Your Thoughts


Tuesday, May 26, 2009

Teenage Angst part 2

Rupa-rupanya si Piah yang melagau aku atu. Ku pikir tah si Kalsum tadi. Yatah payah bah banyak peminat bini-bini ani. Sampai suara pun payah ku bezakan. Kalau kamu kan tau, si Piah ani anak Hj Gillien. Hj Gillien atu bukan calang-calang urang tu. Ketua Kelab Bahas bagi kampung ani kali ah. Jangan kamu inda galat.Si Piah ani kalau dibandingkan sama Laudya Cintia Bella, lawa lagi si Piah lah. Sepuluh perpuluhan tujuh kali ganda lawanya. Pokoknya, lawa tahap Maharani lah. Kalau lawa tahap dewi atu labih tia jua. So stick to lawa tahap Maharani saja."Ai,...

Wednesday, May 20, 2009

Teenage Angst part 1

Kawan-kawan ku semua menggalar aku dengan nama Chris. Tapi atu hanyalah sebuah nama glamour untuk menarik perhatian chicks yang hot dan sizzling. Bukan anak ayam ah. The ladies bah. Kamu ani macam inda paham saja.Mun kamu kan tau, nama sebenar yang dibagi ulih kedua indungku ialah Kerispatih. Durang atu peminat fanatik band Kerispatih bah. Yatah namaku cematu atu. Baik jua durang atu bukan peminat Project Pop. Mun inda, kana namakan Project Pop tah ku kali jua tu.Aku tinggal di sebuah perkampungan yang aman damai. Social life disini ani kira bagus...

Sunday, May 17, 2009

Marah?

Ramai urang inda suka arah ku. Abis segala cacian, umpatan, sumpah-seranah, kritikan dan komen-komen padas ku terima. Abis ni betempiasan aying liur masin dari sumpah seranah durang tekana arah muaku. Baik jua inda bejerawat muka ulihnya. Sepadas-padas lada padi, padas lagi cacian durang. Tapi aku tatap menerimanya dengan penuh sabar. Ada hikmahnya kali durang banci arahku ani. Antah mengapa kah durang banci banar-banar arahku. Padahal apa yang aku buat untuk durang ani adalah demi kebaikan durang & manusia sejagat.Masa aku alum ada dulu,...

Thursday, May 14, 2009

Hikayat Awang Gombrong

Di sebuah kampung yang bernama Kampung Lampung Pajah, tinggal seorang pemuda bersama ibunya di sebuah rumah yang inda jua basar banar lah. Basar lagi rumahku kali. Nama pemuda tersebut ialah Awang Gombrong. Ia ani nada kena mengena sama Pak Gombrong ni. Coincidentally sama saja nama durang ani.Maka tersebutlah suatu hari yang jatuh pada 28 Ogos tahun nyamuk (masa atu tahun masihi alum kana pakai), Awang Gombrong ani berhajat untuk menggembara berjumpa dengan Tok Guru Bagol. Tujuannya si Awang Gombrong ani adalah untuk memperkuatkan ilmu di dadanya....

Monday, May 11, 2009

My Term Break Finale

Previously: Disaat Haji Kassim kan menimbak kepalaku, ia kana terajang ulih seorang Buajah yang muncul secara tiba-tiba. Sikit lagi ku mati bui. So, aku pun berterima kasih arah Buajah atu pasal ia menyelamatkan nyawaku yang inda bejual di kadai.Rupa-rupanya buajah yang menyelamatkan aku atu ialah kaka kepada Buajah Timah. Namanya Buajah Marsyanda atau nama timang-timangannya: Alai Syanda. Ia atu betindak sebagai "Head of Bodyguard" kepada Buajah Timah lah jua. Handal jua buajah seorang ani. Walaupun umur macam separuh abad, tapi semangat macam...

Thursday, May 7, 2009

Swine Flu

Barangkali balik-balik sudah ku bagitau kamu ni, bahawasanya cerita "My Term Break" atu inda lagi batah season finale tu. Ganya malas ku menaip sambungannya. Sebenarnya kan menaip ku pulang sudah sambungannya atu, tapi sudah ku pikir balik-balik sampai inda betidur selama 47 jam 60 minit (atau singkatannya 48 jam), akhirnya aku decide untuk pause dulu sambungannya atu. Mungkin isuk-isuk tah ku taip. Mun inda isuk, lusa ku membuat, mun inda lusa, bulan dapan, mun inda bulan dapan, tahun dapan tah tu ertinya. Tapi eksenku pulang tu. Gila, adakan...

Monday, May 4, 2009

My Term Break Part 16

previously: On the way aku & si Veronica ke bilik Buajah Timah, kami kana attack ulih seorang uncle tua yang inda kami kenali.Sambil mencabut uban-ubanan di kepalanya, uncle tua atu mengarahkan kami supaya keluar dari lif. Tanpa sebarang bantahan pasal takut kana timbak, kami pun ikut saja cakapnya atu. Inda disangka walaupun badan uncle tua ani kurus cangkir macam si saiful apek, rupa-rupanya bad-ass urangnya. Apanya peribahasa, "Jangan disangka wallet yang tabal, berisi usin". Peribahasa baru tu bui. Copyright reserved tu ah, jangan kamu...

Page 1 of 5012345Next
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More