Your Thoughts


Monday, April 6, 2009

My Term Break part 12

previously: Sedang aku lalai bekurapak sama kawan-kawan, tiba-tiba namaku kana announce ulih receptionist. Pasal apa aku kana panggil? Yatah ni kan ku ceritakan. Inda penyabar kamu ani ih.

Dengan jantungku yang kabak-kabak dengan kelajuan 500 beats per minute, aku pun memaksa diriku ke receptionist. Gila, laju banar sudah tu mun 500 beats per minute atu. Telampau nervous bah. Kalah si Wesley Gibson punya heartbeat arah cerita Wanted atu. Ia punya 400 beats per minute jua ganya.

Disaat-saat nervous yang melampau-lampau atu badanku mula mandi paluh. Kalau disambut aying paluhku masa atu pakai butul aying sihat, ada jua sampai dalam 10 liter lah. Dapat dijadikan aying untuk mandi wajib sudah tu. Atupun kalau kamu sanggup mandi pakai aying paluhku. Sanggup kamu kan? Nya urang tua-tua, kalau mandi pakai aying paluh urang, dapat bini lawa tu nanti. Tapi eksenku pulang tu.

Bediri di dapan receptionist atu ialah warden Brunei Hall. Mengapa banar aku kana panggil ani ah. Makin kabak-kabak pulang ku nah. Warden tia lagi ada tu. Harap-harap inda melibatkan kejadian-kejadian "action movie" yang ku alami patang tadi.

"Milzam kah ni?"tanya warden atu kepadaku setelah aku menjejakkan kaki ke reception,"Ih, mandi paluh jua kau? Perasan cigu inda jua panas malam ani,"sambungnya lagi lapas teliat badanku yang mandi paluh macam bagas urang mandi wajib.

"Ah, anu cigu... anu... atu bah... Damam... Damam panas ku cigu. Bukan lagi damam panas ni cigu, nya doktor damam hangus namanya ni,"balasku dengan eksyen-eksyen.

"Ih, damam hangus? Baru cigu mendangar tu. Anyway, cigu sebenarnya kan meliat I.C mu. Yatah cigu suruh receptionist memanggil namamu atu."

Mengapa warden ani kan meliat IC ku? Di dalam pikiranku sudah ku bayangkan gerenti ada kena-mengena sama insiden patang tadi ni. Tapi ulih kerana inda mau melukai hati warden, dengan tanganku yang kekajaran macam urang kana penyakit parkinson, aku pun mengeluarkan wallet ku yang ku bali di Hua Ho Mall Tanjung Bunut dua hari sebelum ku belayar. Tapi masa ani inda lagi ku makai wallet atu.

"Ih, mengapa tanganmu kajar-kajar ani?"tanya warden atu lagi.

"Andangnya ni cigu. Yatah simtom-simtom penyakit damam hangus ni,"balasku dengan eksen-eksen lagi sambil membuka wallet murahku untuk mengeluarkan IC ku.

Malangnya, IC ku nada bila ku buka walletku. Ai, cemana bulih nada ani? Ku cari lagi banar-banar sampai kuyak bah walletku atu. Yatah pasalnya tu inda ku makai wallet atu lagi masa ani.

Lapas atu ku check arah segala poket-poket yang ada arah pakaian ku. Abis setiap pelusuk kawasan ku check. Ku check dalam kasutku inda jua ada IC ku ah. IC nada tapi bau kurang enak pulang yang ada. Sikit lagi ku temuntah mencium bau kasut ku ah.

"Ah... cigu, usulnya nada IC ku ah. Inda ku ingat dimana ku menyimpan. Kalau ku liatkan lesen memandu saja ok kah?"tanyaku setelah confident yang IC ku hilang entah kemana.

"Apa? Jangan kau main-main sama cigu. Kalau kan main-main, pigi ke Thorpe Park. Cigu mau meliat IC mu masa ani jua. Lesen memandu atu inda ku beguna tu,"balasnya secara tegas dan karas.

Abislah ku ni. Dengan perasaan panik tahap maharaja, aku lagi sekali men-check walletku dengan harapan IC ku muncul secara magic.

"Nada cigu, IC ku ah! Banar! Inda ku bedusta. Kalau cigu inda pecaya liat tia isi wallet ku ani nah,"ujarku yang cuba meyakinkan warden akan kehilangan IC ku.

"NADA?! CEMANA BULIH NADA ATU?!"jawapnya.

"Inda ku tau cigu! Inda ku tau!"

"KAU TAU PASAL APA NADA ATU?! PASAL IC MU AMPAI-AMPAI DI LUAR. Baik jua cigu mendapati tadi masa masuk. Nah, ambil tia. Lain kali bisai-bisai menaruh IC atu."

Ceh, membari saspen jua warden ani eh. Pikirtah apa tadi, kan meliat IC ku ani. Rupanya tau ia IC ku tecicir yatah kan dibaginya balik. Syabas eh. Panic ku sudah. Cubatah cakap secara direct, ani sampat lagi kan mem-punk'd urang tu.

Lapas kes IC yang membagi ku panic atu selasai, aku pun bebalik semula arah tempat ku hangout tadi. Tiba-tiba ada bini-bini memanggil aku. Aku pun menoleh. Rupanya si Veronica. Bahapa ia kesini balik ani?



Kalau part yang saspen, mistilah to be continued...

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More