Your Thoughts


Tuesday, July 22, 2008

Amuk Part 2

"Kembali ke rahmatullah tah kitani ni bui!!!"jerit Hashim yang kini berpelukan dengan Latip. Latip sudah tidak mampu untuk bersuara lagi kerana terlalu takut. Peti suaranya seolah-olah tidak dapat berfungsi dalam keadaan sebegini. Rosli kini semakin hampir dengan mereka. Langkah demi langkah yang dibuat oleh Rosli membuatkan jarak diantara mereka semakin dekat. Hashim mula mengucap dua kalimah syahadat sebelum nyawanya berakhir.

Kini Rosli sudah berada betul-betul dihadapan mereka. Hashim menutup kedua belah matanya sambil menanti parang Rosli yang bakal menyiat-nyiat tubuhnya. Badannya sudah mula dibasahi dengan peluh-peluh masin. Dalam beberapa detik lagi dia akan mampus. Tetapi sedetik sudah menjadi seminit dan Hashim mendapati dia masih bernyawa. Tunggu punya tunggu, belum juga mati-matinya. Kerana terlalu lama menunggu, Hashim pun membuka matanya. Dilihatnya Rosli tidak ada dihadapan mereka. Dia pun menoleh ke belakang dan terlihat Rosli berjalan lambat.

"Limpas jalan kali si Rosli ani,"Hashim berkata didalam hati,"phew!!! selamat, selamat!"sambungnya lagi. Agaknya malaikat maut belum bersedia untuk mengambil nyawanya dan nyawa Latip pada hari itu.

Latip masih diam membisu dan berdiri kaku umpama patung mannequin. Matanya pun tidak berkedip. Trauma nampaknya. Kesian Latip. Mungkin apa yang telah dilaluinya sebentar tadi dianggapnya sebagai 'near death experience'. Oleh kerana dia tidak mampu bergerak, Hashim terpaksa mengheretnya dan meneruskan mengekori Rosli sebelum dia hilang dari pandangan. Selang beberapa minit kemudian, trauma Latip semakin berkurang. Sistem urat saraf di kakinya sudah mula berfungsi dan kini dia sudah bisa berjalan kembali.

Akhirnya Rosli berhenti di hadapan gerai Soto Haji Tuah. Matanya meliar-meliar di sekitar kawasan itu seperti mencari sesuatu. Latip mula menekan butang 'record' dan membuat rakaman di lokasi tersebut. Dia yakin disitulah satu pertempuran hebat akan berlaku diantara Rosli dan pencabarnya. Sedang dia menggerak-gerakkan video cameranya, dia ternampak Jasni dan Karim sedang menikmati soto buatan Haji Tuah. Selain mereka, ada lagi beberapa pelanggan yang banyaknya terdiri daripada penduduk Kampung Lambak Kiri dan yang selebihnya orang-orang yang tidak dikenali. Banyak pelanggan nampaknya, tentu sedap soto buatan Haji Tuah ini.

"Eh, Rosli! Bahapa kau tugal-tugal di sana atu? Mari tah makan soto sama kami ani! Aku belanja!" Jasni mempelawa Rosli untuk makan bersama.

Rosli berpaling kepada jasni sambil menjawab, "CUBA DIAM?!". Ringkas jawapannya, tapi tona suaranya mampu membuatkan seseorang itu kecut perut. Rosli mula mengganas. Meja yang berada dihadapannya ditendangnya hingga terpelanting. Melihat keadaan itu, pelanggan-pelanggan Soto Haji Tuah lari bertempiaran. Jasni dan Karim juga lari sambil membawa soto mereka yang belum habis dimakan. Dengan mangkuk-mangkuknya dan sudu garpunya mereka bawa lari. Masalahnya, soto yang mereka makan itu belum dibayar. Syabas buat mereka.

Latip masih merakam kejadian itu, sungguhpun tangannya terketar-ketar. Manakala Hashim pula sedang mengapit tangan Latip kerana ketungkalan.

Haji Tuah yang ketika itu baru habis melabur di dalam tandas dalam rumahnya, terdengar bunyi

riuh-rendah di gerai kesayangannya. Maka dia pun bergegas keluar. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gerainya sudah satu pertiga musnah. Dan dalangnya ialah Rosli. Sebelum keadaan menjadi buruk, Haji Tuah meluru kearah Rosli dan cuba menenangkannya.

