Your Thoughts


Thursday, May 14, 2009

Hikayat Awang Gombrong

Di sebuah kampung yang bernama Kampung Lampung Pajah, tinggal seorang pemuda bersama ibunya di sebuah rumah yang inda jua basar banar lah. Basar lagi rumahku kali. Nama pemuda tersebut ialah Awang Gombrong. Ia ani nada kena mengena sama Pak Gombrong ni. Coincidentally sama saja nama durang ani.

Maka tersebutlah suatu hari yang jatuh pada 28 Ogos tahun nyamuk (masa atu tahun masihi alum kana pakai), Awang Gombrong ani berhajat untuk menggembara berjumpa dengan Tok Guru Bagol. Tujuannya si Awang Gombrong ani adalah untuk memperkuatkan ilmu di dadanya. So, ia pun memberitahu hajatnya atu arah ibunda tersayangnya yang bernama Hajah Lauyah. Pada mulanya Hajah Lauyah berat hati untuk melepaskan anaknya, tapi lapas si Awang Gombrong bejanji kan membalikan kain baju kurung branded 10 pasang, barutah ia setuju. Materialistik jua mamanya ani ah.

Pada minggu yang berikutnya, berlepaslah Awang Gombrong dari rumahnya.

"Bah, ma. Sementara ku nada di rumah ani, jaga diri kita ah. Jangan gauk-gauk,"kata Awang Gombrong sebelum melangkah pergi dari rumahnya.

"Astah, kau tah pulang kan menasihati kediaku. Kau atu yang patut jaga diri. Jangan baulah!"balas Hajah Lauyah.

Maka Awang Gombrong pun mengunjuk tanganya untuk bersalam dengan ibundanya. Sungguh sayu rasa Hajah Lauyah ketika atu. Oleh kerana inda tertahan, ia pun menitiskan air matanya. Mama mana yang inda sayangkan anaknya. Gila, sedih eh. Aku pun menangis ni masa menaip ah. Tunggu sekajap, aku mengambil tissue dulu. Menitis sudah aying di mata sama arah lubang hidung ku ni...

Anyway, bermulalah perjalanan Awang Gombrong untuk berjumpa Tok Guru Bagol yang tinggal di Gua Pisang-Pisangan. Tok Guru Bagol ani inda mampu membayar duit sewa, yatah tinggal di gua atu. Kesian, kesian.

Perjalanan Awang Gombrong dari Kampung Lampung Pajah ke Gua Pisang-Pisangan mengambil masa lebih kurang dalam sebulan lah. Maklumlah, masa atu mana lah ada transportation modern. Namanya cerita ani terjadi dalam tahun nyamuk kan.

Sepanjang perjalanannya atu, pelbagai dugaan yang dirempuhi oleh si Awang Gombrong. Kana goda ulih Puteri Bunian yang serupa dengan Taylor Swift lah, Kana buru ulih Puak Pengait tia, kana kacau ulih sundel bolong tia, tepijak taie kerabau, kana sangat tebuan , kana bubut ulih babi hutan (takutnya kana swine flu), kana pihit ulih gajah dan macam-macam lagi lah. Inda cukup satu muka surat ni mun ku membagitau.

Lapas mengharungi kepahitan, kemasaman dan ketawaran sepanjang perjalanan, akhirnya Awang Gombrong berjaya menjejakkan kaki ke Gua Pisang-Pisangan yang dikelilingi dengan pelbagai spesis pisang. Oleh kerana lapar, Awang Gombrong pun mencabut sebiji pisang yang berada berhampiran dengannya.

"Nyaman eh pisang ani. Mana inda nyaman, makan pree!"katanya seorang diri sambil mengunyah pisangnya.

"Wahai anak muda! Pisang atu bukan pree tu!! Baik bayar karang!!"tiba-tiba seorang pak cik tua muncul di hadapan pintu gua.

Oleh kerana terkejut, Awang Gombrong memuntahkan pisang yang dimakannya.

"Tok Guru Bagol!! Adapun hajat ku kemari ani...."

"Shush! Jangantah kau bagitau. Aku tau sudah hajatmu. Kau kan belajar ilmu denganku kan?"

"Eh, cemana kita tau? Tinggi tah ilmu kita ani banar. Respek ku yaw."

"Kalau macamatu. Adakah kau bersedia? Kalau kau bersedia sudah, akan ku ajar kau segala langkah-langkah yang ku tau supaya kau menjadi seorang jagoan."

"Awu, aku bersedia sudah."

Kagum dengan jawapan bersemangat yang diberi oleh Awang Gombrong atu, Tok Guru Bagol pun membawa masuk Awang Gombrong ke dalam guanya. Di dalam, nampaknya bukan Awang Gombrong seorang saja yang ingin menuntut ilmu dengan To Guru Bagol. Ada beberapa anak muda lain juga yang turut berada disana. Masing-masing menunjukkan gaya dan langkah mereka tersendiri. Hebat banar jua Tok Guru Bagol ani.

"Baiklah anak-anak muda sekalian. Kita akan memulakan pelajaran kitani hari ani. Sila ambil tempat masing-masing dan buat langkah kuda-kuda,"teriak Tok Haji Bagol kepada sekalian anak-anak muridnya.

Mendengar arahan atu, Awang Gombrong pun mencari tempat kosong dan membuka langkah kuda-kudanya.

"Baik, anak-anak muda sekalian. Keluarkan tia segala peralatan memasak kamu!! Hari ani aku mengajar kamu memasak Maggi Kari campur seafood!!"teriak Tok Guru Bagol lagi.

Maka bermulalah kehidupan Awang Gombrong sebagai protege TUKANG MASAK di Akademi masak-memasak Tok Guru Bagol.

The End

ps: Saspen, pikir kan belajar apa tadi =p

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More