Rupa-rupanya Kijang kerita si Veronica ani. Jarang ada ni kerita Kijang di UK ani. Bukan lagi jarang, nada kali eh. Inda ku tau macamana bulih ia belurih Kijang disini ani. Diseludupnya dari Brunei kali. Model yang lama lagi tu. Nada taste eh si Veronica ani. Harap mua saja maniss, tapi kerita.. Nada manisss. Cat warna kalas (pink) lagi tu. Syabasss. Cute lah tu kononnya. Nada cute ih, tekeluar saja biji mata menantang.
"Bah, masuktah. Jangan malu-malu. Kalau malu, rugi,"kata si Veronica apabila menyedari yang aku masih bediri diluar sambil menantang kerita Kijangnya dengan penuh jijik.
Tanpa rela hati aku pun masuk ke dalam keritanya. Malu ku ni mun kawan-kawanku tau aku naik kerita Kijang warna kalas. Harap-harap nada paparazzi yang menggambar aku semasa aku menumpang kerita si Veronica ani.
Apabila saja aku menjejakkan kakiku ke dalam kerita Kijang atu segala rasa jijikku mula berubah kepada rasa kagum. Canggih dan cantik berseri-seri yo dalamnya. Jangan-jangan pernah masuk dalam Pimp My Ride kali ni.
Yatah lain kali jangan pandang rendah arah Kijang dari segi luarannya, liat dulu cemana usul dalamnya. Tapi mostly kerita Kijang ani inda pulang bisai dari segi luaran dan dalamannya haha.
"Lawa kan keritaku? Walaupun Kijang, tapi pretty and kiyut kali ahhh"ujar si Veronica dengan hidungnya yang kambang kampis.
Aku mengangguk-anggukkan saja kepalaku dan masih speechless pasal telampau unbelievable. Macam-macam buttons ada bah dalam keritanya ani. Antah inda ku tau apa fungsi semua buttons ani. Membari iski pulang kan menakan-nakan, ganya malas ku amai. Mana tau diantara semua buttons ani ada self-destruct button. Karang kalau tetakan, mati katak ku pulang.
"Bah, kan kemana kitani ni?"tanyaku kepada si Veronica.
"Ke London lah. Kan mengantar backpack ani arah Buajah Timah,"jawabnya.
Nah, teringat tia ku balik pasal barang dalam backpack atu. Alum jua sampat si Veronica membagitau tadi masa di rumah si Nawawi.
"Eh, baik jua ku teringat. Tadi alum jua sampat kau membagitau aku apa barang didalam backpack ani. Apakan sebenarnya? Membari kabak-kabak hati saja bah kau ani,"kataku.
"Bah, bah. Bibiran jua kau ani eh. Mamaku inda jua bibiran macam kau ani. Yang banarnya... Aku pun inda tau apa sebenarnya barang dalam backpack atu. Yang aku tau, barang atu barang ditegah kana bawa ke UK saja. Puas hati?"balasnya sambil men-start enjin kerita Kijangnya. "Apa barangnya dalam atu cuma Buajah Timah saja tau. Yatah kalau kau kan tau, nanti tanya saja arahnya,"sambungnya.
Berpuas hati dengan jawapannya, aku pun mendiamkan diri saja. Sebenarnya aku pun kurang pasti samaada apa yang dicakapkannya atu eksyen-eksyen atau banar. Tapi yang pasti, lapas bejumpa dengan Buajah Timah, barutah barang dalam back-pack atu akan didedahkan. Membari saspen saja eh.
Tiba-tiba mobileku vibrating. Siapa kah lagi yang menelipun disaat-saat saspen ani. Membari kebeliangan saja.
Saturday, February 14, 2009
My Term Break part 7
The end.... tapi eksenku! Besambung lagi...
0 comments:
Post a Comment