"Sabar Awang Rosli! Bawa bertenang! Apa salahku sampai membuat kedikau miani ani?"ujar Haji Tuah.

"Ahhhh, cuba kita diam! Aku mencari si Jack! Tau ku ia atu selalu melepak disini! Ada perhitungan yang patut ku selasaikan dangan kedidia!"sergah Rosli yang seperti dirasuk syaitan. Budi bahasanya sudah hilang entah kemana. Perasaan marah telah menelan dirinya. Parang yang dipegangnya kini dihunuskan ke udara sambil melaungkan nama si Jack.

Latip kini sudah tau siapa yang mencari pasal dengan Rosli. Jack namanya. Tapi dia tidak kenal siapa-siapa pun yang bernama Jack di kampung Lambak Kiri tersebut. Hati Latip kini semakin berdebar-debar kerana ingin menanti kemunculan Jack yang dimaksudkan oleh Rosli. Adakah benar dia bersembunyi di gerai Haji Tuah? Itulah soalan yang ingin dijawabnya. Cuma masa yang akan menentukannya.

Rosli yang mempunyai ketinggian 183 cm, tidak pernah menggugat keberanian Haji Tuah yang jauh lebih kecil dan pendek daripadanya. Satu tumbukan dari Rosli sudah mampu menumbangkan orang tua tersebut. Tapi Rosli tidak berbuat sedemikian, kerana sekiranya Haji Tuah kembali kerahmatullah, tiada siapa yang boleh menggantikan soto sedap buatannya. Rupa-rupanya Rosli masih mampu berfikir secara kritis sungguhpun emosinya sudah tidak terkawal lagi.

Nama Jack masih dilaung-laungkan oleh Rosli. Kerana terlampau marah, sebuah lagi meja dimusnahkannya. Kali ini, ditetaknya meja itu dengan parangnya sehingga terbelah dua. Wah, dengan parang pun meja boleh terbelah! Nampaknya Rosli ini bukan calang-calang orang.

"Bah, bah give up tah ku!"tiba-tiba seseorang bersuara. Latip dan Hashim mencari-cari siapa empunya suara tersebut dengan penuh minat.

"Jack....! Hahahahahaha! Akhirnya keluar kau jua! Aku pikir kau takut tadi!"Rosli membalas, sebaik sahaja terdengar suara tersebut. Haji Tuah, latip dan Hashim memandang Jack yang dimaksudkan oleh Rosli sebentar tadi iaitu..... seorang kanak-kanak. Apa? Kanak-kanak?

"Kau ani! Kan bejaur tah ganya! Mama melagau kau balik menyuruh makan bah!"ujar Rosli lagi.

"Eh kita ani, mama mana pandai memasak soto. Iatah ku kesini ani,"jawab Jack.

Jack dan Rosli pun beredar dari situ tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Haji Tuah, Latip dan Hashim. Ternganga mereka dibuatnya. Rupa-rupanya Jack yang dimaksudkan oleh Rosli itu ialah Razak, adiknya yang berumur 10 tahun. Latip tidak percaya denga apa yang dilihatnya. Pergaduhan yang diidam-idamkannya jelasnya tidak terlaksana. Dia kecewa dengan kesudahan yang baru disaksikannya sebentar tadi. Maka mulalah dia menyumpah-nyumpah Rosli yang pada pandangannya terlampau 'over' dengan cara memanggil adiknya untuk balik. Hashim pula tiada sebarang komen. Dia menerima saja apa yang telah berlaku sebentar tadi.

"Kan melagau adi pun sampai rusak-merusak garaiku!"teriak Haji Tuah yang mula mendidih. Dia masuk kedalam rumahnya dan kemudian keluar semula dengan membawa sebilah katana sambil menjerit-jerit nama Rosli. Latip dan Hashim pun apa lagi, mereka ekorilah Haji Tuah dari belakang. Agaknya impian Latip untuk menyaksikan sebuah pergaduhan akan terlaksana.

moral: Islam menyuruh kitani supaya hidup dalam kesederhanaan. Jangan tah kan belabih-labih! Miskipun kan melagau adi balik, inda jua payah kan mengamuk hahaha.

ps: Cerita ani dan urang-urangnya yang ada dalam cerita ani hanya rekaan semata-mata. Tapi Gerai Soto Haji Tuah atu ada tu di Lambak Kiri. Mun inda pecaya, cuba kamu ke rumah Sidiq Hahahaha

-Abis tia-

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More