cangkir mengalahkan tulang kali ku.

Setelah berjalan beberapa meter, akhirnya aku pun sampai ke destinasiku. Aku pun membuka pintu atu, tapi inda tia mau. Elah, bekunci tia jua. Kacau si Mikail Sekupil atu, adakah dikuncinya pintu ani. Cemana gayanya aku kan masuk ni.

"Nah kuncinya,"tiba-tiba seorang lelaki bersuara dibelakangku membuatkan aku terkezut. Dengan automatik aku pun berpusing dan menggenggam tangan laki-laki atu dengan pantas sambil membuat wrist-lock. Si Johnny rupanya. Banci banar ku meliat muanya ani.

"Adahhhhh!!! Oi sakit wah!!! Aku ani agent USRB sebenarnya bah!!"teriaknya.

"Kau ingat aku pecayakah? Berapa kali aku tertipu ulihmu!"aku membalas.

"Awuuu banar, sumpah!! Aku ani double agent sebenarnya.. Aku kana suruh menyamar jadi Ahli Kubra Gang Brunei."

Untuk membuktikan yang ia atu agent USRB, aku pun betanya arahnya full address USRB. Lurus tia jua jawapannya. So pecayalah ku yang ia atu ahli USRB. Si Johnny pun belumpat-lumpat sambil memigang wristnya yang sakit. Labeh jua ia ani eh, mun sakit, inda jua payah kan telumpat-lumpat. Aku pun mengambil kunci yang tegugur dari pigangannya tadi.

"First of all, aku kan minta maap arahmu pasal malar menyusahkan kau. By the way namaku bukan Johnny, namaku Hakeem. Aku agent 007.6."ujarnya sungguhpun inda ku betanya arahnya. Ada point six lagi tu!

"Bah karang tah kau minta maap. Ani kan gagas tani ni. Kalau kau belanja makan aku di capers baru ku memaapkan kau,"jawabku sambil memasukkan kunci ke dalam keyhole. Lapas beberapa kali kunci atu ku putar, akhirnya pintu atu pun terbuka. The Bodyguards dan si Alyssa terbangang meliat aku dan si Johnny, eh salah... si Hakeem. Without wasting time aku & si Hakeem pun membuka ikatan abisdurang.

Thursday, August 28, 2008

007.5:The Spy Who Spoilt Me-Part 16

previously: Semasa dalam tahanan bersama si Alyssa & The Bodyguards, kidnappers durang si Mikail Sekupil & si Pikachu membuat lawatan mengejut. 007.5 pun dibawa ulih si Mikail Sekupil untuk mengurik informasi USRB,

Parutku bebunyi macam lagu Irwansyah pasal dari antadi alum makan. Lalah ku nyamu. Ani kana paksa bejalan lagi. Kalau buffet di Capers ni antah berapa kali dishes bulih ku talan. Ada jua dalam 100 kali dishes kali lah. Semua dishes full portion tu, nada half portion. Sebenarnya cakap kosong pulang ganya tu. Andangnya urang lapar ani basar nafsunya.

Aku masih lagi berjalan di belakang si Mikail Sekupil sambil lenganku digenggam ulih urang-urangnya. Antah kemana kah kan dibawanya aku ani. Indakan shopping. Tadi katanya ia kan mengurik informasi USRB dari aku. Dengan adanya informasi atu, dapatlah ia menggulingkan USRB. Kalau USRB kana gulingkan, maka tepaksalah semua pekerja-pekerja disana 'gulung tikar'.

"So, aku harap kau mau co-operate sama kami. Mun kau inda mau, inda batah, kembali kerahmatullah lah kau tu,"aku mengingati balik kata-kata si Mikail Sekupil yang sebantar tadi diucapkannya. Kambang pulang bulu ketiak ku mendangar perkataan kembali kerahmatullah atu eh. Eh...., cemana tia pulang bulih bulu ketiakku mengambang ani. Selalunya bulu roma yang mengambang ani perasanku. Lagipun bulu ketiakku basah masa ani. Indakan masa basah, bulu pun bulih mengambang. Inda munasabah eh.

Ulih kerana telampau curious, aku pun bertanya arah si Johnny,"Kemana kan kamu membawa aku ani?"

"Kan ke Mall Gadong lah,"balas si Johnny yang beCALI.

Ingat aku pecaya kah tu. Bahapa jua jauh-jauh ke Mall Gadong, sedangkan di Limbang ada shopping complex. Aku ani mana sanang diacai-acai ni. Ceh!! Ulih kerana sasak, malas tah ku kan betanya lagi. Baik tah diam saja.

Sedang kami meneruskan langkah atu, tiba-tiba tingkap kaca yang berada disiring-siring kami atu pacah serta-merta. Aku pun merabahkan diri untuk mengelak dari tekana serpihan kaca yang pacah atu. Malangnya, ada tia jua kaca mengana muaku yang hensem ani. Garit tia mua ku ni. Si Mikail Sekupil, si Pikachu dan tiga urang-urangnya pun turut merabahkan diri jua. Inda batah atu aku tedangar macam urang mengumban objek melalui kaca atu. Dalam keadaan yang inda berapa clear atu Aku pun mula teliat asap tebal sudah memenuhi tempat atu. Antah inda semana-mana, aku terasa mengantuk secara tiba-tiba. Cis, sleeping gas rupanya!

