Your Thoughts


Wednesday, April 30, 2008

From The Eyes Of A Detective - Part 2

Tiba-tiba telefon pejabatku berbunyi. Sebagai seorang setiausaha yang berkaliber, Sal pun mengangkatnya tanpa sebarang syak wasangka.

"Hello, ani pejabat Detektif Zack. Ada apa yang bulih kami bantu?" kata Sal memulakan perbualan, "Oh kan becakap sama Encik Zack. Tunggu sekajap ah"

Sal memalingkan mukanya kepadaku, lalu memberi ganggang telefon yang dipegangnya. Membari malas kan menjawab telefon ani.

"Hello, ya, ani Detektif Zack becakap," ujarku.

"Hello Encik Zack, namaku Jaini. Aku ada satu kes, kan minta siasat arah tuan detektif. Tapi mun ku becakap di telefon ani panjang lebar karang. Iatah aku kan membagitau di lain masa saja kali. Agak-agaknya bila tuan detektif free?" jawab si pemanggil yang menamakan dirinya sebagai Jaini.

"Sekajap ah, aku mencheck scheduleku dulu... Isuk aku free pukul tiga patang."

"Bah mun miatu bisai tah tu. Jumpa aku di Hj Gillien's Cafe isuk pukul tiga atu."

Setelah itu aku pun meletakkan ganggang telefon. Sal merenung wajahku sambil mengangkat bulu kening kanannya seperti Ziana Zain. Bulu kening tenaik ani maksudnya kan mau tau lah tu. Penyibuk jua si Ziana, eh salah, si Sal ani eh. Tepaksa lah ku bagitau tau jua ni, karang damit hati(kecil hati)nya. Kalau ia damit hati karang beranti keraja ia, aku jua payah kan cuci mata.

Setelah membagitau arah si Sal, asi-asi tia jua ia ani kan ikut ke Hj Gillien's Cafe.

"Perasanku kau membagitau aku, nini bungsumu kawin isuk, macamana kau kan ikut? Karang damit ati ninimu atu mun inda kau datang" kataku dengan air muka yang karas.

"Awuwah. Lupaku" balas Sal sambil senyum-senyum kambing.

Harap-harap isuk ani kana belanja oleh Encik jaini. Kekapihan ku ni masa ani. Berapa bulan sudah nada kes. Kalau ia inda belanja, alamat minum aing suam sama makan roti kosong lah tu. Membari saspen jua Encik Jaini ani. Apakah banar kes yang kan ditawarkannya arah ku ani. Musykil banar ku. Selalunya yang macamani ani kes-kes basar ni. Akhirnya dapat jua ku jadi macam detektif Conan hahahaha.

Tepat jam lima petang aku pun balik. Si Sal awal sudah ia balik, sejam yang lalu. Karang stay lama-lama di office boring jua. Sebab atu lah aku balik. Di office atu macam tah membuatku produktif, last-last chatting di MSN. Mun inda di MSN, chatting sama si Sal. Tepikir jua ku kan tukar keraja. Kan jadi doktor balik, malas ku jua. Baik tah jadi pemotong rumput kali. Tapi malu ku jua, sebabnya banyaknya kerjaya ani dimonopoli oleh bangsa-bangsa asing.

Setibanya di rumah, aku pun melabuhkan badanku arah sebuah sofa. Walaupun keraja inda produktif, tapi masih jua terasa lalah atu.

"Eh Zack, balik kau sudah rupanya" tiba-tiba mamaku menyapa.

"Awu ma. Alum kita tidur rupanya ma?"

"Bahapa pulang ku kan tidur waktu maghrib ani? Waktu sembahyang jua ni"

Astah, mengapa aku ani. Iatah akibat keraja inda produktif ni, otak pun jadi inda produktif.

"Bah agatah mandi dulu. Ambil wudhu. Sembahyang berjemaah kitani karang."

"Siapa jadi imam ari ani?"

"Astah mengapa kau ani? Kitani bedua jua ganya tinggal di rumah ani. Indakan mama jadi imam."

Sah, memang sah rusak sudah otakku ani. Indakan aku ani menghidap penyakit Alzheimer di waktu muda-muda ani. Barangkali pasal lapar ani kali. Jadinya sebelum mandi, makantahku sedikit penyaram yang tersedia di atas meja makan. At least berisi jua parut. Kalau parut berisi, otak pun berisi.

