Your Thoughts


Sunday, September 20, 2009

Maaf zahir dan batin

Haji Jumat:

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh kepada hadirin dan hadirat sekalian. Pada malam lebaran ani pengarang Boredom Bin, yang berhormat Awang Milzam ingin memberikan sepatah dua kata kepada para pembaca yang amat-amat disayanginya. Tapi sebelum atu saya sebagai pembantu Awang Milzam, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha maaf zahir dan batin. Bah, tanpa membuang masa maritah kitani mendangar omong-omong kosong dari si Awang Milzam. Silakan. Bah tepuk tangan, tepuk tangan. Karang marah ya mun inda kana bagi tepukan gemuruh.

***
Milzam:

Tengkiu, tengkiu Haji Jumat. Salah tu ucapan mu ah. Adakah patut kau ucap Hari Raya Aidiladha. Hari Raya Aidilfitri ni nyanta. Cemana bulih kau pass sekulah ugama mu atu kan.

Anyway, ya selamat datang ku ucapkan kepada para pembaca sekalian yang sudi mendangar omong kosong ku ani. Alhamdulillah, pada tahun ani puasa ku full seperti tahun-tahun yang lalu sejak dari tahun 2000. Tahun-tahun sebelum tahun 2000, selalu puasa setengah hari saja.

Walaupun full, barangkali pahala puasa tahun ani kurang sedikit pasal banyak dugaan yang payah kan dielakkan. Lebih-lebih lagi kalau berjalan-jalan di shopping mall. Alai-alai manis atu sentiasa ada dimana-mana, maka mata atu dengan sendirinya payah kan inda mengekori. Astaghfirullah. Nah, baru tah kan beristighfar.

Macamana dengan puasa kamu? Harap-harap nada yang minum aying dijamban secara sembunyi-sembunyi. Walaupun orang inda nampak, tapi barangkali CCTV nampak dan sudah setentunya tuhan lagitah nampak. Tapi aku yakin, anda sudah tentu inda berbuat perkara yang sedemikian.

Nampaknya sebulan kitani berpuasa ani inda terasa. Tutup mata, buka mata, tutup mata, buka mata, sekalinya penghujung bulan Ramadhan sudah. Inda mengapa, jangan sedih, jangan pilu, Insya-Allah kitani akan bertemu lagi dengan Bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Sesungguhnya bulan Ramadhan ani ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Selain daripada atu, ia penuh jua dengan jualan-jualan murah, gerai-gerai bejual juadah berbuka, bunyi badil-badilan, aying kausar dan lain-lain lagi perkara yang sepatutnya inda bersangkut-paut dengan bulan Ramadhan. Tapi atutah kenyataannya di Brunei.

Sesudah Ramadhan berlalu, maka Syawal pun kunjung tiba. Alhamdulillah tahun ani, dapat jua ku beraya di Brunei sungguhpun cukup-cukup empat hari saja. Hari raya ke-5 berlepas lah ku semula ke UK. Entah berapa banyak duit raya kah yang boleh ku kumpul dalam masa empat hari ani. Atupun kalau kana bagi jua. Almaklumlah umur ani sudah semakin meningkat dan bekeradut.

Walaupun terasa kengiluan didada ani kerana meninggalkan Brunei, ku tabahkan saja hati dan ku kuatkan semangat. Apa jua ganya 9 bulan bermastautin di UK atu. Nampaknya memanjangkan rambutlah ku lagi ni dalam masa 9 bulan ani sambil kutu babi bebas bermaharajalela di kulit kepalaku.

Arghhhh mula tia belajar lagi ni. Cuti ku selama 3 bulan memang inda terasa. Kalau boleh tah ku memelihara Doraemon, meminjam mesin masanya untuk berbalik semula kepada waktu ku mula-mula cuti. Malangnya Doraemon masih belum kana cipta oleh para saintis Jepun. Mungkin dalam 1000 tahun yang akan datang baru tah ada kali.

Baiklah sebelum omong kosong ku ani berakhir, ingin jua ku kan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Kalau ada salah dan silap sepanjang ku bercerita di Boredom Bin ani, ampun beribu ampun tah ku tu. Kalau kamu-kamu yang pernah berdosa arahku atu, andang awal-awal sudah ku maafkan tu, jangantah watir. Harap-harap Hari Raya tahun ani kamu sambut dengan meriah disamping keluarga, kawan-kawan dan kucing peliharaan kamu.

Sekian, Terima Kasih. Back to you Haji Jumat.

Haji Jumat:

Terima kasih Awang Milzam. Selamat Hari Raya ku ucapkan kembali kepadamu.

Ya, sekian berakhirlah sedikit ucapan yang inda seberapa dari pengarang kesukaan kitani di Boredom Bin. Di kesempatan ani ingin saya mengucapkan selamat maju jaya semasa menghadapi tahun ke-2 di UK atu. Jangan lupa kalau balik Brunei nanti, balikan aku ole-ole. Kalau boleh, balikan tah yang mahal lah sikit. Jangan karit. Walaupun aku tau kau kekurangan usin masa ani.

Baiklah, dengan atu saya akhiri majlis ucapan inda rasmi ani dengan ucapan Selamat Hari Raya dan berhati-hati di jalan raya. Sekian, Assalamualaikum. Tepuk tangan, tepuk tangan.




0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More