Dalam keadaanku yang mengantuk atu, aku pun teliat kelibat dua jelama yang masuk melalui tingkap yang pacah atu. Aku pun membuka palak-palak mataku melawan rasa kalat mataku untuk meliat siapa abisdurang. Dari kepala sampai kaki, semuanya be-cover. Macam power rangers bah. Meliat dari susuk tubuh abisdurang yang seksi-meksi atu, gerenti bini-bini ni. Kemudian salah seorang bini-bini atu pun menghampiri ku. Di baju bini-bini atu ada label USRB. Eh, dari USRB? Inda pernah ku meliat durang bedua ani. Indakan durang bedua ani agent baru?

Sunday, August 24, 2008

007.5:The Spy Who Spoilt Me-Part 15

Ulih kerana #1 inda mampu meng-counter apa yang dicakapkan ulih si Alyssa, akhirnya ia pun menjuluri si Alyssa. Inda mau alah #1 ani. Si Alyssa pun apa lagi, dijulurnya lah balik. Macam kanak-kanak ganya abisdurang ani. Tsk tsk tsk. Sekali inda batah atu tedangar tia ku bunyi footsteps dari luar. Dalam masa yang sama si Alyssa dan #1 beranti menjuluri sesama sendiri. Macam asgar bekawat saja bunyinya di luar atu. Tapi ani inda berapa synchronise, bisai lagi bunyi asgar brunei marching.

Dalam entah berapa kali langkah, akhirnya bunyi footsteps atu pun beranti. Alhamdulillah baik jua abis udah, inda jua sakit telinga mendangar. Bulih rusak eardrum ku ni mun mendangar betarusan. Tiba-tiba pintu bilik yang menyimpan kami pun terbuka. Di sebalik pintu atu, ada seorang jelama. Siapa lagi, kalau bukan si Mikail Sekupil yang karas muhanya mengalahkan kekarasan muha si Ujfalusi (pemain bula Czech). Di belakang si Mikail Sekupil ada tiga urang jelama mengiringinya. Salah seorang daripadanya si Johnny, yang masa last night menyamar jadi urang pyscho. Kurang asam punya Johnny. Ptui!

Inda batah atu, ada lagi bunyi footsteps dari luar. Tapi kali ani seorang ganya usulnya. Dan akhirnya pemilik footsteps atu pun menunjukkan mukanya. Si Pikachu rupanya, saspen eh.

"Eh kawan, apa khabar?"tanya si Pikachu.

"Baik eh. Kau apa macam? Siuk kan di penjara atu? Hahahaha!"balasku. Ani baru dinamakan sarcasm sejati.

Tersinggung, si Pikachu pun menggenggam buku limanya dan menghampiri aku. Tapi si Mikail Sekupil menahan kedia, sebelum penumbuknya atu singgah ke muaku yang hensem ani.

"Sabar, Pikachu. Simpan dulu penumbukmu atu,"nasihat Mikail Sekupil. "Lastik saja telinganya dulu,"sambungnya lagi.

Si Pikachu pun melastik telingaku. Aduuuiiiii, padas rasa telingaku eh!!! Syabas!!! Inda kana penumbuk, kana lastik telinga tia pulang. Nasib baik sekali ganya dilastiknya, mun bekali-kali, bulih patah telingaku ni.

Si Pikachu pun teretawa setelah meliat aku yang berada dalam kesakitan sampai belaying mataku. Bukan ku menangis ah, automatic bah tu keluar pasal sakit bagas kana lastik ah. Aku *cough* macho kali ah. Laki-laki macho macam aku ani *cough* mana pandai menangis. So jangan salah paham pasal mataku belaying atu ah.

"Come on lah 007.5, indakan kana lastik pun kau menangis,"sindir si Mikail Sekupil."Anyways...pagi ani aku ada satu perkara penting kan ku bagitau arah kamu. Ulih kerana makin ramai yang kuculik, maka usin ransom pun dengan automatiknya pun naiklah. And aku pun akan bertambah kaya. Bukan kaya ruti paun tapi kaya usin!"

CALI jua si Mikail Sekupil ani. Dapat sudah masuk raja lawak ni, tapi kana reject awal-awal pulang tu pasal telampau CALI.

"Dan selain atu, since kau ada disini 007.5 kami kan mengurik informasi mengenai USRB dari kau. Sasak ku USRB atu, iatah kan ku musnahkan abisdurang atu. So, aku harap kau mau co-operate sama kami. Mun kau inda mau, inda batah, kembali kerahmatullah lah kau tu,"ujarnya Mikail Sekupil lagi.

Lapas atu si Mikail Sekupil pun mengarahkan ketiga-tiga urang-urangnya untuk membawa aku. Aku cuba melepaskan diri dari genggaman abisdurang, tapi apa kan dayaku masa ani. Akhirnya aku mengalah, dan durang pun membawa aku keluar dari bilik atu. Si Pikachu tekidum meliat aku. Puas tah hatinya kali tu meliat keadaan ku ani. Kurang asam. The Bodyguards dan si Alyssa pun inda mampu bebuat apa-apa. Mun ku inda kana ikat tangan dan kakiku masa ani, gerenti udah ketiga-tiga urang yang membawa aku ani patah-mematah tulang abisdurang ni. Ani kana ikat tia jua.

"Bulih kamu buka ikatanku kah? Sangal ku nyamu,"kataku yang cuba mencari excuse supaya ikatan ku kana buka. Dapat jua ku terajang sorang-sorang karang.