Sunday, April 27, 2008

From The Eyes Of A Detective - Part I


Sudah lima tahun aku berkecimpung dalam bidang penyiasatan persendirian ani. Bukannya aku kan merungut, tapi di Brunei ani memang bisnes penyiasatan inda berapa menguntungkan.Memanglah ada segelintir yang memerlukan khidmat ku ani, tapi semua kes yang ku terima atu boring! Kes suami curang lah, kes kucing lah, dan baru-baru ani kes seluar dalam hilang! Adakah patut kes seluar dalam hilang pun memerlukan siasatan? Aku pun terpaksa menerima, pasal masa atu aku memerlukan duit.

Kes macamatu inda setaraf dengan IQ ku yang tinggi ani.Aku mau kes-kes rumit seperti kes pembunuhan, kes perompakkan, kes penculikkan dan sebagainya. Macam anime Detektif Conan bah. Mun kan tau pasal Detektif Conan tah aku jadi penyiasat ani. Sebenarnya aku ani seorang lulusan perubatan dari Universiti of Cambridge. Tapi oleh kerana minat ku lebih tertumpu kepada bidang penyiasatan, aku sanggup menjadi seorang penyiasat daripada menjadi doktor. Tapi sekarang aku menyesal.Kalaulah aku menjadi doktor, sudah tentu dapat aku mengurat jururawat-jururawat muda yang kiut-miut. Jangan salah faham ah, yang aku maksudkan atu jururawat perempuan bukannya lelaki.

"Hoi, angan-angan?" Tiba-tiba seseorang menyapaku.

"Eh kau Sal. Bukannya aku angan-angan. Aku memikirkan masa depan ku bah ni."

Sal merupakan setiausahaku. Nasib baik ia ani ada, at least dapat jua mencuci mata, eh salah, at least dapat jua dijadikan teman berbual. Aku ani bukannya segatal mana seperti mana yang kamu sangkakan. Tapi memang si Sal ani lawa dan seksi. Hari ani ia memakai kebaya putih ketat. Kalau ia ani bejalan macam itik. Lenggang sana, lenggang sini.Macam senaman saja. Kalau ku beduit lama sudah ku jadikan si Sal ani sebagai isteri. Ani kan membayar gajinya pun inda ku mampu, macamana tah kan dijadikan bini. Baik jua si Sal ani understanding.

"Kau ani Sal kesian ku meliat. Tau sudah aku inda mampu membayar gajimu, lakat jua kan bekeraja sama aku."

"Bukan apa boss, karang kalau aku nada siapa kan membuatkan kita kopi?"

Macam biniku tia pulang si Sal ani. Yang sebenarnya ia ani ada hati arahku ni. Macam tah aku ani inda tau. Bini-bini mana jua yang inda tahan meliat muaku yang hensem ani.

"Eh, Sal adangtah memanggil aku boss ani, panggil saja Zack."

Tiba-tiba telefon pejabatku berbunyi.

Addicted

Malam itu Razi tidak dapat melelapkan mata. Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 malam. Kesemua ahli keluarganya telah lena dibuai mimpi. Begitu juga dengan kucing peliharaannya, si Tampoi yang tidur dengan nyenyak sekali. Razi berasa sakit hati kerana hanya dia seorang sahaja yang masih belum tidur. Dengkuran adiknya yang bising menambah lagi rasa sakit di hatinya. Bukan saja sakit di hati, malah telinganya pun turut berasa sakit. Inilah derita yang ditanggung oleh Razi selama dia berkongsi bilik dengan adiknya.

Badan Razi mula menggigil dan peluh-peluh masin kini membasahi seluruh tubuhnya meskipun penghawa dingin telah dibuka pada suhu 15°C. Dia cuba menghilangkan peluhnya dengan berdiri betul-betul dibawah penghawa dingin. Namun usahanya gagal. Bukannya berkurang, bertambah adalah. Kalau perkara ini berterusan, dia mungkin mati akibat dehidrasi.

“Eh, payah jua, malam-malam ani gian tia ku jua!” ujar Razi, “Di mana banar ku menyimpan ‘barang’ku atu!”

