Your Thoughts


Thursday, July 30, 2009

Menyingkap Kain Sarung: Poklen Siri 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Ya, Alhamdulillah, bertemu kita lagi dalam siri Menyingkap Kain Sarung, sebuah rancangan yang memaparkan isu-isu semasa yang selalu menjadi diskusi hangat ulih paji-paji yang tinggal di kampung halaman saya. Sambil-sambil diskusi atu, mengupi lah tarus abisdia tu sambil mengurat pelayan wanita indonesia yang bekeraja di tempat mengupi atu. Masya-allah, urang-urang tuanya atu tah banar.

Anyway... Bagaimana dengan keadaan anda masa ini? Diharap anda semua sentiasa gembira dan bahagia di samping keluarga. Gaji & elaun pun sudah keluar. Maka inda ada alasan untuk inda bergembira tu. Kalau alum menerima, baik di complain arah boss tu nyanta.

Pada malam ini, saya Haji Kamis akan menjadi hos bagi rancangan ini. Malangnya Haji Jumat tidak dapat hadir pada malam ini sebagaimana yang telah beliau janjikan pada episod minggu lepas. Beliau dipercayai telah terkena jangkitan virus H1N1 dari amahnya yang baru balik dari mengambil degree in Housekeeping di London. So kana quarantine lah ia. Jadinya, saya, Insya-allah akan meneruskan saki-baki yang beliau tinggalkan dalam episod lepas yang mengupas tentang isu Poklen.

Pada episod yang lalu, sesi temubual kami dengan lady XYZ tidak sempat kami kongsikan kerana masa yang terlalu singkat. Jadinya, pada malam ini kami akan bawakan anda dengan sesi temubual tersebut. Oleh kerana lady XYZ itu seorang gadis melayu kedua terakhir yang pemalu tahap maharani, dia enggan ditemubual secara oral. Ia request kami supaya interview ia melalui MSN messenger saja. Mati eh, kebasaran jua bini-bini atu banar. Mau inda mau, krew kami terpaksa mengikut saja permintaannya. Maka, tanpa membuang masa mari kita saksikan sesi temuramah kami dengan lady XYZ:


***
lady XYZ: hYEz!!

krew: Hello

lady XYZ: VaH, Pa SJa Kn U inTrVieW ArH mE nie?

krew: Sorry lady XYZ. Dapat kau berbicara dalam Bahasa Melayu atau English? Inda ku paham..

lady XYZ: AhAKz cKp VrUNai JuA mE UdH ToH

krew: Ah apa?

lady XYZ: U nIe.. EkSYen2 tia NdA PhM.. WaWaWa

krew: Sorry Lady XYZ, dapat kitani chat dalam Melayu atau English?? can we chat in ENGLISH or MALAY?? DO YOU GET ME?? PAHAM KAU??

lady XYZ: oF CoZ LAh mE PhM.. mE UrG VrUNai Kli aH...

***
Dan sekali lagi, temubual kami menemui jalan buntu. Kami mengambil keputusan untuk sign out dari MSN kerana sanak, sasak & tidak faham akan satu patah perkataan yang ditaip oleh lady XYZ. Entah bahasa apakah yang digunakannya. Bini-bini atu tah banar.

Tanpa pengetahuan kami, rupa-rupanya bahasa yang dipakai oleh lady XYZ itu adalah dipercayai sebagai bahasa poklen. Ceh, poklen pun ada bahasa sendiri kah. Baru jua ku tau tu. Perkara ini dikesahkan sendiri oleh Jimmy yang tinggal di sebalah rumah nini Haji Jumat. Jimmy merupakan seorang penuntut tingkatan lima yang pakar dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepoklenan.

"Yatah kamu atu inda tau. Chatting sama urang poklen pun kamu inda sadar. Memang bahasa Brunei tu yang dipakainya atu. Bukan bahasa Urdu atau jawa tu. Andang style chatting durang cematu tu," ujar Jimmy sambil mengeluarkan sebatang rokok dari poket baju sekolahnya.

Melalui pengesahan Jimmy tersebut, baharulah kami sedar bahawa sebenarnya banyak ciri-ciri yang boleh membuatkan seseorang itu poklen.

