Panggilan dari si Kamilin rupanya. Pikir siapa tadi. So ku jawablah callnya, karang kekajaran tanganku kalau memigang mobileku yang vibrating ani batah-batah.
"Yo. Apa ada yo?"tanyanya sebaik saja aku menjawab callnya.
"Nada papa yo. Meliat budi minum bula,"jawabku yang cuba mengikut iklan teh tarik budi.
"Apakannnn kau ah. Tebalik tu bui hahaha. Meliat bula, minum budi lah. Mun iklan budi tau, abis kau kana tawakan hahaha. Bila kau ke London yo?"
Adui, soalan ani tia jua yang ditanyanya. Sepatutnya aku ke London next Tuesday pulang. Tapi ulih kerana masa ani masa emergency, so today tah jua ku ke London. Masalahnya, patut kah aku membagi tau ari ani aku ke London ataupun on Tuesday? Anitah yang dinamakan soalan cepuemas bernilai sejuta rupiah ni.
"Aaaaa....anu... On Tuesday tu aku ke London..."tipuku. Bukan tipu haram, tapi tipu harus.
Beberapa minit kemudian, kurapak ku sama si Kamilin pun selasai. Setelah menaruh semula mobile ku kedalam poket seluar, aku pun tekanang tiket ke London yang sudah ku book. Duii, terabang tia usin. Baik jua tiket coach yang ku book atu. But still, usin jua kan. Walaupun 9 pound , cuba kalau di convert ke usin Brunei. $18 bah tu. Berapa bungkus Nasi Katok bulih dibali. Nah, rindu tia ku kan makan nasi katok nah. Nanti tah ku buat proposal menyuruh membuka garai Nasi Katok di serata UK ani. Maju tu kalau membuat bisnes nasi katok disini.
"Veronica... Aku ada soalan bah. Kau ani usul macam urang putih. Tapi pandai cakap Brunei. Cemana bulih atu kan,"aku tiba-tiba bersuara. Musykil ku bah ia pandai cakap Brunei ani.
"Owh pasal atu rupanya. Masa ani aku single and available pulang,"jawabnya yang memang inda kena -mengena sama sekali dengan apa yang ku soal. Syabas ia ani.
"Kau single kah, double kah, triple kah, quadruple kah, atu nada ku ingau tu. Cemana kau bulih pandai cakap Brunei ani?"
"Pemarah jua ih. Awubah, yang banarnya aku ani asal dari Brunei jua. My mommy urang England and my babah urang Brunei. Batah ku tinggal di Brunei dulu. Yatah handal cakap Brunei ani."
Owh padantah. Lapas atu kami pun bekunyanyang lah. Rupa-rupanya ia pun rindu nasi katok. Sama ambuyat jua. Adui, malu ku eh. Ia pulang pandai makan ambuyat, aku pulang inda. Mostly topic kami atu pasal makanan lah. Penyaram, kelupis cacah daging, kek batik, bingka susu, teh tarik, martabak, roti John, satay, mee goreng mamak, ayam ideal, cucur pisang, cucur ubi, cucur keladi, cucur anggur, cucur sikui, cucur strawberry dan macam-macam lagi lah kan ditambah. Pandai-pandai tah kamu menambah tu. Apa saja yang ada di Brunei tapi nada di UK, yatah tu yang kamu tambah. Biar kamu terasa lapar & tais liur.
Setelah bekurapak batah-batah, inda semana-mana mataku terasa kalat. Padahal tadi, akhir sudah bangun tu aku ah. Masih jua terasa kan tidur. So tetidur lah ku di kerita si Veronica atu.
Tiba-tiba aku pun terbangun. Lah, malam sudah rupanya. Tapi yang membari hairannya kerita si Veronica ani macam inda begarak. Aku pun inda pasti dimana aku masa atu. Bangang-bangang rasa ku lakat pasal baru bangun dari tidur atu kali. Tiba-tiba aku terasa bahuku dipegang lembut ulih seseorang. Dan aku dapat merasakan hembusan nafas di siring telinga kiriku.
"Jangan takut Milzam,"Tiba-tiba urang yang memigang bahuku atu bersuara. Bukan suara urang lain, tapi suara si Veronica.
Bahapa ia si Veronica ani? Gila nervous pulang ku nah.
And then besambung tia lagi...