Your Thoughts


Friday, October 2, 2009

Antara Dua Darjat part 1

Hai, namaku Sudin. Dan anilah kisah hidupku.

Aku dilahirkan dari sebuah keluarga yang susah. Sungguhpun cematu, aku masih bersyukur kerana mampu lahir melihat dunia yang penuh dengan asap jerebu ani.

Adi-beradi ku yang ramai menambahkan lagi kesusahan yang ditanggung oleh kedua indungku. Meskipun cematu, ibu dan bapaku inda pernah merungut. Kami semua adi beradi ani kana jaga dengan penuh kasih-sayang yang inda berbelah bahagi bagai menatang minyak petrol yang penuh.

Oleh kerana inda mampu membayar yuran, aku inda pernah bersekolah. Maka rutin sehari-harianku adalah berjalan merayau-rayau saja. Kalau kanak-kanak lain semua belajar ABC 123 di sekolah, aku belajar mencari pengalaman di jalanan. Dari ku damit sampai lah ku basar. Macam-macam jenis spisis sudah ku jumpa sepanjangku membesar di jalanan atu. Miskin, kaya, tua, muda, casanova, pundan, pelacur, pengemis dan macam-macam lagi. Bergaul dengan durang atu mengajar aku erti kehidupan.

Sudah usia ku meningkat dewasa, aku berhijrah ke tempat lain dari tempat lahirku untuk mencari pekerjaan, sungguhpun yang sebenarnya aku nada sebarang kemahiran. Aku berharap aku mampu mengubah nasibku dan kemudian membalas jasa kedua orang tuaku.

Pada mulanya aku hampir-hampir putus asa setelah ramai yang enggan mengambil aku bekeraja. Tempat berteduh pun nada. Oleh kerana stress melampau, aku hampir-hampir membunuh diri dengan menggelitik diriku sampai inda beranti. Mujur ada seorang pemuda jalanan yang menyelamatkan aku.

"Eh palui. Bahapa kau kan? Mun kan membunuh diri, cubatah kreatif sikit. Lagipun bahapa kau kan bunuh diri? Mati bukannya jalan penyelesaian,"ujarnya dengan tegas. Inda disangka, disebalik usianya yang muda atu, pemikirannya matang. Kata-katanya atu membuatkan ku sadar.

Aku pun menceritakan segala masalahku arahnya walaupun sesungguhnya aku tau ia inda bertanya. Mendengar kisah sedih ku yang mengalahkan drama Indonesia atu, ia pun mengajak aku untuk tinggal bersama di tempat kediamannya.

"Panggil saja aku Ramlee,"katanya arahku.

Ramlee lah jua yang menulung aku mendapatkan pekerjaan. Sesungguhnya aku bersyukur kerana dapat bertemu dengan si Ramlee. Banyak jasanya sudah arahku. Nantilah ku belanja ia teh tarik 5 cawan.

Pekerjaanku hanyalah sebagai seorang penghantar barang. Meskipun pendapatanku inda seberapa, tapi mampulah jua menanggung makan minum ku sehari-hari. Inda jua ku kebuluran lah.

Yatah dari pekerjaanku sebagai penghantar barang anilah aku pertama kali jatuh cinta. "Jatuh cinta pandang pertama" kata orang. Atau kata orang putih, "Love at first side". Eh salahhh tu ihh. "Love at first sight" baru lurus. Yatah akibatnya inda bersekolah tu, fail Englishku tarus.

Hari-hari semasa aku bekeraja, aku akan melintas dapan rumahnya untuk meliat wajahnya yang manis atu. Terpesona aku dibuatnya. Kalau nasibku baik, adatah ia bersiar-siar di tamannya tu. Kalau ia nada, maka hampalah kediaku. Wajahnya yang manis & sentiasa ceria atu membuatkan diriku girigitan.

Ingin saja aku berkenalan sama ia, tapi aku ani malu-malu babi sedikit.

bersambung...

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More