Walaupun telah dicobanya beberapa kali dengan menekan punat "On" balik-balik, laptopnya masih gagal dihidupkan. Ani membuatkan si Azizan berasa mental. Sudah tah mental pasal frust bercinta, ani bertambah tia lagi mentalnya pasal laptopnya rusak. Didalamnya mental atu, ingin saja ia menalangkan laptopnya atu ke lantai. Setelah atu sisa-sisanya yang telah pacah atu di flushnya ke dalam toilet. Tapi si Azizan indalah sebrutal macamatu, sebab atu dilupakannya saja niatnya untuk berbuat sedemikian.
Tiba-tiba pintu bilik si Azizan yang terbuka luas diketuk oleh ibunya. Si Azizan dapat melihat ibunya sedang menutup hidung seolah-olah tercium satu bau yang amat busuk.
"Mengapa ma eh?"tanya si Azizan sebaik saja melihat ibunya berdiri-diri di luar biliknya.
"Atubah, inda kau tecium bau busuk kah? Macam dari bilikmu jua bau busuk atu. Jangan-jangan ada tikus mati kali ni dalam bilikmu ani,"jawab ibunya yang masih menutup hidungnya sehingga secara tidak sengaja telah menukar suaranya menjadi suara Spongebob Squarepants.
"Eh, aku inda tecium apa-apa pun."
Tanpa dijemput, ibunya terus masuk ke dalam bilik si Azizan sambil meneliti setiap sudut untuk mencari sumber bau yang inda menyenangkan atu. Dan akhirnya mata ibu si Azizan terpaku kepada seluar si Azizan.
"Usulnya seluar mu atu yang bebau. Tekirit kau kah? Tapi bau ani bukan jua bau taie prasanku, bau taie lagi harum prasanku dari bau yang ku cium ani,"ibu si Azizan berkata.
"Eh ma, mun ku tekirit, nada ku kan masih memakai seluar ani,"balas si Azizan.
"Idung mama ani jarang kan salah. Mama pasti 100% seluar mu atu yang bebau."
Sebelum si Azizan membidas balik tuduhan ibunya, teringatlah ia akan stokin yang telah disimpannya dalam kedua poket seluarnya tadi sebelum masuk ke rumah. Maka dia pun mengeluarkan kedua-dua stokinnya tersebut.
"Ani kah ma yang bebau ah?"ujar si Azizan sambil menggantungkan stokinnya atu di tangannya.
"Padantahhhh bebauuuu!!! Agatah cuciiii stukin mu atu!!!! Barigali kau ani eh!!!"teriak ibunya.
Si Azizan tertawa meliahat reaksi ibunya. Sekarang barulah dia sadar, bau stokinnya atu memang sudah berada di tahap yang kritikal.
"Terpaksa mama simbur rumah ani sama air freshener ni rumah ani,"ibunya membebel sebelum meninggalkan bilik si Azizan.
Setelah ibunya berlalu pergi, si Azizan pun pergi kembali ke arah laptopnya yang tidak mahu berfungsi. Dia pun memeriksa batterynya, dan ternyata battery laptopnya tidak berpasang.
Patuttah inda mau hidup.
"Padantah inda mau di-on laptop ku ani, inda bepasang rupanya batterynya. Baik jua inda sampai ku menalang tadi. Menjadi penyesalan seumur hidup tu mun inda,"si Azizan berkata sambil memasang battery laptopnya. Kemudian, dia pun menekan butang "on" dan akhirnya laptopnya mampu dihidupkan.
Setalah selesai di-boot, ia pun sign in terus ke dalam akaun MSNnya. Kan chatting sama LittleCutieAngle sullllllnya.
Dan ternyata si LittleCutieAngle ada online pada malam atu. Si Azizan pun memberikan nudge kepada si LittleCutieAngle.
Friday, September 4, 2009
MSN part 7
Bersambunggg lagi...
0 comments:
Post a Comment