Rupanya Razi sedang melawan rasa giannya. Dia mula membuka lacinya dengan harapan dapat menemui ‘barang’ yang dapat menghilangkan rasa ketagihnya. Habis dikeluarkannya isi-isi lacinya yang kebanyakkannya ialah bahan-bahan lucah yang disembunyikannya dari pengetahuan ibu bapanya. Tetapi ‘barang’ itu tiada di situ. Kemudian dia cuba memeriksa di bawah katilnya. ‘Barang’ itu juga tidak ada di situ. Stokin busuk yang belum dicucinya setahun pula yang ditemuinya. Lain yang dicari, lain pula yang dapat.

“Padantah bilik ani bebau, pasal stokin ku ani rupanya,” kata Razi, “Biar tia disini dulu, tahun dapan tah ku menyuci.”

Puas dia mencari ‘barang’ tersebut di merata-rata tempat, namun dia masih gagal menemuinya. Kegianannya semakin kronik. Selagi belum dapat ‘barang’ tersebut, selagi itu rasa ketagihnya akan berterusan. Hatinya semakin resah dan gelisah. Sikapnya mula menjadi tidak tentu arah. Sekejap menyanyi, sekejap menari, sekejap berguling dan pelbagai lagi aksi-aksi yang menyerupai telatah seorang badut.

“Jai, bangun kau sekajap,” kata razi yang cuba mengejutkan adiknya, Ajai dari tidur.

“Apa kan? Tidur jua ku ni!” balas Ajai yang kurang senang dengan tindakan abangnya yang cuba membanguninya dari tidur.

“Nampak kau dimana aku menyimpan ‘barang’ku atu?”

“Inda ku nampak! Bah kan tidur ku ni!”

Ajai kembali berdengkur. Di dalam hati Razi, dia menyumpah-nyumpah adiknya. Dia merasakan konsep kekeluargaan di dalam rumah ini telah pupus. Entah kemana hilangnya konsep tolong-menolong diantara setiap ahli keuarga yang sepatutnya dipraktikkan. Sungguhpun dalam kegianan, Razi masih mampu berfikir secara kritis.

Akhirnya Razi mengalah. ‘Barang’ tersebut gagal ditemuinya. Mungkin tidur dapat menghilangkan rasa ketagihnya, itupun kalau dia dapat melelapkan matanya. Tetapi dia sama sekali tidak dapat melelapkan matanya. Menutup mata dan bermain mata dapatlah. Dia mencuba pelbagai cara untuk membuatkannya mengantuk, termasuk meniru gaya Mr.Bean mengira sekawan kambing dengan menggunakan kalkulator. Namun dia masih gagal untuk tidur.

Akhirnya Razi memutuskan untuk menelefon Ah Chong, ‘supplier’ bagi ‘barang’ yang akan mengubati rasa giannya. Tanpa membuang masa dia mendail nombor telefon Ah Chong dengan telefon bimbitnya.

“Hello, Ah Chong banyak lakat stok ‘barang’ yang selalu ku bali arah mu atu?”tanya razi sebaik sahaja Ah Chong menjawab telefonnya.

“Ada, lu mau bili ka?”balas Ah Chong.

“Awu, bah kan kesana ku awal ani, sediakan saja ‘barang’ atu.”

“Boleh, boleh.”

Selepas itu Razi mematikan telefonnya dan kemudian bergegas keluar untuk pergi ke kedai Ah Chong. Kedai Ah Chong tidaklah jauh sangat, bersebelahan dengan rumah Razi saja.

“Bah, mana barang ah?Gian ku udah ni!”pekik Razi sebaik tiba di kedai Ah Chong.

“Aiya, lu punya gian sula mikin teruk la,” balas Ah Chong sambil memberi ‘barang’ yang diingini Razi.

“Nah, duitnya. Keep the change.”

“Macam mana gua mau keep the change, lu punya duit tala cukup!”

“Awubah, nah!”

“Ok, thank you! Nice doing business with you!”

