Your Thoughts


Tuesday, May 26, 2009

Teenage Angst part 2

Rupa-rupanya si Piah yang melagau aku atu. Ku pikir tah si Kalsum tadi. Yatah payah bah banyak peminat bini-bini ani. Sampai suara pun payah ku bezakan. Kalau kamu kan tau, si Piah ani anak Hj Gillien. Hj Gillien atu bukan calang-calang urang tu. Ketua Kelab Bahas bagi kampung ani kali ah. Jangan kamu inda galat.

Si Piah ani kalau dibandingkan sama Laudya Cintia Bella, lawa lagi si Piah lah. Sepuluh perpuluhan tujuh kali ganda lawanya. Pokoknya, lawa tahap Maharani lah. Kalau lawa tahap dewi atu labih tia jua. So stick to lawa tahap Maharani saja.

"Ai, chris. Tadi katamu kau couple sama si Gayah. Ani mengapa tia sama si Piah ani?"tanya si Damit yang menunjukkan muka yang penuh dengan kemusykilan sambil-sambil mencabut bulu di dalam lubang hidungnya.

"Yatah kau inda tau tu. Apa-apa ani mesti pasang spare part. Tapi kalau memasang spare part, jangantah banyak-banyak. Dalam 1000 kah saja. Cukuptah tu, jangan luan tamak. Kau tau kan urang tamak selalu rugi,"balasku sambil mengurik taie yang melakat di gigi geraham ku.

Lapas atu aku pun meninggalkan geng-geng ku untuk sementara waktu. Kan bersandiwara sama si Piah sekajap. Harap-harap nada scandal-scandalku lain yang teliat persandiwaraan ku sama si Piah ani. Kalau ada pun, sanang saja tu jalan penyelesaiannya. Putuskan pulang saja. Stok di stor masih banyak kali ah.

Ulih kerana aku bersimpati sama penulis ani pasal takutku banyak kan ditaipnya, baiktah ku skip part-part romantikku sama si Piah. Lagipun kamu jua kegalian & kambang bulu karang membaca cerita asmaradana ku sama si Piah atu.

Setelah atu, aku pun lepak balik sama si Garip, si Tayib, si Bub & si Damit. Kan menyambung balik perbincangan yang inda seberapa hangat. Pasal di Kampung kami ani inda nampak matahari (refer to part 1) yatah sebabnya inda hangat atu kali.

"Kalau kitani keluar dari kampung ani secara sembunyi-sembunyi. Apa pendapat kamu?"tanya ku kepada durang.

"Eh gila kau. Kau tau kah apa hukumannya kalau urang bawah umur suka-suka hati keluar dari kampung ani?"balas si Garip yang usulnya inda setuju dengan cadangan ku.

"Apa hukumannya kan?"sampuk si Bub.

"Kana gelitik sampai mati!"ujar si Garip lagi.

Mendangar jawapan si Garip atu, sorang-sorang menalan aying liur pasal ketungkalan. Hukuman kana gelitik sampai mati atu lagi dahsyat daripada hukuman gantung sampai mati. Kalau ikut list top 10 most gruesome capital punishment, hukuman kana gelitik sampai mati atu numbur satu tu. Masa kana hukum atu, si penghukum akan menarget urat saraf kamu yang spesifik untuk digelitik. Masa kana gelitik atu mana mau beranti ketawa tu. Inda batah atu, ulih kerana kamu inda mau beranti ketawa, so urat saraf atu dengan sendirinya terblock, darah inda dapat lalu & lapas atu mati lah jawapannya. Gila berijap eh. Kambang bulu ketiak ku mendangar. Bulu mata pun kambang ulihnya.

Bersambung seperti biasa....

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More