"Owh, bulih eh. Bulih, bulih tapi DI DALAM MIMPI!!! HAHAHAHA!!"balas si Johnny yang mengenggam lenganganku. Kedua-dua kawannya yang menggenggam kediaku pun turut ketawa.

Ceh, pandai tia jua beCALI si Johnny ani. Nampak gayanya planku inda menjadi. Sebelum meninggalkan bilik atu, si Mikail Sekupil pun mengunci semula pintu yang dibukanya tadi dan kemudian aku pun dibawa ke suatu tempat.

Saturday, August 23, 2008

More Quotes

Nah, more quotes for you. Banyak urang request aku supaya buat lagi banyak-banyak. Inda pulang banyak ni, tapi cukup lah kali.

Chan:"Mil, dimana kau membali pen ani?"
Mil:"Di Hua Hu."

"Kal(Haikal), si Haikal memanggil. Eh salah... Si Amal memanggil,"-Mil

guy A:"Inda kau membawa kerita kah?"
guy B:"Inda. Barat kali ah."

"Q:Apa perbezaan diantara karan dan kilat?"
"Ans: Karan bebayar, kilat free of charge."-Nazrul

"Apa sori-sori. Sori-sori naik lori"-kamilin

"Apa sori-sori. Sori-sori makan kari"-Chan

Someone:"Berapa kau membali ps3 mu ani mil?"
Mil:"Satu ganya. Bahapa jua ku membali banyak-banyak."
Someone:"Berapa harganya bah!(sasak)"

"Q:Banyak-banyak pemain bula, pemain bula apa yang suka memberi?"
"Ans: Frank RiBery"-Rujhan

Haikal:"Selain X-Ray apa lagi patut dibawa ah?"
Mil & Fakrin:"Jangan lupa bawa Y-Ray, Z-Ray, Stingray & si Raymond"
Haikal:" Cali, cali"

"Winduuuuuuuuu, winduuuu sewindu-windunyaaaa"-Haikal menyanyi masa ia high berabis akibat telampau banyak caffeine intake.

HSBC Interviewer:"Hello, what is your name"
Acai: "Im Acai"
HSBC Interviewer: "What? Acai? Is that your real name ka?"
Acai: "No..."
HSBC Interviewer: "Whats your real name then?"
Acai: "Aizuddin"
HSBC Interviewer: "Eh, how come Aizuddin become Acai aaaa?"

"Q:Banyak-banyak coke, coke apa yang bejual di kadai tapi dalamnya kusung?"
"Ans: Coca-cola Zero"- Nazrul

Boon Zhang:"Do you understand what the teacher has explained just now kah? Bingung ku eh"
Mil:"Bukan bingung lah. Bangang bah. If you say bingung, u sound like an indonesian."

Amir: "Jangantah takut. Kalau ada anjing, panggil saja aku. Aku lari."

Mil:"Why are you so lame aa?"
Kok Hui:"Because i ate lamechop(lambchop) for breakfast tadi bah"
Mil:"CALI jua kau ani"

"Eh, ada MOTHER KOK(COCK) ni"-K-rol masa ia ke rumah si Kok Hui.

Mil:"Hahaha syabas. Rupanya duit atu dipakai untuk enjoy"
Ai:"Indakan duit atu dipakai untuk baju kan"
Mil:"CALI jua kau ani"

Thursday, August 21, 2008

15 facts

I read a post at kamilin's blog, stating 15 weird things/habits/little known facts about him. Hahahah membari iski jua usulnya kan membuat. So, yeah.... Iatah ku buat post ani.


the three rules:
  • State 15 weird things/habits/little known facts about yourself
  • The 10 people I tag are to then to follow what i did and write their own 15 weird things/habits and little known facts.
  • No tag backs
1)Im a Fisherman's Friend 'addict'. The addiction started masa 2001. So, disekulah dari Form 1-Pra-U 2, aku jadi Fisherman's Friend supplier. Favourite flavour: Refreshing Apple & Cinnamon. Till now, aku jadi regular buyer of Fisherman's Friend di Hua Ho Sengkurong. Maju bisnes Fisherman's Friend ulihku bah pasal malar membali ah haha.

2)Im also a Nescafe Ice 'Addict'. I drink it at least two cans per week.

3)I cut my nails with my own nails. Jarang ku makai pemapat kuku. Asal saja panjang sedikit kukuku, ku papat tah tu. Membari girigitan meliat bah.

4)I read newspaper starting from the back page.

5)I was seriously overweight when I was in primary 5-6. But somehow, I managed to loose weight masa 2001. I do not know how I did it, but I was quite impressed with it. Tapi masa ani, makin berisi lah sikit. Mana inda, mengasuh parut bah masa 'tanam anggur period' ani hahaha.

6)Masa form 1, I've created a 'group' named "Madmen". My best friend, Kamilin was my right hand man. We managed to 'recruit' a number of students which are mostly from my batch. Members' profile will be written inside a book. Hahaha setaie bah kami dulu ah. Oh, by the way, aku masih simpan tu the profile book ah haha.

7) The most embarasing incident happened to me in 2002. I have a secret crush on this girl, and only a few of my friends knew this. One day,a female friend of mine tanya aku, "Eh, kau suka si___kan?". Gila, hairan jua ku tu, cemana ia bulih tau atu. Lapas atu, makin banyak yang tanya aku the same question(mostly girls haha). Even my crush tau jua. Syabas jua tu. I knew siapa culpritnya yang meng-expose secret ku atu (bini-bini tu. Malas ku menyabut namanya haha). Tapi inda lah ku bedandam sama ia. Kisah lama bah tu haha.