Setelah hajatnya tercapai, Razi terus berlari ke rumahnya. Tangannya terketar-ketar memegang bekas silinder yang mengandungi ‘barang’ tersebut. Di menutup biliknya, menguncinya dan duduk di atas katilnya, lalu membuka bekas yang dipegangnya dengan gelojoh dan rakus. Dia mengambil salah satu ‘barang’ yang tersimpan dalam bekas itu.

“Ah, nyaman MEGURIK TELINGA ani eh! Baru kebalasan!”teriak razi kepuasan. Berkali-kali dia mengorek telinganya sampai hilang rasa giannya. Cis, pikirtah ‘barang’ apa tadi! PENGOREK TELINGA rupanya, saspen!

Its My Life

Bunyi-bunyi cengkerik yang menyebalkan membuatku bangun dari tidur. Entah berapa lama sudah aku melelapkan mataku ini. Empat jam? Lima jam? Dua puluh empat jam? Entahlah, yang nyata aku memang ‘fail’ dalam hitung menghitung. Matematik merupakan satu subjek yang sukar untuk ku fahami. Sedangkan umurku sendiri pun tidak ku ketahui.Gara-gara tidak pandai mengiralah ni.

Dengan rasa yang malas, aku memaksa diriku keluar dari katil. Ku lihat isteri-isteri dan anak-anakku masih lagi lena dibuai mimpi. Ya, aku memang mempunyai banyak isteri kerana aku memang terkenal sebagai seorang yang playboy. Ada yang ku kahwini secara halal, ada juga yang ku kahwini secara haram dan ada juga yang tidak ku kahwini langsung!! Aku berasa bangga dengan status ku ini. Bahkan, ramai rakan-rakanku yang kagum denganku. Tidak kurang juga yang berasa iri hati denganku. Pelbagai cacian dan makian telah dilontarkan kepadaku. Bapa ayamlah, buaya daratlah, kucing garonglah, itulah, inilah... Namun aku menerimanya dengan hati yang terbuka.

Keadaan di luar masih gelap gelita. Suasana begitu sunyi, hanya bunyi-bunyi cengkerik dan hilai ketawa pontianak yang kedengaran. Fajar sadiq, masih belum lagi kelihatan. Mungkin dalam beberapa minit saja lagi azan subuh akan berkumandang. Tidak lama selepas itu berkumandanglah azan subuh sepertimana yang telah ku sangkakan sebentar tadi. Setelah habis azan subuh aku pun memulakan tugas muliaku.

“Hoi, bangun!!!!!!”teriakku. Aku berteriak berulang-ulang kali sehingga suaraku menjadi serak.”Tepaksa makan Fishermen’s friend ni,”kataku dalam hati secara spontan.

Sungguhpun suaraku menjadi serak, namun usahaku membuahkan hasil. Hampir kesemua penghuni-penghuni rumah-rumah yang berdekatan terbangun hasil dari jeritan batinku. Beginilah tugas ku sehari-hari, menjerit dan memekik supaya orang terbangun dari tidur yang melalaikan. Aku bagaikan alarm clock bagi penduduk kampung ini. Setakat ini belum ada yang orang yang mengadu kepada ketua kampung walaupun kadangkala suaraku sedikit sumbang seperti William Hung. Kalau ada Simon Cowell di kampung ini, sudah pasti kerjayaku akan terjejas.

Hari pun beransur-ansur siang. Pergi bersiar-siar di waktu pagi memang sudah menjadi rutin ku sehari-hari. Dalam perjalananku aku melintas di hadapan rumah Pak Gombrong. Ku lihat ramai orang bertandang ke rumahnya. Sibuk dan bising seperti suasana di pasar ikan. Agaknya ada majlis yang akan berlangsung. Tetapi mengapa aku tidak dijemput? Ah, tak mengapalah asalkan Pak Gombrong sekeluarga bahagia. Di luar, kelihatan makcik-makcik sedang memasak sesuatu. Nampaknya mereka sedang mengadakan persidangan tidak rasmi a.k.a megumpat. Perbualan mereka memang rancak dan kadangkala sedikit aggresif mengalahkan perdebatan antara Barrack Obama dan Hillary Clinton. Akhirnya aku terfikir, mungkin ini masanya untuk megetahui majlis apa yang akan berlangsung dari makcik-makcik tersebut.

