Seriously aku alum ada idea untuk sambungan 007.5. Tapi idea lain pulang timbul, lapas aku ke rumah sidiq pada hari Sabtu yang lapas atu hahaha. Iatah aku post cerita ani. Bear in mind, cerita ani nada kena mengena sama si Sidiq ni ah.
*********
Rosli melangkah keluar dari rumahnya. Didalam genggaman tangannya ada sebilah parang. Wajahnya bengis umpama singa jantan yang marah setelah dicukur bulunya secara tidak sengaja. Rambutnya yang botak dan jambangnya yang tebal membuatkannya mirip dengan Stone Cold Steve Austin. Rosli juga pernah mengaku tanpa segan-silu bahawa dia mirip dengan Mawi. Tapi rakan-rakannya mengetawakannya kerana dia sama sekali tidak ada persamaan dengan Mawi. Kalau sama pun, cuma warna kulit dan rambut botaknya sahaja.
T-shirt hitam ketat yang dipakainya menonjolkan susuk badannya yang berotot-otot. Orang-orang Kapung Lambak Kiri berasa curiga dan bimbang dengan tingkah lakunya yang menakutkan. Tiada seorang pun yang berani menegurnya. Dengan wajahnya yang sebegitu, nampaknya dia tidak boleh dibawa main-main. Meskipun dipelawa untuk bermain PS3.
Latip yang ketika itu sedang berehat-rehat di luar rumahnya tekun memerhatikan setiap langkah Rosli. Ingin Latip menegurnya, tetapi parang yang dicengkam Rosli telah mengubah fikirannya. Rakan Latip, iaitu Hashim yang tinggal disebelah berjalan perlahan memasuki kawasan rumah Latip sambil matanya memandang Rosli dengan penuh minat. Dia pun berdiri di sebelah Latip yang masih berehat di kerusi malasnya. Kedua-dua pasang mata mereka masih mengekori Rosli.
"Bui, galak usulnya si Rosli atu. Kan bekelaie kali jangan-jangan,"kata Hashim kepada Latip.
"Awu kali Shim. Siapa lagi yang dangannya bekelaie atu. Menempah maut tah banar urang atu!"balas Latip yang kini bangkit dari kerusi malasnya.
"Iatah. Ingin jua ku kan tau bui. Apa kata kalau kitani ikut kedia?"Hashim membuat cadangan.
Latip jelasnya bersetuju dengan idea bernas Hashim. Sebelum meninggalkan rumahnya, dia sempat menyimbat video camera yang baru dibelinya. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam babak pergaduhan yang mungkin akan menjadi satu-satunya pergaduhan yang disaksikannya secara 'live'. Setelah itu akan di-uploadnya ke dalam youtube bagi tontonan orang ramai.
Dengan senyap-senyap, Latip dan Hashim mengekori Rosli dari belakang. Rosli nampaknya tidak sedar dirinya sedang diekori. Hashim dan Latip tahu bahawa mereka berdepanan dengan risiko yang amat tinggi. Sekiranya mereka silap langkah, mungkin mereka tidak akan dapat melihat dunia lagi setelah dikerjakan oleh Rosli. Oleh itu setiap langkah mereka harus dilakukan dengan berhati-hati.
Tiba-tiba Rosli berhenti berjalan. Hashim dan Latip turut berhenti. Pelbagai soalan mula terpacul dalam benak fikiran mereka tentang apa yang telah membuatkan Rosli berhenti.
"Ja... Jangan jangan bui, tau kali ia sudah kitani me...me.. mengikut ke..ke.. kedia ani?"Hashim berbisik kepada Latip dengan suara yang terketar-ketar.
Latip menelan air liur setelah mendengar apa yang telah dibisikkan oleh Hashim kepadanya sebentar tadi. Mereka cuba untuk cabut lari, tapi kaki mereka seolah-olah telah ditumbuhi dengan akar membuatkan mereka terasa berat untuk membuat langkah seribu. Nampaknya mimpi buruk mereka telah menjadi kenyataan. Wajah Rosli berpaling dan merenung tepat ke arah mereka. Dia mula berjalan menghampiri mereka.
0 comments:
Post a Comment