8)Made a wonder save in a football match in 2004. Everyone cheered me when i made that save. Gila, kambang idung ku time atu. After the match ended, my teammates, the opposing team and the ref puji aku. Hahahaha kambang, kambang... Tapi kalah pulang kami hari atu hahaha.

9)Went to England in 2004 particpating F1 in schools International Finals. Iatah for the first time ku ke England tu.

10)I am known as Mr.Director/Pak Direktur di sekulah.

11)I used to wear cap di sekulah dulu masa form 3. Bukan during lessons ah, but masa ku stayback patang. Pakai school uniform and pakai cap. Syabas jua tu aku ah.

12)My alarm clock and my calculator have been my loyal servants for 7 years. Inda pernah beganti tu dua barang penting ku atu.

13)I misused my school diaries by writing fictional stories in them. Lapas atu suruh urang baca.

14)My nickname masa damit: Si Bunal. hahahahaha

15)I have a cousin who shares the same birthday date with me.

Kalau diiukutkan, banyak pulang lagi facts yang ingin ku share. But... cukup tah tu kali eh. Ngalih ku menaip ani. I am lazy to tag anyone jua hahaha

Tuesday, August 19, 2008

Grand Sale

Asal saja ke Hua Ho Tanjung Bunut, misti ku teringat kisah ani ni. Hahahaha, masa Brunei Grand Sale ni perasanku. Ok lah, bulih jua tahan calinya lah. Masa atu aku & family shopping untuk Hari Raya di sana. Barang-barang di sana "murah-murah" pulang. Ada lah yang affordable atu, pandai-pandai lah kamu memilih. Banyak pulang lawa-lawa barangnya, tapi harga pun lawa jua. Salesgirls nya pun ada jua lawa-lawa. Tapi salesgirl mana bulih dibali hahaha. Kalau kan mewassup durang bulih lah.

Ceritanya cemani, aku ani mencari-cari baju. Sekali teliat tia ku baju lawa. Memilih baju ani macam memilih bini-bini bah. Kalau baju atu kitani tepakai, kitani cuba dulu, masuk arah fitting room. Mun sesuai sudah, suka sama suka, ahhh apa lagi, bawa tia ke cashier. Bayar dulu baju atu, jangan dibawa lari. Sama jua macam bini-bini. Jangan dibawa lari ke Thailand. Anak dara urang tu. Apakan aku ah... out tia pulang cerita ku.

Ok.. lapas memilih-milih baju atu, belurih lah ku dua helai baju brand Diesel. Bukan minyak tu ah... Harganya berapa tu ah? Inda ku ingat. Selasai memilih baju, memilih seluar jeans pulang. So, ku agalah arah bahagian seluar. Disana atu ada seorang salesgirl yang sedang melipat-lipat seluar. Sekali ada jeans ani yang ku tepakai, so ku bawalah ke fitting room yang secara kebetualan berdepanan dengan tempat seluar jeans atu. Di dalam fitting room atu mula-mula vaining dapan ceramin sekajap, mengkagumi makhluk hensem (aku lah tu hahaha) yang ada dalam ceramin atu. Lapas atu, aku pun menurunkan zip seluarku, lalu, ku lurutkan seluarku kebawah dan kemudian mengenakan seluar jeans yang baru kupilih tadi. Gila, toit (tight) eh. Tapi sungguhnya toit ku pajal jua pakai sampai abis. Sudah ku pakai, ku liat lah arah ceramin.

"Eh, sejak bila be-shape punggung ku ani? Telampau toit kali jeans ani. Nada muat ni eh,"aku becakap sorang-sorang dalam fitting room.

So, mun sudah inda muat atu, ku pakailah balik seluarku. Bila ku keluar, masa kan menyimpan balik seluar atu, salesgirl yang melipat-lipat seluar disana atu pun menagur aku. Katanya,"Atu seluar bini-bini tu yang kita ambil ah, seluar laki-laki kita aga kesana."

"Oh iakah? Padantah inda muat. Dimana seluar laki-laki?"balasku dengan bongkis.

Ahhhhhh syabas!!! Seluar bini-bini rupanya!! Padantah punggung ku jadi be-shape tadi HAHAHAHAHAHA. Nasib baik inda ramai customer hari atu. Mun inda, syabaslah. Malu berabislah saya. Tapi mun sudah ku ceritakan ani expose tia jua arah kamu. Inda apalah, jadikan saja cerita ani sebagai pengajaran. In the end aku pun belurih two pairs of jeans yang banar-banar konpom untuk lelaki.

Sunday, August 17, 2008

Quotes

Just A collection of quotes yang pernah ku dangar. Ada yang cali, dan ada yang "CALI". Pandai-pandai lah kamu membezakan tu.

>"Nada BREAK wa setupur ku"-chan

>"Semua goal chelsea atu REFLECTION wah tu"-chan

>"SYABAS, makan BIABAS, naik BAS, sekali TEBABAS, masuk hospital RIPAS, bejumpa DR ABAS"-Haikal

>"Gila, high banar ku hari ani. HI HI BYE BYE wah!"-Haikal

>Haikal: "Mil, agatah kau balik bejalan kaki saja"
Mil: "Mestilah bejalan kaki, indakan BEJALAN TANGAN"

>Fakhrin and Mil: "Gila manis jua bini-bini atu"
Haikal: "MASAM-MASAM MANIS ada?"