Sedang aku bergerak menuju sekumpulan makcik tersebut, tiba-tiba aku terserempak dengan Elicia. Wow, keseksian tubuhnya membuatku gemuruh! Aku melemparkan senyuman kepadanya dan dia membalas senyumanku. Lututku terketar-ketar setelah melihat senyuman manisnya yang mungkin boleh membuatkan seseorang itu menghidap kencing manis. Tidak mengapa, suatu hari nanti, aku pasti tubuhnya akan menjadi milikku.

Selepas Elicia hilang dari pandanganku, aku pun meneruskan perjalananku. Tanpa makcik-makcik itu sedari, aku memasang telinga sambil berpura-pura mencari cacing di tanah. Tunggu punya tunggu, usahaku tiada hasilnya. Tiada apa yang makcik-makcik tersebut perbualkan melainkan umpat-mengumpat semata-mata.

“Hoi, Jack behapa kau?!”sergah Mat yang hampir-hampir membuatku pitam.

“Eh kau ani Mat membari tekajut saja!”

“Hahaha, sori bah. Anubah ada kau kana jamput arah majlis doa selamat Pak Gombrong ani kah?”

“Oh majlis doa selamat rupanya. Indada ku kana jamput nyamu. Apa saja majlis di kampung ani inda pernah ku kana jamput.”

Mat ketawa setelah mendengar omonganku. Aku pun turut ketawa. Makcik-makcik bersebelahan dengan kami pun turut ketawa. Tetapi bukan kerana mendengar omonganku. Entah apakah yang mereka ketawakan. Biarlah, asal mereka bahagia. Sedang aku dan Mat rancak berbual-bual, tiba-tiba Dollah sahabat baikku datang menghampiri kami dengan air muka yang gelisah.

“Mengapa kau Dollah? Macam gelisah saja?”aku bertanya.

“Ingau ati ku nyamu. Ku dangar Pak Gombrong mencari kitani betiga.” jawab Dollah.

“Kan dijamputnya kitani kali?” sampuk Mat.

“Bukan.. Kan disembalihnya kitani!!”

Mendengar kata-kata tersebut aku menjadi seram sejuk. Mungkinkah ini balasanku kerana telah melakukan banyak onar di kampung ini. Oh, tuhan ampunilah dosa-dosaku. Aku tidak mau mati sebelum tubuh Elicia menjadi milikku. Tiba-tiba rasa bersalah menyelubungi diriku setelah mengimbas kembali perlakuan sumbang yang telah ku amalkan. Adakah taubatku akan diterima di saat-saat genting ini?

Aku, Dollah dan Mat berasa panik sehingga tidak mampu untuk berfikir apa-apa.

“Awang-awang sekalian tu nah si Jack, si Dollah sama si Mat. Siapa dapat menangkap durang atu, akan ku bagi ganjaran!!” teriak Pak Gombrong kepada sekumpulan kanak-kanak dan pemuda-pemuda lelaki yang sedang berkumpul di belakang rumah. Mereka menoleh ke arah kami dan memberi senyuman yang sinis. Melihat situasi buruk itu aku mengambil langkah seribu. Kemudian diikuti dengan Dollah dan Mat yang berlari di belakangku.

“Nah lari tia!! Tangkap!! Inda tia dapat merasa dagingnya karang!!” teriak Pak Gombrong dengan nada yang ganas dan kejam. Jeritannya itu mengingatkanku kepada vokal Chester Bennington. Tidak bukan Chester Bennigton... Ia lebih mirip seperti vokal Corey Taylor.

Penduduk kampung ini sudah gila, tidak waras, hilang akal, putus wayar, setengah tiang, mabuk laut dan lain-lain perkataan yang semaksud dengannya. Manusia jenis apakah mereka ini yang sanggup menyembelih dan meratap daging kami ini? Ini lebih kejam dari segala keganasan yang berlaku di merata dunia ini. Ah, aku tidak akan mengalah! Aku tidak akan menyerahkan tubuhku kepada mereka dengan sewenang-wenangnya. Lari sejauh-jauhnya dan kemudian bersembunyi dari makhluk-makhluk yang tidak berhati perut ini sebelum mengambil tindakan yang seterusnya iaitu membalas dendam. Ya, itu yang akan aku lakukan meskipun itu akan mengambil masa yang agak lama. Yang penting aku bahagia.

