Your Thoughts


Sunday, April 27, 2008

Addicted

Malam itu Razi tidak dapat melelapkan mata. Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam. Kesemua ahli keluarganya telah lena dibuai mimpi. Begitu juga dengan kucing peliharaannya, si Tampoi yang tidur dengan nyenyak sekali. Razi berasa sakit hati kerana hanya dia seorang sahaja yang masih belum tidur. Dengkuran adiknya yang bising menambah lagi rasa sakit di hatinya. Bukan saja sakit di hati, malah telinganya pun turut berasa sakit. Inilah derita yang ditanggung oleh Razi selama dia berkongsi bilik dengan adiknya.

Badan Razi mula menggigil dan peluh-peluh masin kini membasahi seluruh tubuhnya meskipun penghawa dingin telah dibuka pada suhu 15°C. Dia cuba menghilangkan peluhnya dengan berdiri betul-betul dibawah penghawa dingin. Namun usahanya gagal. Bukannya berkurang, bertambah adalah. Kalau perkara ini berterusan, dia mungkin mati akibat dehidrasi.

“Eh, payah jua, malam-malam ani gian tia ku jua!” ujar Razi, “Di mana banar ku menyimpan ‘barang’ku atu!”

Rupanya Razi sedang melawan rasa giannya. Dia mula membuka lacinya dengan harapan dapat menemui ‘barang’ yang dapat menghilangkan rasa ketagihnya. Habis dikeluarkannya isi-isi lacinya yang kebanyakkannya ialah bahan-bahan lucah yang disembunyikannya dari pengetahuan ibu bapanya. Tetapi ‘barang’ itu tiada di situ. Kemudian dia cuba memeriksa di bawah katilnya. ‘Barang’ itu juga tidak ada di situ. Stokin busuk yang belum dicucinya setahun pula yang ditemuinya. Lain yang dicari, lain pula yang dapat.

“Padantah bilik ani bebau, pasal stokin ku ani rupanya,” kata Razi, “Biar tia disini dulu, tahun dapan tah ku menyuci.”

Puas dia mencari ‘barang’ tersebut di merata-rata tempat, namun dia masih gagal menemuinya. Kegianannya semakin kronik. Selagi belum dapat ‘barang’ tersebut, selagi itu rasa ketagihnya akan berterusan. Hatinya semakin resah dan gelisah. Sikapnya mula menjadi tidak tentu arah. Sekejap menyanyi, sekejap menari, sekejap berguling dan pelbagai lagi aksi-aksi yang menyerupai telatah seorang badut.

“Jai, bangun kau sekajap,” kata razi yang cuba mengejutkan adiknya, Ajai dari tidur.

“Apa kan? Tidur jua ku ni!” balas Ajai yang kurang senang dengan tindakan abangnya yang cuba membanguninya dari tidur.

“Nampak kau dimana aku menyimpan ‘barang’ku atu?”

“Inda ku nampak! Bah kan tidur ku ni!”

Ajai kembali berdengkur. Di dalam hati Razi, dia menyumpah-nyumpah adiknya. Dia merasakan konsep kekeluargaan di dalam rumah ini telah pupus. Entah kemana hilangnya konsep tolong-menolong diantara setiap ahli keuarga yang sepatutnya dipraktikkan. Sungguhpun dalam kegianan, Razi masih mampu berfikir secara kritis.

Akhirnya Razi mengalah. ‘Barang’ tersebut gagal ditemuinya. Mungkin tidur dapat menghilangkan rasa ketagihnya, itupun kalau dia dapat melelapkan matanya. Tetapi dia sama sekali tidak dapat melelapkan matanya. Menutup mata dan bermain mata dapatlah. Dia mencuba pelbagai cara untuk membuatkannya mengantuk, termasuk meniru gaya Mr.Bean mengira sekawan kambing dengan menggunakan kalkulator. Namun dia masih gagal untuk tidur.

Akhirnya Razi memutuskan untuk menelefon Ah Chong, ‘supplier’ bagi ‘barang’ yang akan mengubati rasa giannya. Tanpa membuang masa dia mendail nombor telefon Ah Chong dengan telefon bimbitnya.

“Hello, Ah Chong banyak lakat stok ‘barang’ yang selalu ku bali arah mu atu?”tanya razi sebaik sahaja Ah Chong menjawab telefonnya.

“Ada, lu mau bili ka?”balas Ah Chong.

“Awu, bah kan kesana ku awal ani, sediakan saja ‘barang’ atu.”

“Boleh, boleh.”

Selepas itu Razi mematikan telefonnya dan kemudian bergegas keluar untuk pergi ke kedai Ah Chong. Kedai Ah Chong tidaklah jauh sangat, bersebelahan dengan rumah Razi saja.

“Bah, mana barang ah?Gian ku udah ni!”pekik Razi sebaik tiba di kedai Ah Chong.

“Aiya, lu punya gian sula mikin teruk la,” balas Ah Chong sambil memberi ‘barang’ yang diingini Razi.

“Nah, duitnya. Keep the change.”

“Macam mana gua mau keep the change, lu punya duit tala cukup!”

“Awubah, nah!”

“Ok, thank you! Nice doing business with you!”

Setelah hajatnya tercapai, Razi terus berlari ke rumahnya. Tangannya terketar-ketar memegang bekas silinder yang mengandungi ‘barang’ tersebut. Di menutup biliknya, menguncinya dan duduk di atas katilnya, lalu membuka bekas yang dipegangnya dengan gelojoh dan rakus. Dia mengambil salah satu ‘barang’ yang tersimpan dalam bekas itu.

“Ah, nyaman MEGURIK TELINGA ani eh! Baru kebalasan!”teriak razi kepuasan. Berkali-kali dia mengorek telinganya sampai hilang rasa giannya. Cis, pikirtah ‘barang’ apa tadi! PENGOREK TELINGA rupanya, saspen!

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More