>Amir: "Bah, away ku dulu. Kan meliat tv ku"
Rujhan: "Bah ok tu. aku kan MELIAT RADIO dulu"

>Someone: "Eh, Rol. Kasut baru kah?"
K-Rol: "Inda. Longgar"

>"Macamana kamu kan membawa makan si Ne-Yo?"
"Ans: Kan makan ku NEYO (kan makan ku ni yo)"-Rujhan

>"Banyak-banyak kasut, kasut apa yang ada kuih?
"Ans:Kan memakai kasut KUEH (kan memakai kasut ku eh)"-Rujhan

>"Each boch. Eh, salah. Each box..."-Rujhan

>"SEKStor-SEKStor swasta...."- Chan reading a text from MIB book. Sepatutnya SEKTOR-SEKTOR swasta pulang tu.

>"Banyak-banyak penyanyi, penyanyi apa yang tumpul?"
"Ans: James BLUNT"-Rujhan

>Mil: "..........aku inda beranti wah"
Rujhan: "Ah? Kau nada auntie?"
Mil: "Ah nada auntie? Apakan?"
Rujhan: "Kau jua becakap, kau inda berANTI(ber-auntie)"
Mil: "CALI jua kau ani"

>Sam:"Bahapa saja kau masa ani Ai?"
Ai: "DUDUK jua ku ni masa ani. Inda kau meliat kan?"
Sam: "CALI jua kau ani Ai"

>penceramah: "You are very Lucky(pointing at guys) and you are very BINI (pointing at girls)"
us: "Eh, pandai jua beCALI penceramahnya ani."

>"Eh Mil, file mu ani brand ABBA rupanya. Pandai menyanyi ni"-Yumnie

>"Suka ku menyabut tekilala ani. Macam KIKI LALA wah bunyinya"-Nadiah

Macam-macam eh. Banyaknya CALI lah. Sebenarnya banyak pulang lagi tu, ganya malas ku mengingati hahaha. Ani saja-saja ku kan mem-post ni. Kan mengisi masa lapang ku saja haha.

Thursday, August 14, 2008

Keluar Angin

Isuk the final day untuk taklimat. Kelmarin aku datang pukul 10, sedangkan taklimatnya start pukul 8.30. Syabas! Tapi bukan pulang ku sengaja datang akhir. Aku ada visa appointment wah pukul 8.35. Appointment ku atu abis in 10 minutes pulang, tapi if ku datang ke IPA awal atu, galak jua rasanya. So aku plan datang ke sana pukul 10 lah, time rehat. Sementara menunggu pukul 10 atu, minum kopi lah sekajap di kadai lingka. Sudah pukul 10, datang lah ku kesana, tarus minum. Inda jua ketara kan aku datang ah. Hahaha syabas!

On the way ke IPA and balik dari IPA aku menumpang si Fakhrin aka Mr. F. Aku sama si Haikal jadi passenger nya. Selama ani Mr.F lah jadi Pak Supir kami. Iatah ada masa atu, kami reminisce kisah-kisah lama masa sekulah di MS Rimba. Gila, banyak eh kenangan manis, masam, pahit dan tawar kami atu. Memang gauk lah kami atu, especially masa form 1-form 3 atu. Macam-macam eh. Each of us has stories to share. Pasal main bulalah, pasal surau lah, pasal basket ball court lah, pasal si Acai lah dan sebagainya.

Dalam siuk-siuk becerita atu, sekali si Haikal becakap,"Ingat kamu masa ugama si Z(bukan nama ori) tekantut?"

HAHAHAHAHAHAHA. Siapa jua yang inda ingat incident atu. I guess most of my batch ingat ni. Cali banar ni. Bayangkan masa sembahyang, masa sujud sebelum tahyat akhir. Sekali tedangar tia kamu urang bekantut. Bunyinya bukannya damit, tapi basar sampai dapat didangar ulih semua jemaah. HAHAHAHAHAHA talur jua tu!

Sebenarnya sorang-sorang ada versionnya ni untuk cerita ani. Kalau aku versionnya cemani. Masa atu kalau ku inda salah, time sujud before tahyat akhir. And then out of nothing, tedangar tia ku bunyi "Pruttttttttttt!". Bunyi kantut lah. Mendangar bunyi atu, kan ketawa ku. Diantara jemah-jemaah yang mostly terdiri dari darjah 5 dan darjah 6 ada yang ketawa udah. Inda tetahan lah tu. Badan ku begagar udah ni menahan ketawa. Ada jua urang ketawanya obvious, tapi masih jua meneruskan sembahyangnya. Syabas! Batal sudah sembahyang, masih jua disambung! Tau tah kamu kanak-kanak.

Atu alum lagi cali tu. Yang calinya lagi, masa si Z atu keluar kan mengambil wudhu(namanya bekantut kan, batal lah sembahyang) masih lagi bekantut wah. Bukan sekali, tapi berkali-kali. "Pruttttttt! Pruttttttt! Prutttttttt!". Kedengaran lagi tu sampai ke dalam! Macamana jua kan khusyuk sembahyang kami tu hahahahahaha. Yang menambahkan kecalian lagi masa cikgu Abu becakap "Nah, telapas tia!". Time atu ada sudah urang yang inda mampu tahan lagi kan ketawa. Time tahyat akhir lagi tu. Atu yang syabas tu.