“Jack, help me brotha!!”pekik Dollah. Aku terhenti dan menoleh ke belakang setelah mendengar jeritan Inggeris Dollah. Akhirnya Dollah tertangkap. Dia berkali-kali menjerit meminta tolong, tetapi aku tidak mampu berbuat apa-apa. Semangatku kian lemah, namun aku teruskan larian pecutku. Dollah selamat tinggal sahabatku, akan ku balas kematian mu suatu hari nanti.

Tanpa ku sedari air mataku mengalir. Bukan kerana Dollah, tetapi kerana ketakutan yang amat. Rasa ketakutan melampau yang menyelubungi diriku membuatku gagal untuk mengawal pundi-pundi kencingku dan akhirnya aku terkencing. Sambil berlari sambil itu juga aku menitiskan air mata. Dan juga air kencing. Aku menoleh ke belakang buat kali terakhir. Tiada lagi susuk tubuh Mat kelihatan. Mungkin dia juga tumpas. Tiba-tiba...

“Nah, dapat jua ku tangkap kau akhirnya!!”

“Hoi lapaskan aku!! Brengsek kamu!!” aku mencaci pemuda yang menangkap ku. Namun dia tidak memperdulikanku seolah-olah dia tidak faham dengan bahasaku. Waktu ajal kian menghampiriku. Dendam yang kuimpikan, ajal pula yang ku terima. Beginilah tamatnya hidupku sebagai jagoan dan bapa ayam. Kampung ini seperti kacang lupakan kulit. Mereka sudah lupa dengan sumbanganku menjadi ‘alarm clock’ untuk kampung ini. Kini mereka membiarkan aku mati katak tanpa memberi sebarang Pingat Jasa Kebaktian terlebih dahulu.

Mukaku menjadi bertambah pucat setelah melihat kepala Dollah dan Mat yang bercerai dari badan mereka. Ditambah lagi dengan darah mereka yang berbau hanyir yang hampir-hampir membuatku muntah. Kalau boleh, sebelum nafasku berakhir ingin aku berjumpa dengan isteri-isteri dan anak-anakku. Namun apa kan daya, pemuda banjingan ini tidak mahu melepaskanku. Perutku menjadi kecut setelah mendengar sebilah pemarang yang sedang diasah. Si pengasah kemudian mengangkat pemarang tersebut dan menghampiriku. Pemarang itu diletakkan betul-betul di atas leherku. Dengan kalimah bismillah, maka berakhirlah riwayatku sebagai seekor AYAM JANTAN dan BAPA AYAM. Pada malam itu penduduk kampung menjamah daging kami dengan hati yang penuh sukacita. Kurang asam punya manusia. Cubatah makan kerbau, lembu atau kambing. Ani spesis kami(ayam) jua kana makan.

Si Tanggang: A Totally Different Story

Tersebutlah satu kisah yang terjadi sebelum lahirnya Siti Nurhaliza dan penyanyi-penyanyi yang seangkatan dengannya. Tetapi sebelum cerita ini dimulakan, ada baiknya para pembaca mengetahui bahawa kesahihan cerita ini tidak dapat di”verify” kerana ia didapati dari sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai. Watak-watak dalam cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati, kalau ada pun kebetulan ganya tu.

Pada zaman dahulu, di sebuah kampung tinggal seorang wanita tua yang bernama Dang Ambun. Dang Ambun ani merupakan seorang balu beranak satu. Sudah setengah dekad, anak tunggalnya si Tanggang tidak menjejakkan kaki ke kampung halamannya itu. Dang Ambun hanya mampu menanti di pantaran rumahnya. Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, hari berganti hari, jam berganti jam, minit berganti minit dan saat berganti saat, Dang Ambun tidak pernah bosan menunggu kepulangan anak kesayangannya itu. Untuk menghilangkan rasa jemunya dia senantiasa menyanyikan lagu “Bila Rindu”.

“Bila rindu terkenang mu sayang, terasa sayu..” nyanyi Dang Ambun. “Lawa rupanya suaraku ani,” Sambungnya lagi, memuji diri sendiri tanpa rasa malu. Begitulah ragam hidup, sesungguhnya penantian itu adalah satu penyiksaan.

