Your Thoughts


Wednesday, November 12, 2008

The Detective Returns - Part 4

previously: Detektif inda menyangka both of his exes rupanya relatives. Durang plan kan hangout di Hj Gillien's Cafe, tapi secara tiba-tiba si Suraya hilang di jamban masa Detektif Zack & si Ratna menunggu kedia.

"Barangkali si Suraya ani main carah tapuk kali,"ujarku kepada si Ratna yang usulnya ingau sudah hatinya.

Si Ratna hanya melemparkan satu senyuman yang inda berapa manis arahku. Lapas atu muram tia balik. Sah ni, ingau banar sudah hatinya ni. Jarang ia inda melayan aku ani. Lalu aku pun menyuruh ia supaya balik dulu ke rumah dan tenangkan fikiran.

"Sudah you balik ke rumah, buatlah apa saja yang bulih chill kan utak you. Main game kah, bekaraoke kah, tidur kah, beguling-guling di lantai kah, menggelitik mama you kah, mengacai kah atau buat apa saja supaya fikiran you inda kusut,"kataku arah si Ratna.

Si Ratna tekidum mendangar kata-kataku. Aku becakap serius, tekidum tia pulang si Ratna ani. Inda apalah, at least dapat jua ku menatap wajahnya yang manis masa ia tekidum atu. Manisnya ani kalah segala benda-benda yang manis-manis dalam dunia ani. Gula-gula, gulali, bandung, chocolate, ice-cream, lollipop & segala benda-benda yang manis dalam dunia ani, semuanya inda dapat mengalahkan kemanisan si Ratna. Madu pun kalah jua. Pokoknya, ia ani ratu segala manis lah. Lagipun kemanisan wajahnya ani inda membari kencing manis. Apakan, aku ah... Labih tia... Tapi jangan salahkan aku ah... Salahkan penulis cerita ani.. Ia andangnya suka belabih-labih ni.

Sebelum si Ratna balik aku sampat bepasan arahnya supaya menelipun family & kawan-kawan si Suraya. Manatau ia diam-diam betapuk disana.

"Bah ok tu Zack. You bahapa tah ni? Stay disini?"tanya si Ratna sambil masuk ke keritanya.

"Awu me stay disini saja. Mana tau si Suraya main carah tapuk disini jua,"balasku.

Si Ratna pun ketawa mendangar jawapanku. Selapas mengucapkan babai, ia pun berambus. Maka tingallah aku di pantai ani secara solo dan hanya ditemani ulih para pengunjung yang inda seberapa ramai. Tanpa membuang masa aku pun bergerak ke spot dimana si Suraya menghilangkan diri, iaitu di jamban bini-bini. Harap-harap nada bini-bini dalam jamban atu. Mun inda kana ucap pulang ku perv karang.

Buat kali pertamanya lapas beberapa bulan, skill detektif ku bepakai semula. Baik jua alum betagar utakku ani. Setelah sampai arah jamban atu, aku memastikan dulu nada jelama dalam jamban atu. Ok, line clear. Bulih masuk ni. Lantai jamban atu kamah dan damal. Kamahnya atu maybe bagas pasir-pasir yang melakat arah tapak kasut. Nada apa-apa yang mencurigakan. Aku kemudian mencheck arah mangkuk jamban dan teliat sesuatu benda yang mencurigakan terapung-apung dalam mangkuk jamban atu. Lain macam saja barangnya ani. Suspicious jua ku tu. So aku pun meliat banar-banar. Ceh, taie rupanya!!! Padantah bebau. Cubatah flush lapas beria atu!!! Inda pandai kan mem-flush!!

Inda ku tahan eh, baik tah ku keluar. Kalau terlampau banyak mencium bau yang inda menyenangkan ani, silap-silap bulih tejangkit penyakit beria-beria ni. Bila ku sampai keluar satu perkara yang inda ku sangka-sangka berlaku di dapanku. Seorang buajah diri-diri di dapan jamban atu sambil hairan meliat aku yang baru kan keluar. Te-angkat lagi kirainya tu macam Ziana Zain/The Rock.

"Eh, wang salah jamban ni kau ani. Jamban laki-laki disebalah tu,"ujar buajah atu.

"Owh, iakah. Disebalah rupanya jamban laki-laki ani. Bah kesana tah ku ni,"balasku sambil buang kes, lalu, bejalan meninggalkan buajah atu tanpa mengucapkan babai.

Phew!!! Baik jua kelurusan ku kan keluar. Mun ku masih tahan-tahan di dalam masa buajah atu masuk tadi, abis ku! Kana ucap perogol kali eh. Atu yang membari malu tu. Usulnya tepaksa tah ku menunggu buajah atu keluar dulu before aku menyambung siasatan ku.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More