Your Thoughts


Thursday, September 17, 2009

MSN Finale

Si Azizan dapat mengecam pemilik suara tersebut. Siapa lagi kalau bukan si Maria. Tanpa berpaling ke arah wajah perempuan yang menegurnya atu, si Azizan pun berkata,"Maria, bahapa lagi kau kan bejumpa aku ani. Kau yang dump aku, so jangantah kau kan berlagak baik sama aku..."

"...Zan..."

"Sudah, sudah! Jangan kan be zan zan sama aku. Kau tau betapaaa.....,"bebelan si Azizan terhenti sebaik saja ia memalingkan kepalanya untuk bersemuka dengan si Maria. Ternyata yang bersemuka dengannya atu bukanlah si Maria, tetapi si Nurul, tunang si Ji Golo. Salah urang sullllllnya.

Menyedari hal tersebut, perasaan malu mula membaham diri si Azizan sehingga meyebabkan mukanya menjadi teramat pink. Pada ketika itu ingin saja ia mengoyak-ngoyak mukanya yang hensem atu kerana terlampau malu. Tapi dilupakannya saja niatnya atu, kerana dia indalah segila cematu.

"Errrr... Bah, zan.. Anu.. See you around ah... Aku kan jumpa abang aji dulu di Cafe..,"ujar si Nurul dengan janggal.

"Errrr... See you jua.... Tapi Ji Golo balik sudah tadi perasanku. Bagas ku bejumpa jua ni."

"Ah, balik ia? Tadi katanya kan dating sama aku di Haji Gillien's Cafe. Pandai tia kan lupa sudah abang atu. Bah eh. Permisi tah ku dulu tu eh,"balas si Nurul sambil mengeluarkan handphonenya dari beg tangannya. Habis lah kau Ji Golo, kan kana bom tu sulllllnya.

Setelah si Nurul berlalu pergi, si Azizan pun masuk ke dalam keretanya. Perasaan malunya beransur-ansur hilang setelah terbayangkan nasib si Ji Golo yang bakal kana bom oleh tunangnya.

"Ji, ji... Cemana bulih kau lupa date mu sama si Nurul atu... Hahaha..."ujar si Azizan seorang diri sambil tertawa nakal.

Kemudian, setelah menghidupkan enjin keretanya, si Azizan pun memulakan perjalan pulangnya ke rumah.

***

Pada hari yang dinanti-nantikan oleh si Azizan...



Tidak seperti hari-hari Ahad yang sebelumnya, pada hari Ahad kali ani, si Azizan bangun lebih awal dari biasa. Selalunya waktu-waktu cemani ani, ia masih bertengkumus di atas katil sambil mimpi berjumpa dengan artis pujaannya, Sharifah Aini. Tetapi hari Ahad yang sebuting ani memang berbeza. Berbeza dan istimewa menurut si Azizan. Atau kalau mau lagi dramatik, hari Ahad atu teramatlah "Extra Special" kalau dibandingkan dengan hari-hari Ahad yang sebelumnya. Pokoknya, very very very very very very special lah.

Mengapa special? Kerana hari atu si Azizan akan berjumpa dengan si LittleCutieAngel. Hari yang senantiasa dinanti-nantikannya sejak beberapa hari yang lalu, sehingga membuatkannya tidur inda lena & makan inda pandai kanyang. Pasal atu tah berat badannya bertambah sebanyak 4.7 kilogram sejak beberapa hari yang lepas.

Setelah menghabiskan masa berjam-jam di dalam biliknya memilih pakaian, mengusai rambut, memutihkan gigi, mencabut uban, mencabut bulu hidung, mencabut bulu ketiak, mencukur janggut dan kumis akhirnya si Azizan tampak bersedia untuk berjumpa dengan si LittleCutieAngel. Tapi sebelum atu dia sempat menyimbur terlebih dahulu minyak harumnya untuk buat kali yang terakhir. Entah, berapa gelen minyak harumkah sudah disimburkan ke arah badannya. Selepas atu baru tah ia memulakan perjalanannya ke Mall Gadong.

