Your Thoughts


Sunday, April 27, 2008

Si Tanggang: A Totally Different Story

Tersebutlah satu kisah yang terjadi sebelum lahirnya Siti Nurhaliza dan penyanyi-penyanyi yang seangkatan dengannya. Tetapi sebelum cerita ini dimulakan, ada baiknya para pembaca mengetahui bahawa kesahihan cerita ini tidak dapat di”verify” kerana ia didapati dari sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai. Watak-watak dalam cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati, kalau ada pun kebetulan ganya tu.

Pada zaman dahulu, di sebuah kampung tinggal seorang wanita tua yang bernama Dang Ambun. Dang Ambun ani merupakan seorang balu beranak satu. Sudah setengah dekad, anak tunggalnya si Tanggang tidak menjejakkan kaki ke kampung halamannya itu. Dang Ambun hanya mampu menanti di pantaran rumahnya. Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, hari berganti hari, jam berganti jam, minit berganti minit dan saat berganti saat, Dang Ambun tidak pernah bosan menunggu kepulangan anak kesayangannya itu. Untuk menghilangkan rasa jemunya dia senantiasa menyanyikan lagu “Bila Rindu”.

“Bila rindu terkenang mu sayang, terasa sayu..” nyanyi Dang Ambun. “Lawa rupanya suaraku ani,” Sambungnya lagi, memuji diri sendiri tanpa rasa malu. Begitulah ragam hidup, sesungguhnya penantian itu adalah satu penyiksaan.

Oleh kerana terlampau bosan to the max, Dang ambun pergi ke rumah Joyah, yang mempunyai kerjaya sebagai penggosip professional. Proffesionaliti dalam kerjayanya itu telah membuatkan beliau dilantik sebagai ketua Kelab Banyak Mulut. Sudah hampir setengah tahun Dang Ambun menganggotai kelab tersebut. Objektif kelab tersebut senang sahaja iaitu dikehendaki menyebarkan mana-mana gossip atau berita panas yang berlaku di dalam atau di luar kampung. Kebanyakkan ahli-ahlinya terdiri dari golongan wanita, kalau lelakipun hanya tiga orang saja, itupun kesemuanya manusia dua alam. Mereka bertiga in dikenali sebagai Sally, Ros dan Normah atau nama sebenar mereka Salman, Rosli dan Norman.

“Eh, Joyah, ada gossip baru?” tanya Dang Ambun sebaik tiba di pantaran rumah Joyah. Cubatah bari salam dulu, ani tarus betanya.. nada tatasusila si Dang Ambun ani eh.

“Eh, ada nyamu!! banyak kan ku ceritakan arah kedikau ani!!” Balas Joyah dengan semangat penggosip yang penuh membara.

Pot...pet..pot..pet.. Itulah sahaja yang dibicarakan sepanjang masa. Inda baik mengumpat ani, bedusa!! Tanpa mereka sedari hari sudah beransur malam. Memang betul kata orang, masa itu “jelous” dengan kita. Maka berangkatlah Dang Ambun untuk balik ke tempat kediamannya. Pada masa itu, sistem persimpangan, nombor rumah dan poskod belum lagi wujud, maka jalan yang hendak dilalui hendaklah dihafalkan, kalau inda, sasat tu nyamu..

Hembusan angin dingin sedikit sebanyak mengurangkan suhu kulit badan Dang Ambun dari 37 darjah kepada 34 darjah. Setelah menjejakkan kaki ke home sweet homenya, Dang Ambun duduk seketika di pantaran rumahnya. Malam itu, dia teringatkan memori asmaradananya bersama suami yang tercinta. Sudah 20 tahun suaminya pergi ke hadrat ilahi. Dendam kesumat Dang Ambun terhadap ikan-ikan buntal yang menyengat suaminya tidak pernah padam. Hutang duit dibayar duit, hutang darah dibayar darah. Tapi hutang puasa jarang kan urang membayar. Harap-harap pembaca berjantina perempuan tidak terasa dengan kenyataan yang baru saja diutarakan. Bukan sahaja perempuan, malahan lelaki pun termasuk jua tu. Pokoknya janganlah terasa, kerana sesungguhnya cerita ini bukannya mengharapkan sebarang kontroversi.

Anyway, berbalik semula kepada cerita tadi, Dang Ambun kini terlelap di pangkuan kucing kesayangannya. Kucing yang dinamakannya Aznil itu tidak dapat menampung berat badan Dang Ambun, lalu mati katak disitu.

Keesokkan paginya, seperti biasa Dang Ambun duduk dipantarannya, tetapi sebelum itu dia pergi ke kamar mandinya untuk membersihkan dirinya dan terus mandi wajib. Sedang dia seronok bermandi-manda dan bermain-main air, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Dia pun mengelap badannya dan rambutnya, lalu keluar dari kamar mandi dengan berkemban. Tanpa membuang masa, dia pun mengenakan pakaiannya yang belum dicuci 3 hari, lalu berlari-lari anak ke pintu untuk menyambut tetamu yang masih belum dikenalpastinya itu.

