Barangkali balik-balik sudah ku bagitau kamu ni, bahawasanya cerita "My Term Break" atu inda lagi batah season finale tu. Ganya malas ku menaip sambungannya. Sebenarnya kan menaip ku pulang sudah sambungannya atu, tapi sudah ku pikir balik-balik sampai inda betidur selama 47 jam 60 minit (atau singkatannya 48 jam), akhirnya aku decide untuk pause dulu sambungannya atu. Mungkin isuk-isuk tah ku taip. Mun inda isuk, lusa ku membuat, mun inda lusa, bulan dapan, mun inda bulan dapan, tahun dapan tah tu ertinya. Tapi eksenku pulang tu. Gila, adakan kamu tunggu sampai tahun dapan. Awu, bebulu gigi menunggu.
Aku men-delay sambungannya atu bukan apa. Karang sudah habis, tepaksa tah kamu menunggu batah-batah tu untuk menunggu cerita baru. Plot untuk cerita baru atu ada sudah, ganya isi sama ending alum ada. Plot ceritanya atu kana sumbangkan ulih si Rujhan pulang. Special request darinya tu haha. Yatah kalau kamu ada special request minta buatkan cerita, jangan malu-malu babi bagitau aku. Asal jangan cerita lucah lah. Atu ku ban tarus tu.
So instead of membuat cerita, kan bekunyanyang lah ku sekajap untuk post terbaru ku hari ani. Kira random post lah ni. Sambil-sambil ku bekunyanyang ani agatah ambil dulu segala kerupuk, pop corn, buat milo ping, teh tarik kah apa supaya kamu santai-santai membaca. Mun boring membaca sampai kalat mata, jangantah galat-galatan kan tidur. Inda apa tu, asalkan kamu bahagia. Jangan saja bekuruh masa tidur atu.
Anyway, tadi kan, masa ku main game S.T.A.L.K.E.R, tedangar ku bunyi babi. Squealing lagi tu. Yatah, kebeliangan ku. Ku pikir babi atu disebalah ku bah. Rupanya dalam game. Syabasss eh. Realistic bah bunyinya kalau memakai earphone ani. Ulih kerana kebeliangan, lupa ku pasal game yang ku main ah. Mati pulang kana attack ulih babi atu. Basar lagi babi nya tu. Gila babi bah basarnya. Syabasss.
Becakap pasal babi ani, teringat tia ku Swine flu. Dimana-mana bah ku mendangar penyakit atu. Usulnya memberi ijap pulang. Tapi masa ani ku dangar ada lagi penyakit yang membari ijap (for certain people). Ani pun dimana-mana sama hari-hari ku mendangar ni. Selalu jadi topik perbualan yang paling hangat ni asal ku becerita sama urang. Especially dari last two months lah.
Nama penyakit atu penyakit "EXAM". Penyakit ani tejangkit arah most students ni. Symptoms penyakit ani adalah seperti berikut:
1)Bejaga masa malam
2)Banyak mengasuh parut
3)Malar men-check facebook
4)Level of procrastinating semakin menjadi-jadi
5)Mengantak kepala arah mija atau dinding
6)Selalu dilanda kegelisahan, tapi tatap jua procrastinating.
7)Malar angan-angan
8)minum kupi/red bull
9)Mata jadi mata panda
10)etc
Atu lah symptoms yang ku tahu serba sedikit. Banyak pulang lagi. Ia symptoms nya ani ikut urang lah. Tapi yang baiknya penyakit ani inda permanent lah. Lama-lama hilang tu. Ikut urang pulang jua tu. Kalau urang atu ada satu exam ganya, hilang tia selajur tu penyakitnya ah. Siapa yang banyak exam atu, ampun beribu ampun sembah patik harap di ampun tah tu. Lama lah sikit penyakit atu kan hilang.
Bah atu saja dulu. Post ku ani sebenarnya kan wish kamu-kamu all the best for exams pulang haha. Saja-saja kan memanjangkan cerita =p Mudahan tah kamu semua (yang ku kenal atau inda kenal) success dalam exams kamu, amin. Jangan lupa wish for aku jua hehe. Exam ku dua pulang ganya, tapi wish saja tia. Mana tau wish kamu atu membawa berkat untuk diriku & diri kamu =)
Bah apa lagi, agatah belajar!! Kamu ani membaca blog ku tia pulang hahahaha =p
0 comments:
Post a Comment