Adui, sekali lagi nampaknya masa inda begitu mengizinkan rancangan ini untuk diteruskan. Saksikan lagi sambungan Menyingkap Kain Sarung siri Poklen ini di minggu hadapan pada waktu dan hari yang sama. Liat ah, jangan inda liat. Mun kamu inda meliat, rugi saja bosku membayar gaji ku.

Akhir kata dari saya, Assalamualaikum, selamat malam dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap sesuka hati". Semoga kita bertemu kembali dalam episod minggu depan. Chow!!

Bersambung....

Wednesday, July 29, 2009

Menyingkap Kain Sarung: Poklen siri 1

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh. Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan sekalian? Harap-harap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan tidak berasa kalat mata. Kerana kalau anda kalat mata, ditakuti anda akan tertidur di atas sofa Italy made in China anda sambil menitiskan air liur. Sekiranya anda tertidur, anda juga yang akan rugi kerana tidak sempat menonton rancangan ini. Untuk mengelakkan situasi tersebut daripada terjadi, maka minumlah kopi Kapal Api banyak-banyak sampai kambung parut. Biar sampai isuk inda tertidur.

Ya tuan-tuan dan puan-puan, untuk rancangan "Menyingkap Kain Sarung" kali ini, saya, Haji Jumat akan menjadi hos anda buat sementara waktu. Hos tetap bagi rancangan ini iaitu, Haji Sabtu malangnya tidak dapat menghadirkan diri pada malam ini kerana beliau dipaksa untuk menjadi wakil yang berharap untuk Majlis Berbedak jiran sebelah rumahnya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, episod "Menyingkap Kain Sarung" kali ini akan mengupas satu isu yang sadang lah jua sensitifnya sepertimana episod-episod yang sudah-sudah. Anda pasti pernah mendengar perkataan "poklen". Sekiranya anda tidak pernah mendengar perkataan tersebut, cuba tanya jiran sebalah-menyubalah anda. Kalau durang inda tahu jua, minta maap tah saya tu.

Jadi apakah sebenarnya Poklen ini? Adakah ia sejenis kuih Brunei? Adakah ia jenama pakaian buatan Brunei? Atau adakah ia sejenis elemen yang baru ditemui oleh seorang saintis Brunei dan belum dimasukkan ke dalam Periodic Table? Sekiranya kesemua itu yang muncul dalam fikiran anda, maka anda akan mendapat markah kusung dan diberi grade F.

Setelah krew rancangan kami membuat kajian yang mendalam, kami tidak dapat mencari definisi sebenar perkataan Poklen. Apa yang kami tahu perkataan Poklen ini sering dikaitkan dengan para remaja di Brunei.

Menurut Jimmy, seorang penuntut tingkatan lima yang tinggal di sebalah rumah nini bini saya, poklen ini merupakan sekumpulan remaja yang tidak pandai berfesyen.

"Poklen kah? Poklen ani selalunya pakaian durang belabih-labih. Inda mengana nya urang. Liat saja tah di Mall Gadong atu, banyak tu,"ujar Jimmy sambil menghirup sigup Sampoernanya.

Untuk mengunjar kepastian, krew rancangan kami pun pergi ke Mall Gadong untuk melihat poklen-poklen secara live sepertimana yang diperkatakan oleh Jimmy. Oleh kerana kerita Kijang yang sering digunakan untuk membawa krew rancangan "Menyingkap Kain Sarung" rosak pada hari itu, kami terpaksa menaiki bas purple untuk menuju ke Gadong.

Sesampainya kami disana, kami pun terlihat sekumpulan remaja yang pada pendapat kami, inda berapa lawa cara pakaian durang. Tanpa membuang masa kami pun menghampiri dan cuba menemubual mereka.

***
Krew: Assalamualaikum.

Anonymous 1: Waalaikumsalam.

Krew: Sebenarnya kami ani dari rancangan "Menyingkap Kain Sarung". Hajat kami ani ingin menebual abiskita.