“Ah, kau rupanya Siti.. bah masuktah,” jemput Dang Ambun.

“Terima kasih maci’ eh,” balas Siti,” eh, lawa rambut kita ani, pakai teknik rebondingkah?”sambungnya lagi.

“Eh kau ani, apa pulang teknik rebonding.. jaman daulu jua ni, mana ada teknik rebonding.. pakai teknik piasau ganya dih..”

“Pandai becali kita ani eh, haha”

Siti merupakan teman sepermainan si Tanggang ketika kecil. Orangnya cantik dan manis. Kalau dibuatkan isteri atau menantu, gerenti inda menyasal!! Kedua-dua perempuan dari dua generasi yang berlainan itu berbual dengan rancaknya di ruang tamu.

“Hey, Siti” keluh Dang Ambun,”Kalautah ada si Tanggang disini, ku pajal ia bekawin sama kau ni”

“Eh kita ani,” kata Siti yang malu-malu kucing siam setelah mendengar kata-kata Dang Ambun,”jangantah kita ingau.. balik jua karang Si Tanggang atu.”

Maka untuk dipendekkan cerita, seluruh penduduk kampung gempar dengan ketibaan kapal dari negara luar. Kapal tersebut merupakan kapal yang dinaiki oleh Si Tanggang ketika dia meninggalkan kampung halamannya secara haram sedekad yang lalu. Maka bersoraklah hati Dang Ambun ketika mendengar perkhabaran gembira ini.

Tanpa membuang masa, Dang Ambun pun bergegas menyediakan makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu Spaghetti Bolognaise. Kemudian disimpannya Spaghetti itu kedalam bekas makanan dan terus menunggang kuda Pak Gombrong, yang merupakan jiran sebelah rumahnya. Dang Ambun yang sudah tidak sabar-sabar menemui anak kesayangannya mengambil keputusan untuk tidak mahu menunggu kapal tersebut berlabuh terlebih dahulu, lalu dicurinya perahu Pak Gombrong yang terikat di pelabuhan.

Namun kehadirannya ke kapal tersebut tidak dialu-alukan oleh warga-warga kapal tersebut. Tetapi akhirnya, kelasi kapal mengarahkan supaya Dang Ambun dijemput naik. Di dalam fikiran Dang Ambun sudah tentu kelasi yang baik hati itu adalah anaknya.

Tanpa membaca bismillah, Dang Ambun terus memeluk kelasi tersebut. Tetapi dia hairan dengan ketinggian, pakaian dan warna rambut yang tidak matching dengan ciri-ciri fisikal Si Tanggang.

“ Hey, makcik, shiafa kamu inie?” tanya kelasi tersebut dengan kasar.

Dang Ambun terkejut dengan soalan cepuemas yang diajukan.

“ Aku ni tanggang! Inda kau ingat kediaku” jawab Dang Ambun.

“Tanggang, who is Tanggang? And you are not my sweet mommy”

Mendengar kata-kata tersebut, Dang Ambun menangis sekuat-kuatnya sambil menghentakkan kedua-dua kakinya. Nasib baik kapal tersebut tidak roboh.

“Lai, aku tah yang menggantikan pampersmu lagi damit, aku jua memasakkan spaghetti bolgnaisse makanan kegemaran mu atu!!

“Eh makcik, im not Tanggang!! And by the way Spaghetti Bolognaisse bhukan my favourite food!!

“Sampai hati mu Tanggang!! Aku sumpah kau, aku sumpah kau...”

Tiba-tiba datang seorang pemuda.

“Boss, what’s going on here?” tanya pemuda tersebut.

“There’s a crazy woman here who claimed herself as my mommy,” balas kelasi tersebut “ Makcik, shaya bhukan Tanggang.. my name is Alfonso Espediantos!”

Kemudian pemuda tersebut mengamati perempuan yang dibanjiri dengan tangisan tersebut.

“Ma, ani Tanggang ma!! Salah urang ni kita ani.. Haha inda tau malu!!” kata pemuda tersebut yang mengaku dirinya sebagai Si Tanggang.

Mendengar pengakuan yang dibuat oleh pemuda itu, Dang Ambun yang didalam ke”bangangan” berhenti menangis lalu menghisap ibu jarinya.

“ Tapi..”

“Eh, kita ani naik kapal inda semestinya jadi kelasi!”

Maka Dang Ambun tidak jadi menyumpah. Akhirnya kepulangan Si Tanggang disambut dengan adegan memalukan yang dilakukan sendiri oleh ibunya. Pada malam itu Si Tanggang tidak dapat melelapkan matanya kerana ketawa yang melampau. Dang Ambun yang dulunya di selubungi rindu, kini diselubungi dengan rasa benci terhadap anaknya.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More