Your Thoughts


Wednesday, September 9, 2009

MSN part 8

Alangkah gembiranya rasa di hati si Azizan, setelah LittleCutieAngle membalas tegurannya dengan pantas, sepantas torpedo buatan Russia. Didalam keiskiannya atu ingin saja ia belumpat-lumpat di atas katilnya. Tapi terpaksa dilupakannya saja niatnya tersebut kerana takut katilnya rubuh. Agaknya, kemurungan yang melanda jiwa sanubarinya tadi telah pudar sedikit demi sedikit. Maka, kedua-dua sahabat MSN atu pun mulalah berbicara:

(click to enlarge)

Seperti biasa si Azizan tanpa rasa malu-malu babi (walaupun masa mula-mulanya eksen-eksen malu) pun menceritakan kejadian yang berlaku semasa dia sedang mengupi di Haji Gillien's Cafe tadi. Si LittleCutieAngle walaupun yang banarnya keboringan, setia saja melayan luahan isi hati yang terbuku didalam hati si Azizan. Si Maria, si Maria, si Maria. Atu tah saja yang yang dibicarakan oleh si Azizan.

Berceritalah ia akan si Maria yang masa ani sudah menemui teman baru. Dibagitaunya arah si LittleCutieAngle betapa ngilu dadanya apabila meliat si Maria sedang siuk bercengkerama dengan laki-laki atu, sedangkan ia sendiri alum ada girlfriend baru. Yang menyakitkan hatinya lagi, teman baru si Maria atu inda jua hensem banar. Hensem lagi ambuk bangkatan jantan yang ada di kepulauan Borneo menurutnya. Inda disangka sebagai seorang lelaki, si Azizan ani pandai jua mengadu. Pikir bini-bini saja yang suka mengadu ani.

Barangkali cematutah adat bercinta. Bercinta ani barangkali bulihlah diibaratkan macam main kikik. Main kikik mesti ada skill. Inda bulih sampai putus tangsinya. Kalau putus tangsi, kikik pun terabang melarikan dirilah. Frust lah jawapannya orang yang bemain kikik atu tu. Tapi frust atu akan hilang sebaik saja belurih kikik baru. Yatah siapa-siapa yang couple atu, pandai-pandai tah menjaga hati partner masing-masing. Yang penting asal babu suka. Nah, mati eh, melarat tia pulang ku bekurapak ani. Macam orang tua-tua sudah ni. Aku andang tuha jua bah.

Berbalik kepada cerita si Azizan tadi, usulnya bicaranya dengan si LittleCutieAngle masih berlangsung dengan rancak sehingga mengalahkan rancaknya perdebatan calon-calon presiden Amerika. Macam-macam lah yang durang berdua bicarakan. Kebanyakkannya hanyalah omong-omong kosong. Semata-mata kan mau membuang masa saja. Sampai tertinggal sembahyang maghrib & isyak. Yatah yang inda bulih diamalkan tu.

Setelah beberapa jam berbicara, akhirnya si Azizan pun bercadang untuk mengundur diri. Tapi sebelum atu, ada yang ingin ditanyanya arah si LittleCutieAngle.

(click to enlarge)

Dengan perasaan yang berdebak-debuk umpama degupan jantung king-kong yang nervous, si Azizan pun perlahan-lahan menaip soalannya untuk menjadi tatapan si LittleCutieAngle.

"Sudi kau bejalan keluar sama aku? You know... kitani setahun sudah chatting & alum pernah berjumpa.. Its ok if kau inda mau..."tanya si Azizan sambil melap paluh masin yang jatuh bercucuran dari dahinya. Atu nervous banarrrr.

Si Azizan sebenarnya berharap sangat si LittleCutieAngle sudi menerima pelawaannya. Di hadapan laptopnya, ia menanti dengan perasaan yang gundah-gulana, takut-takut si LittleCutieAngle menolaknya bulat-bulat.

bersambunggg...

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More