Anonymous 2: Eh kenal ku tu rancangan ah! Siuk bro rancangan kamu ah. Masa ari atu ada episod pasal pelacur, yatah melakat ku meliat bah!

Krew: Awu, awu tau ku siuk. Bah siapa bisai ku temubual ni?

Anonymous 2: Aku!! Aku mau!!

Krew: Aku inda mau kau. Kau annoying. Hmmmm... ahh, kau kali bisai.

Anonymous 1: Aku kah?

Krew: Awu, kau bah.

Anonymous 1: Bah, interview tia aku.

Krew: Ok... Soalan yang pertama. Berdasarkan cara pakaian kamu yang inda mengana, adakah kamu semua ani poklen?

***

Dan temubual tersebut diakhiri dengan acara sipak terajang. Krew-krew kami habis dibelasah teruk. Nampaknya soalan yang kami berikan sungguh sensitif dan ofensif. Maka, dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan takziah kepada lima orang krew kami yang masih terlantar di hospital RIPAS pada ketika ini kerana cedera teruk. Get well soon guys.

Sungguhpun usaha kami untuk mencari kepastian tidak berjalan dengan begitu lancar, kami masih tidak berputus asa. Lady XYZ (bukan nama sebenar) atau nama sebenarnya Siti Nursafarina. Oooppsss, tebagitau tia jua nama sebenarnya. Sorry lady XYZ, aku inda sengaja. Banar, inda ku bedusta. Please jangan saman kami ah.

Anyway... Agaknya kita kesuntukkan masa. Nampaknya sesi temubual kami dengan lady XYZ terpaksa disiarkan pada episod yang berikutnya. Jangan lupa, saksikan rancangan Menyingkap Kain Sarung di minggu hadapan pada waktu dan hari yang sama. Insya-allah saya, Haji Jumat akan masih menghoskan rancangan ini kerana Haji Sabtu tidak dapat melibatkan diri kerana beliau akan berlepas ke KL pada minggu hadapan pasal kan bejumpa ex-girlfriendnya yang kan kawin.

Sekian akhir kata dari saya, Assalamualaikum, selamat malam dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap sesuka hati". Babai everyone. Jangan lupa saksikan sambungannya!

Bersambung...

Sunday, July 26, 2009

Once upon a time...

Cerita ani diambil dari kisah benar. Urang-urangnya terpaksa dibagi nama samaran, mun inda malu-malu kucing parsi tia karang abis durang.

Once upon a time, ada sebuah parents ani baru balik dari UK sama kedua-dua anaknya. Yatah isuknya tarus lah durang bawa anak-anak durang atu melapor di MOE. Sekali on the way keluar dari pagar rumah, ada durang teliat seorang jiran yang di tinggal disebalah rumah sedang bejalan-jalan di luar rumahnya. Kan merehatkan minda kali. Yatah sebagai sebuah rakyat Brunei yang mengutamakan keharmonian antara jiran sebalah-menyubalah rumah, parents atu pun menagur jiran atu.

Parents: Assalamulaikum kaji.

Jiran: Waalaikumsalam. Eh, kan ke mana abiskita ni? (sambil meliat-liat ke dalam kerita)

Parent laki: Anu. Ni nah kan membawa peranakan ke MOE. Baru balik dari UK ni nyanta.

Jiran: Ahhh. Anak-anak saja ni? (mengamati anak-anak parents atu yang sedang duduk di belakang)

Parent bini: Awu. Yang seorang atu, bagas graduate tu. Yang seorang atu lagi kan masuk tahun dua.

Jiran: (masih mengamati anak-anak parents atu sambil menunjukkan mua kehairanan) Anak-anak saja ni ah...?

Parents: Awu..

Jiran: Anak bini-bini atu bah? Anak abiskita kan tu? Bukan anak abiskita semua laki-laki kan?

Parent bini: (Ketawa) Ihhhh, laki-laki tu yang berambut panjang atu nyanta. Alum ia begunting tu. Abangnya begunting pulang sudah tu.

Jiran: Adidih laki-laki tu.... yatah nyangku, perasanku mana abiskita ada anak-anak bini-bini kan. Tapi mun nya bini-bini lawa ni!!