Sesampainya di Mall Gadong, si Azizan pun duduk menunggu di food court sebagaimana yang telah ia janjikan dengan si LittleCutieAngel. Pada malam yang sebelumnya, kedua-dua "sahabat" MSN atu berbicara lagi untuk men-confirmkan date mereka pada hari atu.

Si Azizan menanti dengan penuh debaran. Ketika atu si Azizan sudah mula terbayang-bayang macamana usul rupa si LittleCutieAngel. Dari tadi ia tersenyum macam orang manang judi saja.

Di saat ia sedang angan-angan atu, tiba-tiba ada seseorang perempuan yang bersuara kiut menegurnya dari belakang,"Hi... Azizan kah ni?"

Debaran di jantungnya semakin deras. Orang yang ditunggu-tunggu si Azizan dari tadi telah pun tiba. Dia pun memalingkan kepalanya untuk menyambut kedatangan si LittleCutieAngel.

Sebelum sempat bercakap apa-apa, mulut si Azizan terlangap-langap sebaik saja melihat wajah si LittleCutieAngel.

***

Di Haji Gillien's Cafe kelihatan si Azizan sedang mengupi seorang-seorang dengan raut wajahnya yang masam dan kusam seperti King Kong betina yang PMS. Selang beberapa minit kemudian, sahabat baiknya si Ji Golo, turut mengupi bersama dengannya.

"Dari raut wajahmu, aku dapat teka date mu sama si LittleCutieAngle atu inda menjadi,"ujar si Ji Golo sambil menguar-nguar minuman Neslo panasnya.

"Palui. Memang palui,"rungut si Azizan.

"Apanya yang palui. Cuba kau ceritakan dulu."

"Si LittleCutieAngel lah palui!"

"Mengapa pulang ia palui? Bawa bersabar eh. Cuba bagitau aku."

"Kau tau siapa si LittleCutieAngel atu?"

"Siapa? Nini mu?"

"Kau jangan main-main ji. Niniku yang meninggal jangan kau bawa-bawa."

"Ok, ok. Sorry sorry... Bah siapa?"

"Ia atu rupanya.... Bini-bini umur 12 tahun bah!! Adakah patut ia kan dating sama aku!! Silap-silap kana ucap aku ani paedophile pulang karang!! Nauzubillah!!"

"Astah. Sekali apa jadi?"

"Ku suruh lah ia balik. Ku bagitau arahnya, jangan macam si taie kan dating. Umur atu masih under-age. Kataku lagi, baik kau balik rumah saja, belajar sifir lagi bisai. Buat homework, meliat Hannah Monanta kah atau High School Musical."

Mendengar jawapan si Azizan membuatkan si Ji Golo terkidum. Malas jua ia kan ketawa, karang mengamuk pulang si Azizan. Si Ji Golo bukannya apa terkidum atu. Ia terfikir, selama si Azizan berkenalan dengan si LittleCutieAngel setahun labih atu, inda pernah kah ia bertanya berapa umurnya? Siapa yang palui sebenarnya ni?

Maka sebab atu lah si Ji Golo inda pernah berminat dengan blind date.

"Bah adangtah dipikirkan tu. Kau kan tau? Aku ada cousin lawa bah. Ia single masa ani. Berminat?"ujar si Ji Golo sambil menaikkan kedua-dua kirainya.

"Lawa?"tanya si Azizan yang nampaknya berminat.

"Lawa. Macam Sharifah Aini masa muda."

Mendengar kata-kata sahabatnya atu membuatkan si Azizan lebih berminat. Baru jua frust pasal si LittleCutieAngel, semangat menggatalnya datang kembali. Kanchanggggg.

The End

moral of the story: berhati-hati masa chatting di MSN. Jangan blind date sesuka hati.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More