Your Thoughts


Wednesday, July 29, 2009

Menyingkap Kain Sarung: Poklen siri 1

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh. Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan sekalian? Harap-harap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan tidak berasa kalat mata. Kerana kalau anda kalat mata, ditakuti anda akan tertidur di atas sofa Italy made in China anda sambil menitiskan air liur. Sekiranya anda tertidur, anda juga yang akan rugi kerana tidak sempat menonton rancangan ini. Untuk mengelakkan situasi tersebut daripada terjadi, maka minumlah kopi Kapal Api banyak-banyak sampai kambung parut. Biar sampai isuk inda tertidur.

Ya tuan-tuan dan puan-puan, untuk rancangan "Menyingkap Kain Sarung" kali ini, saya, Haji Jumat akan menjadi hos anda buat sementara waktu. Hos tetap bagi rancangan ini iaitu, Haji Sabtu malangnya tidak dapat menghadirkan diri pada malam ini kerana beliau dipaksa untuk menjadi wakil yang berharap untuk Majlis Berbedak jiran sebelah rumahnya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, episod "Menyingkap Kain Sarung" kali ini akan mengupas satu isu yang sadang lah jua sensitifnya sepertimana episod-episod yang sudah-sudah. Anda pasti pernah mendengar perkataan "poklen". Sekiranya anda tidak pernah mendengar perkataan tersebut, cuba tanya jiran sebalah-menyubalah anda. Kalau durang inda tahu jua, minta maap tah saya tu.

Jadi apakah sebenarnya Poklen ini? Adakah ia sejenis kuih Brunei? Adakah ia jenama pakaian buatan Brunei? Atau adakah ia sejenis elemen yang baru ditemui oleh seorang saintis Brunei dan belum dimasukkan ke dalam Periodic Table? Sekiranya kesemua itu yang muncul dalam fikiran anda, maka anda akan mendapat markah kusung dan diberi grade F.

Setelah krew rancangan kami membuat kajian yang mendalam, kami tidak dapat mencari definisi sebenar perkataan Poklen. Apa yang kami tahu perkataan Poklen ini sering dikaitkan dengan para remaja di Brunei.

Menurut Jimmy, seorang penuntut tingkatan lima yang tinggal di sebalah rumah nini bini saya, poklen ini merupakan sekumpulan remaja yang tidak pandai berfesyen.

"Poklen kah? Poklen ani selalunya pakaian durang belabih-labih. Inda mengana nya urang. Liat saja tah di Mall Gadong atu, banyak tu,"ujar Jimmy sambil menghirup sigup Sampoernanya.

Untuk mengunjar kepastian, krew rancangan kami pun pergi ke Mall Gadong untuk melihat poklen-poklen secara live sepertimana yang diperkatakan oleh Jimmy. Oleh kerana kerita Kijang yang sering digunakan untuk membawa krew rancangan "Menyingkap Kain Sarung" rosak pada hari itu, kami terpaksa menaiki bas purple untuk menuju ke Gadong.

Sesampainya kami disana, kami pun terlihat sekumpulan remaja yang pada pendapat kami, inda berapa lawa cara pakaian durang. Tanpa membuang masa kami pun menghampiri dan cuba menemubual mereka.

***
Krew: Assalamualaikum.

Anonymous 1: Waalaikumsalam.

Krew: Sebenarnya kami ani dari rancangan "Menyingkap Kain Sarung". Hajat kami ani ingin menebual abiskita.

Anonymous 2: Eh kenal ku tu rancangan ah! Siuk bro rancangan kamu ah. Masa ari atu ada episod pasal pelacur, yatah melakat ku meliat bah!

Krew: Awu, awu tau ku siuk. Bah siapa bisai ku temubual ni?

Anonymous 2: Aku!! Aku mau!!

Krew: Aku inda mau kau. Kau annoying. Hmmmm... ahh, kau kali bisai.

Anonymous 1: Aku kah?

Krew: Awu, kau bah.

Anonymous 1: Bah, interview tia aku.

Krew: Ok... Soalan yang pertama. Berdasarkan cara pakaian kamu yang inda mengana, adakah kamu semua ani poklen?

***

Dan temubual tersebut diakhiri dengan acara sipak terajang. Krew-krew kami habis dibelasah teruk. Nampaknya soalan yang kami berikan sungguh sensitif dan ofensif. Maka, dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan takziah kepada lima orang krew kami yang masih terlantar di hospital RIPAS pada ketika ini kerana cedera teruk. Get well soon guys.

Sungguhpun usaha kami untuk mencari kepastian tidak berjalan dengan begitu lancar, kami masih tidak berputus asa. Lady XYZ (bukan nama sebenar) atau nama sebenarnya Siti Nursafarina. Oooppsss, tebagitau tia jua nama sebenarnya. Sorry lady XYZ, aku inda sengaja. Banar, inda ku bedusta. Please jangan saman kami ah.

Anyway... Agaknya kita kesuntukkan masa. Nampaknya sesi temubual kami dengan lady XYZ terpaksa disiarkan pada episod yang berikutnya. Jangan lupa, saksikan rancangan Menyingkap Kain Sarung di minggu hadapan pada waktu dan hari yang sama. Insya-allah saya, Haji Jumat akan masih menghoskan rancangan ini kerana Haji Sabtu tidak dapat melibatkan diri kerana beliau akan berlepas ke KL pada minggu hadapan pasal kan bejumpa ex-girlfriendnya yang kan kawin.

Sekian akhir kata dari saya, Assalamualaikum, selamat malam dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap sesuka hati". Babai everyone. Jangan lupa saksikan sambungannya!

Bersambung...

1 comments:

Salam...neway i like ur story..cali..hilarious..can i share it on fb??..ur story banyak mengungkap isu-isu yang banar2 ada di tempat kitani,isu-isu yang segelintir org menganggapnya sebagai perkara biasa, tapi dimata kitani isu tersebut sebenarnya parah..dan masih banyak kisah di dalamnya yang belum lagi terkupas..neway im looking forward wit ur new story..

be sure to read my blog jua k http://delightnangers.blogspot.com/?zx=2b6b7a51ed7ff13c

Salam

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More