Your Thoughts


Sunday, September 13, 2009

MSN part 9

Tiba-tiba muncullah jawapan dari si LittleCutieAngle yang dinanti-nantikan si Azizan sedari 40 saat yang lalu. Penantian selama 40 saat atu dirasakannya macam 40 tahun. Atu labihhhh.

Untuk memastikan ia inda salah baca, si Azizan pun mengeja jawapan yang diberikan oleh si LittleCutieAngle atu dengan satu persatu seperti pelajar kindergarten 1. Sudahnya yakin 110%, maka bersoraklah hati si Azizan. Kegembiraannya atu sukar diluahkan dengan kata-kata. Untuk meluahkan kegembiraannya atu, ia pun belumpat-lumpat di atas katilnya. Baik jua inda rubuh. Tau sudah badan atu barat.

Buat sekian kalinya, si Maria sudah berjaya dilupakan oleh si Azizan. Ternyata si LittleCutieAngle telah menyinarkan balik hidup si Azizan yang selama ani kan berfikiran buntu saja pasal memikirkan si Maria balik-balik.

Setelah puas belumpat-lumpat di atas katilnya yang hampir-hampir rubuh, si Azizan dengan sepantas lipas pun kembali mengaga laptopnya untuk menjawab pertanyaan si LittleCutieAngle.

Ada orang kan dating sullllnya. Maka selepas atu, durang pun menamatkan bicara durang yang berlangsung selama beberapa jam. Kanchangggg. Tapi... Sebelum mengundurkan diri atu, ada lagi satu perkara yang ingin diluahkan oleh si Azizan.

Tiba-tiba si Azizan berasa serba-salah. Tapi oleh kerana terlajak sudah, maka terpaksalah dipadahkannya jua.

Saspennnn, pikir apa. Setelah lebih dari setahun, barutah si Azizan ada keberanian untuk menegur typo si LittleCutieAngle. Baik jua si LittleCutieAngle inda marah membaca teguran yang dibuat oleh si Azizan tersebut. Maka selepas atu, si LittleCutieAngle pun mengubah display namenya menjadi "LittleCutieAngel". Atu baru kiyut. Setelah atu, durang berdua pun sign out dari dunia MSN.

Nampaknya, si Azizan mampu tidur nyenyak pada malam atu. Tapi sebelum atu, ia perlu menyuci stokinnnya yang berbau dulu. Takut kana marahi oleh ibunya.

***

Keesokkan harinya di Haji Gillien's Cafe....



"Apa eh bro? Kau kan blind date sama si LittleCutieAngle?"tanya si Ji Golo kepada si Azizan sambil menghirup minuman neslo panasnya.

"Angel. LittleCutieAngel bah namanya. Awu, blind date. Mengapakan?"balas si Azizan.

"Inda pulang ada apa-apa bro. Ganya aku banyak mendangar cerita pasal blind date ani bah."

"Macam?"

"Ai, indakan inda kau tau. Ramai udah orang kana bah. Kadang-kadang pundan tia dangannya blind date atu. Ada yang lagi teruk, rupanya mama sendiri bah dangannya blind date bah! Yatah payahnya tu. Kau inda tau siapa date mu atu, sampailah kau bejumpa."

"Ish kau ani ji. Ada-ada saja. Indakan mamaku sendiri yang chatting sama aku atu. Membuka laptop pun ia inda tau cemana. And aku yakin LittleCutieAngel atu bukan pundan."

"Ok, mana saja tah kau bro... Aku ucapkan good luck saja."

Kata-kata si Ji Golo membuatkan si Azizan berfikir sejenak. Tapi ia yakin, apa yang dibuatnya atu memang betul. Ia pasti LittleCutieAngel tidak mungkin akan menghampakannya.

Setelah puas mengupi, kedua-dua sahabat atu pun pergi meninggalkan Haji Gillien's Cafe. Sebelum si Azizan membuka pintu dan masuk ke dalam keretanya , tiba-tiba ada seorang perempuan menegurnya. Si Azizan terkaku seketika. Suara perempuan tersebut amat dikenalinya.

Bersambung...

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More