Lapas abis tahyat akhir, lapas membagi salam, surau atu penuh dengan hilaian ketawa. Melepaskan ketawa yang terpendam bah masa tahyat akhir atu. TALUR!!!! Patutnya kami membaca Al-Fatihah dan doa!! Hahahahahahahaha. Inda ku tau apa rasa si Z masa atu. Malu berabis kali eh. Kalau saya, malu saya tu! HAHAHAHAHA

Monday, August 11, 2008

007.5:The Spy Who Spoilt Me part 14

Haha kan seminggu rupanya aku inda update. I've been busy lately... Iatah inda ku te-update. Ani barutah ku free kan post sambungan 007.5.

***
previously: Si Mikail Sekupil antah macamana, masuk ke dalam bilik 007.5 masa ia sedang tidur. 007.5 pun kemudian diarahkan keluar dari hotel dan disuruh masuk ke dalam sebuah kerita. Di dalam kerita atu, ia pun kana pengsankan

Aku terbangun dan mendapati diriku berada di sebuah tempat yang inda dapat ku recognise. Kepalaku masih lagi paning-paning lalat pasal kana hantak ah. Aku cuba berdiri, tapi inda dapat. Jangan-jangan putus tia kali urat saraf ku lapas kana hantak atu. Oh, no! Eh, tunggu... Owh rupanya kaki dan tanganku kana ikat, patuttah inda dapat berdiri. Pikirtah putus urat sarafku tadi, membari watir saja.

Ai, The Bodyguards pun kana kidnap jua rupanya. Inda dapat diharap abisdurang ani... Nampak gayanya misi ku kali ani berada di ambang kegagalan. Makin turun tia lagi reputasiku sebagai seorang agen yang cekap dan jim... CERMAT. Sikit lagi ku tecakap jimat.

Tapi aku inda bulih give up, apa-apa ani misti optimistic. Aku misti memikirkan cara untuk escape.

"Oi,"tiba-tiba satu suara menegurku. Aku, apa lagi, terkezut lah dalam ku concentrate bepikir atu. Aku pun menoleh ke belakang mencari-cari siapa punya suara ayu yang membuatku terperanjat sampai sedikit lagi ku tekamih. Well, tekamih pulang.. Tapi setitik ganya sampat keluar. Baik jua inda segelen yang keluar, mun inda syabaslah!

Rupa-rupanya bini-bini yang menagur aku tadi atu. Mula-mulanya aku inda kilala muanya atu. Tapi sudah ku liat banar-banar rupanya.......... Si Alyssa. Datin EP punya daughter yang sepatutnya ku rescue. Inda ku expect aku tejumpa kedia di sini.

"Kau 007.5 kah?"tanya si Alyssa yang usulnya macam alum mandi setahun, walaupun ia baru kana kidnap baru a few days saja.

"Nada ih... Aku ani batman ni,"balasku yang cuba becali, eventhough aku realise sekarang ani bukannya masa yang sesuai untuk bercanda.

"Owh, padantah inda dapat diharap!"

Ouch, gila padas eh! Kalah padas lada yang paling padas dalam dunia ani. Iatahnah... Adakah kan becali saja. Kana sindir pulang nah. Memang inda salah lagi ia ani anak Datin EP. Sama-sama mulut laser. Like mother, like daughter. Kalau ku ikutkan rasa, ku bubuh sudah lada ni ke dalam mulutnya. Tapi apa bulih buat, mana ada lada masa ani. Lagipun masa ani tanganku be-ikat, inda jua dapat membubuh lada ke mulutnya. Plus, ia anak Datin EP, kalau ku apa-apakan kedia, ada harapan lah aku kana fired. Baik tah ku ignore saja. Yang penting masa ani, cari plan untuk melepaskan diri.

Merasakan yang aku kebuntuan idea, aku pun membaguni The Bodyguards untuk membuat group idscussion. Kata psychologist, lagi baik keraja be-group dari keraja sorang-sorang.

"Huh, dimana ku ni?"tanya #1 sebaik saja terbangun dari tidur.

"Jangan-jangan di surga kali kitani ani. Tenang saja rasanya,"#3 menjawab.

"Ai, aku yang jarang sembahyang subuh ani pun bulih masuk surga?"sampuk #2 dengan suara yang sarut.

Ceh, durang ani kan masuk syurga?! Sedakah SMS $1 arah anak-anak yatim pun payah-payahan. Iatahnah namanya urang inda sadar diri ni.

"Oi, hidup kamu lakat dih! Bukan di syurga ni nyamu! Mua kamu ani kan masuk syurga? Dui..."Alyssa me-laser lagi. Kali ani mangsanya The Bodyguards. Mendangar saja suara Alyssa, terkezut lah The Bodyguards. Cemana bulih si Alyssa ani masih ada energy kan melaser urang ah? Hairan jua ku tu, padahal mun kana kidnap ani bukannya selalu makan.

"Eh dang, becakap atu bisai-bisai sikit. Anak siapa kau ani kan ah?"tanya #1 yang usulnya tersinggung. Alum tia sadar kali ia ani yang dangannya becakap atu si Alyssa.

"Aku anak Datuk W sama Datin EP. Mengapa? Ada problem?"balas si Alyssa. Gila, girl with attitide ia ani. Kalah mamanya! Tsk, tsk tsk anak-anak muda sekarang ani.