Oleh kerana terlampau bosan to the max, Dang ambun pergi ke rumah Joyah, yang mempunyai kerjaya sebagai penggosip professional. Proffesionaliti dalam kerjayanya itu telah membuatkan beliau dilantik sebagai ketua Kelab Banyak Mulut. Sudah hampir setengah tahun Dang Ambun menganggotai kelab tersebut. Objektif kelab tersebut senang sahaja iaitu dikehendaki menyebarkan mana-mana gossip atau berita panas yang berlaku di dalam atau di luar kampung. Kebanyakkan ahli-ahlinya terdiri dari golongan wanita, kalau lelakipun hanya tiga orang saja, itupun kesemuanya manusia dua alam. Mereka bertiga in dikenali sebagai Sally, Ros dan Normah atau nama sebenar mereka Salman, Rosli dan Norman.

“Eh, Joyah, ada gossip baru?” tanya Dang Ambun sebaik tiba di pantaran rumah Joyah. Cubatah bari salam dulu, ani tarus betanya.. nada tatasusila si Dang Ambun ani eh.

“Eh, ada nyamu!! banyak kan ku ceritakan arah kedikau ani!!” Balas Joyah dengan semangat penggosip yang penuh membara.

Pot...pet..pot..pet.. Itulah sahaja yang dibicarakan sepanjang masa. Inda baik mengumpat ani, bedusa!! Tanpa mereka sedari hari sudah beransur malam. Memang betul kata orang, masa itu “jelous” dengan kita. Maka berangkatlah Dang Ambun untuk balik ke tempat kediamannya. Pada masa itu, sistem persimpangan, nombor rumah dan poskod belum lagi wujud, maka jalan yang hendak dilalui hendaklah dihafalkan, kalau inda, sasat tu nyamu..

Hembusan angin dingin sedikit sebanyak mengurangkan suhu kulit badan Dang Ambun dari 37 darjah kepada 34 darjah. Setelah menjejakkan kaki ke home sweet homenya, Dang Ambun duduk seketika di pantaran rumahnya. Malam itu, dia teringatkan memori asmaradananya bersama suami yang tercinta. Sudah 20 tahun suaminya pergi ke hadrat ilahi. Dendam kesumat Dang Ambun terhadap ikan-ikan buntal yang menyengat suaminya tidak pernah padam. Hutang duit dibayar duit, hutang darah dibayar darah. Tapi hutang puasa jarang kan urang membayar. Harap-harap pembaca berjantina perempuan tidak terasa dengan kenyataan yang baru saja diutarakan. Bukan sahaja perempuan, malahan lelaki pun termasuk jua tu. Pokoknya janganlah terasa, kerana sesungguhnya cerita ini bukannya mengharapkan sebarang kontroversi.

Anyway, berbalik semula kepada cerita tadi, Dang Ambun kini terlelap di pangkuan kucing kesayangannya. Kucing yang dinamakannya Aznil itu tidak dapat menampung berat badan Dang Ambun, lalu mati katak disitu.

Keesokkan paginya, seperti biasa Dang Ambun duduk dipantarannya, tetapi sebelum itu dia pergi ke kamar mandinya untuk membersihkan dirinya dan terus mandi wajib. Sedang dia seronok bermandi-manda dan bermain-main air, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Dia pun mengelap badannya dan rambutnya, lalu keluar dari kamar mandi dengan berkemban. Tanpa membuang masa, dia pun mengenakan pakaiannya yang belum dicuci 3 hari, lalu berlari-lari anak ke pintu untuk menyambut tetamu yang masih belum dikenalpastinya itu.

“Ah, kau rupanya Siti.. bah masuktah,” jemput Dang Ambun.

“Terima kasih maci’ eh,” balas Siti,” eh, lawa rambut kita ani, pakai teknik rebondingkah?”sambungnya lagi.

“Eh kau ani, apa pulang teknik rebonding.. jaman daulu jua ni, mana ada teknik rebonding.. pakai teknik piasau ganya dih..”

