Aku pun masuk semula ke bilikku dan mengunci pintuku. Ku ampaikan parang atu atas meja, lalu kembali semula ke arah urang yang menyerangku tadi. Blackout masih kedidia ani. Telampau kuat kali aku mengampas ia atu kali. Baik jua inda telampau kuat sampai kembali ke rahmatullah, mun inda, syabas ku tu. Sebantar ia masih blackout ani, baiktah aku ikat ia kali. Inda jua ia dapat escape nanti. Nasib baik jua ku bawa tali. Mun nada tadi, tepaksa tah mengikat ia pakai tali kasut ku. Atupun kalau cukup panjang tali kasutku atu.
Ulih kerana aku nada asas mengikat tali, maka ku hantam lah cara mengikat. Dulu ikut pengakap, malar escape. Urang memasang camp, aku memancing. Urang memasak, aku tau makan ganya. Urang mengikat, aku mangurat. Syabas! Inda papalah asal ikatan ku ani, ikatan mati. Jangan telampau mati, sudahlah. Karang bukan pulang tali yang mati, urangnya pulang mati.
Nampaknya my 'guest' ani masih bernafas. Alhamdulillah. Ertinya ikatan ku atu inda telampau mati. Lapas atu aku pun call The Bodyguards supaya datang ASAP ke bilikku. #1 nada soalan. #2 inda jua banyak bertanya. Tapi #3....
"Ada party kah?"tanya #3.
"Awu ada party. Bah lakas-lakas tah datang, ada stripper ni,"balasku. Dalam hati aku ketawa. Indakan basar-basar ketawa, karang kedapatan tia. Biar ia eh kana tipu, tiwas saja kau betanya.
Sementara menunggu durang datang, memasak maggi cawan tah ku. Save duit bah. Bukannya selalu makan maggi ani. 20 kali seminggu ganya. Lagipun arah label maggi ani betulis "High In Protein". Kira sihat lah kali ni.
Semasa menuang aying panas kedalam maggi atu, tiba-tiba bebunyi tia bell bilikku. Maka ku tinggalkan lah dulu maggi atu diatas meja untuk menyambut siapa yang amai menjangkau bell ku atu. #2 rupanya. Pikirku si Acai tadi. Tapi si Acai mana ada kena mengena dalam cerita ani, so, of course lah bukan ia. Jadi, ku invite lah #2 masuk. Inda batah atu datang tia #1 & #3.
"Eh nada usul party pun dibilikmu ani?"#3 bertanya.
"Abis sudah bah. Lambat kau atu,"aku menjawab.
"Mana ada party, eksyennya ganya tu!"sampuk #2.
Kami pun ketawa. Ketawa sampai lupa dunia akhirat.
"Kalau nada party, abis mengapa ada urang beikat di kerusi mu a2? Stripper kali? Indakan strippernya laki-laki?Errr... Lain taste mu ani,"tanya #3 lagi, setelah teliat 'guest' ku atu.
Baru tah ku teringat akan kewujudan 'guest' ku atu. Iatahnah, telampau ketawa ganya. Lupa daratan pulang aku ani. Maka, ku explain lah arah durang pasal kejadian yang berlaku tadi sambil aku memakan maggi. Mata durang bukan meliat mukaku, tapi arah maggiku. Tais liur usulnya durang ani. Sorrylah, indakan maggi ani ku share sama durang. Maggi ku, maggi ku, bukannya maggi durang. Sia sia pun tah saja.
Sedang siuk-siuk meng-explain, tiba-tiba #1 mengemukakan satu soalan,"Jadi apatah kan tani buat arahnya ni?"
"Burrrrrppppp!"aku betarap sebelum menjawab,"Apalagi, interrogate lah ia. Dapat jua tani info. Ia ani gerenti ahli Kubra Gang Brunei yang kana arah untuk membunuh aku."
Kami pun bersetuju sebulat suara. Since tetamu ku atu masih blackout, maka kami cubalah banguni ia dengan menyimbah aying arahnya. Setelah beberapa kali percubaan, ada jua lah kali dalam sepuluh baldi aying kali, akhirnya tebangun tia jua. Habis basah lantai ku. Syabas!
Maka kami pun memulakan sesi interrogation kami. Usulnya 'guest' ku ani seorang yang terlatih dalam situasi cemani ani. Inda ia mau bersuara lapas kami menyoal. Miskipun kami torture ia udah. Kami kubit kedidia dan kami geletek parutnya. Tapi gagal jua kami masih. Kami lastik telinganya pun inda jua mau bersuara masih. Dicabut bulu kakinya, pun cematu jua lakat. Ganas sudah tu cara kami torture ia atu. Kalah ganasnya cara torture di penjara Abu Ghraib atu.
Akhirnya kami give up. Inda ku tau cemana lagi caranya kan menyiksa ia ani supaya bersuara.
"Ting-tong"tiba-tiba loceng berbunyi. Siapa lagi yang datang ani. Perasanku nada ku memanggil urang lagi. Membari was-was ni.
0 comments:
Post a Comment