Mendangar jawapan yang didangarnya, speechless tarus #1. Sekaras-karas kedia ani, pandai jua tediam. Maybe ia ani inda pernah facing species 'girl with attitude' kali. Iatah ia inda tau kali cemana cara kan membidas kata-kata species bini-bini macam si Alyssa ani.


Tuesday, August 5, 2008

007.5:The Spy Who Spoilt Me-part 13

Usulnya malam ani ramai penonton. Biasalah malam final. Lagipun tiket pree. Siapa inda mau barang pree kan? Gila, nervous ku eh. Aku lagi membuat persembahan lapas ani. Sekali kana panggil tia namaku ulih hos yang bertugas. Aku pun keluar lah dan melangkah ke pentas yang penuh gemerlapan. Silau disini ani eh. Tepukan yang gemuruh dari penonton menghilangkan rasa nervous ku. Dan aku pun bersedia untuk menyanyi apabila background music mula dimainkan.

"Anding dida ku dida anding!!! Yea yeah!!"aku menyanyi dengan full of energy. Usulnya para penonton malam ani terhibur dengan persembahan ku yang menghiburkan. Dari antadi inda abis bersorak. Telampau banyak fans ku ani. Dapat udah membuat fan club kali ni.

Setelah persembahan ku abis, makin nyaring lagi sorakan dan tepukan yang diberikan ulih penonton-penonton. Bulih tuli telinga ni ulihnya. Lapas abis sorakan, maka aku pun menunggu komen-komen dan kritikan-kritikan dari tiga orang juri yang hadir pada malam atu.

"007.5, wah satu persembahan yang menakjubkan! Ada harapan ni kau manang Passport to Fame untuk season 2 ani! Nampaknya para penonton pun bersetuju kali dengan pendapat saya ani. Syabas saya ucapkan!"ucap juri pertama. Kambang idung ku mendangar eh.

"Inda ku tau apa kan ku cakapkan bui. Tapi BEST lah persembahan mu tadi bui!"juri kedua pulang membagi komen. Makin kambang tia lagi ku mendangar nah. Sekarang tiba giliran juri ketiga pulang.

"007.5, bangun! Bangun, bangun oi!"komen juri ketiga. Ai, lain jua komennya ani? Mengapa ia?

Lalu, aku pun terbangun. Ceh, rupanya mimpi tu tadi atu. Siapa lagi membanguni aku ani kan. Kacau eh, siuk sudah membuat persembahan dalam mimpi tadi. Juri-jurinya membagi komen-komen yang baik-baik udah sampai kambang idung ku. Dalam keadaan ku yang masih groggy atu, aku teliat seorang lelaki duduk dihadan katil ku. Tapi inda ku pasti siapa, pasal pengliatan ku masih blur. So, ku gusuklah mataku.

Setelah pengliatan ku jelas dan nyata semula, aku pun meliat semula kedapan. Alangkah terkezutnya aku apabila mendapati siapa yang berada di dapanku atu. Siapa lagi kalau bukan......... Si Mikail Sekupil. Ia rupanya yang membanguni aku ani. Mulanya aku kan lari, tapi ulih kerana ia sedang mengacukan pistol arahku, inda ku jadi. Karang tamat tia riwayatku. Aku inda mau mati awal. Kalau ku mati awal, nada tia lagi hero untuk cerita ani. Lagipun dalam movies, jarangkan ada hero mati awal.

"Hello, 007.5,"sapa Mikail Sekupil sambil tersenyum sinis.

"Whatsup berasap brader,"aku membalas dengan cool, walaupun sesungguhnya hati ani dalam ke-ingau-an.

"Kau barangkali tertanya-tanya macam mana aku bulih berada di sini ani kan? Hahahaha yang sebenarnya urang-urang bawahan ku lama sudah memeratikan kau,"ujarnya sebelum menyambung,"mulanya aku suruh salah seorang urangku membunuh kau. Tapi malangnya ia inda berjaya, dan kau menangkapnya. Of course lah kau udah suspect ia atu member Kubra Gang Brunei. Dan kau pun interrogate ia. So, untuk rescue ia, aku send tiga urangku menyamar jadi pekerja-pekerja pusat bahagia. You know... si Alias, si James dan si Abby. Aku yakin kau sudah berkenalan dengan durang kan?"

Kata-katanya membuatkan aku speechless. Inda ku sangka ia ani bijak bistari. Rupanya apa yang ku sangkakan awal-awal tadi yang si Johnny atu ahli Kubra Gang Brunei ternyata benar. Sialan. Tapi aku inda suspect yang ketiga-tiga pekerja pusat bahagia atu ialah ahli Kubra Gang Brunei yang menyamar jua. Silap ku jua. Patutnya aku minta pengesahan dari durang bertiga tadi untuk membuktikan durang atu pekerja pusat bahagia. Talur!! Cuai eh! Rusak tia imejku sebagai seorang agent yang cekap dan jimat nah! Eh, salah... cekap dan cermat.

Lapas atu si Mikail Sekupil pun berdiri dan mengarahkan aku supaya keluar dari bilikku. Aku tepaksalah ikut saja arahannya. Tapi sambil-sambil atu memikirkan plan untuk melepaskan diri. Malangnya fikiranku masih buntu. Namanya bagas bangun dari tidur kan. Masih groggy sikit-sikit bah.