“Pandai becali kita ani eh, haha”

Siti merupakan teman sepermainan si Tanggang ketika kecil. Orangnya cantik dan manis. Kalau dibuatkan isteri atau menantu, gerenti inda menyasal!! Kedua-dua perempuan dari dua generasi yang berlainan itu berbual dengan rancaknya di ruang tamu.

“Hey, Siti” keluh Dang Ambun,”Kalautah ada si Tanggang disini, ku pajal ia bekawin sama kau ni”

“Eh kita ani,” kata Siti yang malu-malu kucing siam setelah mendengar kata-kata Dang Ambun,”jangantah kita ingau.. balik jua karang Si Tanggang atu.”

Maka untuk dipendekkan cerita, seluruh penduduk kampung gempar dengan ketibaan kapal dari negara luar. Kapal tersebut merupakan kapal yang dinaiki oleh Si Tanggang ketika dia meninggalkan kampung halamannya secara haram sedekad yang lalu. Maka bersoraklah hati Dang Ambun ketika mendengar perkhabaran gembira ini.

Tanpa membuang masa, Dang Ambun pun bergegas menyediakan makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu Spaghetti Bolognaise. Kemudian disimpannya Spaghetti itu kedalam bekas makanan dan terus menunggang kuda Pak Gombrong, yang merupakan jiran sebelah rumahnya. Dang Ambun yang sudah tidak sabar-sabar menemui anak kesayangannya mengambil keputusan untuk tidak mahu menunggu kapal tersebut berlabuh terlebih dahulu, lalu dicurinya perahu Pak Gombrong yang terikat di pelabuhan.

Namun kehadirannya ke kapal tersebut tidak dialu-alukan oleh warga-warga kapal tersebut. Tetapi akhirnya, kelasi kapal mengarahkan supaya Dang Ambun dijemput naik. Di dalam fikiran Dang Ambun sudah tentu kelasi yang baik hati itu adalah anaknya.

Tanpa membaca bismillah, Dang Ambun terus memeluk kelasi tersebut. Tetapi dia hairan dengan ketinggian, pakaian dan warna rambut yang tidak matching dengan ciri-ciri fisikal Si Tanggang.

“ Hey, makcik, shiafa kamu inie?” tanya kelasi tersebut dengan kasar.

Dang Ambun terkejut dengan soalan cepuemas yang diajukan.

“ Aku ni tanggang! Inda kau ingat kediaku” jawab Dang Ambun.

“Tanggang, who is Tanggang? And you are not my sweet mommy”

Mendengar kata-kata tersebut, Dang Ambun menangis sekuat-kuatnya sambil menghentakkan kedua-dua kakinya. Nasib baik kapal tersebut tidak roboh.

“Lai, aku tah yang menggantikan pampersmu lagi damit, aku jua memasakkan spaghetti bolgnaisse makanan kegemaran mu atu!!

“Eh makcik, im not Tanggang!! And by the way Spaghetti Bolognaisse bhukan my favourite food!!

“Sampai hati mu Tanggang!! Aku sumpah kau, aku sumpah kau...”

Tiba-tiba datang seorang pemuda.

“Boss, what’s going on here?” tanya pemuda tersebut.

“There’s a crazy woman here who claimed herself as my mommy,” balas kelasi tersebut “ Makcik, shaya bhukan Tanggang.. my name is Alfonso Espediantos!”

Kemudian pemuda tersebut mengamati perempuan yang dibanjiri dengan tangisan tersebut.

“Ma, ani Tanggang ma!! Salah urang ni kita ani.. Haha inda tau malu!!” kata pemuda tersebut yang mengaku dirinya sebagai Si Tanggang.

Mendengar pengakuan yang dibuat oleh pemuda itu, Dang Ambun yang didalam ke”bangangan” berhenti menangis lalu menghisap ibu jarinya.

“ Tapi..”

“Eh, kita ani naik kapal inda semestinya jadi kelasi!”

Maka Dang Ambun tidak jadi menyumpah. Akhirnya kepulangan Si Tanggang disambut dengan adegan memalukan yang dilakukan sendiri oleh ibunya. Pada malam itu Si Tanggang tidak dapat melelapkan matanya kerana ketawa yang melampau. Dang Ambun yang dulunya di selubungi rindu, kini diselubungi dengan rasa benci terhadap anaknya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More