Mikail Sekupil membawa aku keluar hotel. Rupanya gelap gelita masih. Aku pikir siang udah. Usulnya inda ku batah tidur tadi atu. Inda membagi can kedidia ani. Cubatah biarkan aku tidur sampai siang dulu. Tiba-tiba sebuah kereta hitam melangut beranti didapan kami. Aku pun dipaksa masuk kedalam. Alum pun sampat aku bisai-bisai melabuhkan punggung ku ani ke kerusi kerita atu, kana hantak tia leherku dari belakang. Blackout lah ku. Lapas atu inda ku ingat apa-apa lagi. Yang aku ingat, mimpiku tadi atu bersambung semula.

Sunday, August 3, 2008

Worried about Ray

Worried About Ray - The Hoosiers

I Just knew the existence of this band. Inda ku dapat beranti mendangar lagunya yang sebuting ani.

007.5:The Spy Who Spoilt Me-Part 12

Masa ku menuju ke pintu untuk menyubuk, tiba-tiba telefon bilikku ringing. Di saat-saat saspen macamani ada tia urang sibuk-sibuk kan menelipaun. Maka ku suruh lah #2 supaya menjawab phone atu pasal ia yang paling ampir.

"Ting tong, ting tong, ting tong!"balik-balik bebunyi bell ku ani. Memajal banar urang yang menakan ani. Tunggu sekajap bah. Inda penyabar.

Sementara aku menyubuk melalui tiub damit arah pintu atu, #2 menjawab telipun. Ku liat ada dua urang pria dan seorang cewek yang berpakaian serba putih. Macam pekerja hospital jua. Oleh kerana curiosity memakan diriku, aku pun membuka pintu. Lelaki yang berdiri didapan ku memberi salam kepadaku dan memperkenalkan dirinya. Ohhh, rupanya pekerja pusat bahagia. Apa hajat abisdurang bertandang ke bilikku ani.

"Kami sebenarnya mendapat makluman bahawa pesakit kami yang escape baru-baru ani ada di dalam bilik awang aji. Namanya si Johnny tu,"kata pekerja pusat bahagia yang memperkenalkan dirinya sebagai Alias.

"Kita ani memanggil aku awang aji tia pulang. Alum ku naik aji dih. Minta maap ku jua ah, urang yang kita cari atu indada di sini. Mungkin salah bilik kali kita ani"balasku.

Sekali datang tia #2 mencelah conversationku. Ia membagitau aku yang menelipun atu, receptionist hotel ani. Receptionist atu meng-inform ada pekerja-pekerja pusat bahagia kan mengambil pesakit durang yang escape. Akhir jua receptionist atu menelipun kan meng-inform kami. Syabas! Sudah pekerja pusat bahagia ani datang, barutah kan menelipun. Apa punya hotel!

"Mengapa pulang aganya arah bilikku? Macam tah ada urang benama si Johnny disini. Indakan ada diantara kamu The Bodyguards betiga benama si Johnny?"bidas ku kepada #2.

Mendengar jawapanku, #2 pun menunjuk ke arah tetamu ku yang masih terikat. Owh!!! barutah ku ter'click'. Lupa ku banar akan 'tetamu' ku ani. Iatah si Johnny yang dimaksudkan atu kali.

Meliat saja akan kelibat si Johnny, Alias and co. pun memulakan keraja durang. Baik jua ku ikat, sanang jua keraja durang sikit. Cis, hampa ku eh! Aku pikir 'guest' ku yang beranama Johnny ani ahli Kubra Gang Brunei. Rupanya pesakit mental! Tapi bahaya urang gilanya ani, sampai kan menatak-natak aku tadi. Pandai lagi menyamar jadi pekerja hotel tu. Ani urang gila tahap psycho udah ni.

Sesudah beredar aku pun tertanya-tanya macamana pihak hotel bulih tau si Johnny ada arah bilikku. Inda semena-mena aku melangui kepalaku ke atas. Owh, baru ku sadar... Rupanya ada CCTV! Talur! Ertinya dari tadi tah ku kana peratikan tadi tu! Syabas! Ku ingat Hotel Hj Gillin cawangan Limbang yang bertaraf setangah bintang ani inda mampu ber-cctv.

Oh well, asal inda membagi masalah arah ku, syukurtah. Ngalih ku eh, kan tidur ku. Sekali keciuman ku bau maggi. Eh, bisai jua The Bodyguards ani chilling sambil makan maggi.

"Maggi siapa tu kamu tapau ah?"aku bertanya.

"Maggimu lah! Tais liur kami bah, kau makan tadi ah. Dont worry, kami mengganti nanti ni,"#1 menjawab sambil menikmati hidangannya.

Syabas durang ani. Sorang-sorang muka tembok. Makan maggi urang inda minta izin. Hopefully
durang ani banar-banar mengganti maggi-maggi yang dimakan abisdurang ani. Setengah jam kemudian, aku pun menghalau The Bodyguards. Ampar ku di atas katil eh. Teringat tia ku si Johnny tadi. Ingatkan ahli Kubra Gang Brunei. Rupanya urang setangah tiang. Syabas! Bah adang tia diingati eh, kalat udah mataku ni. Sebelum tidur aku pun berdoa. Mudahan tah inda mimpi basah masa tidur nanti. Karang tepaksa tia mandi wajib isuk tu.

Saturday, August 2, 2008

Untitled

Hmmm.... 4 days without updates. Nada idea bah... Anyways, thanks for viewing my blog hahaha.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More