Conversation antara parents dan jiran atu pun diakhiri dengan hilai ketawa. Lapas atu sebalah patangnya, anak yang berambut panjang atu pun menggunting rambutnya. Syabasss.

ps: Yang banarnya anak yang berambut panjang atu aku bah tu. Yang syabasnya masa ia becakap "Mun nya bini-bini lawa ni" atu lah. Inda ku sure patutkah aku terima kata-katanya atu sebagai pujian atau inda tu hahahahaha. Syabassss ehhh

Thursday, July 23, 2009

Teenage Angst Finale

Berpandukan map yang dibagi ulih paji misteri atu, kami lima sekawan, aku, si Bub, si Damit, si Garip & si Toyib yang bekawan baik sejak dari dalam parut mama kami lagi, pun memulakan perjalanan.

Sungguhpun masa atu aku iski macam ambuk tejumpa pisang emas, namun jauh dalam sudut hatiku masih ada sikit rasa ijap-ijapan atu. Kadang-kadang timbul jua semula bayangan hukuman gelitik sampai mati atu. Inda apalah, asalkan urang-urang kampung inda tau tentang perkara ani, alum tah malaikat maut mau mencabut nyawaku tu.

Aku cuba menghilangkan perasaan ijap ku, tapi sekuat mana pun ku cuba masih jua inda mau hilang. Memajal macam salesman kan menjual barangnya yang inda jua seberapa. Apa akan jadi kalau aku mati? Kalau aku mati, siapakan melayan scandal-scandal ku? Kalau aku mati, siapa kan mengurat anak-anak dara yang ada dalam kampung ani? Susah hati ku memikirkan eh.

Bukan saja pasal hukuman gelitik sampai mati atu yang ku takutkan. Pasal gergasi yang hidup di dunia luar atu pun ku takut jua. Harap-harap inda lah kami terserempak dengan durang.

Setelah lama berjalan, akhirnya kami pun sampai ke ujung jalan. Tapi nada pun tanda-tanda kewujudan Jalan Buntak sepertimana yang dikatakan ulih paji misteri atu.

"Baie, mana Jalan Buntak ah?! Kana bullshit usulnya"ujar si Damit kehampaan.

"Eh, jangan putus asa dulu. Cuba kamu liat ni,"tiba-tiba si Toyib bersuara sambil menunjukkan sesuatu.

Mula-mula aku inda berapa nampak apa yang si Toyib tunjuk atu. Tapi lapas ku amati banar-banar, rupanya ada sebuah pintu yang kana cover dengan tanah. Aku pun apa lagi, iski lah. Iski tahap urang bujang baru kan bekawin.

Kami semua pun cuba membuka pintu atu. Setelah berusaha bersusah payah sampai basah bulu ketiak, akhirnya pintu atu pun dapat dibuka. Maka, disebalik pintu atu terungkaplah sebuah jalan yang usang. Anitah kali Jalan Buntak sepertimana yang dikatakan. Lama usulnya jalan ani inda bepakai. Baunya pun bau hapak.

Tanpa membuang masa kami pun masuk ke dalam sambil belusir macam kanak-kanak sekulah belusir lapas tedangar bunyi bell untuk rehat.

Alangkah happy nya kami masa atu. Happy sampai inda terasa mengalih. Padahal batah tu kami belusir ah. Inda batah atu, aku pun ternampak satu cahaya di hujung Jalan Buntak atu. Iatah kali cahaya matahari yang ingin ku liat sedari dulu atu.

Dan akhirnya kami pun sampai ke hujung jalan. Cahaya atu banar-banar menyilaukan mata kami. Payah jua kan meliat eh. Tepaksa disipitkan mata.

Wow, anitah dunia luar ni. Segala-galanya terang-benderang. Inda sama macam kampung kami. Sorang-sorang kagum sampai telupa niat kami mula-mula untuk menyubuk sekajap saja. Inda ku sangka, aku masa ani sedang menjejakkan kaki di dunia luar. Happy tahap CEO jua ku tu. Leka ku tarus bah ulihnya.

Di dalam kelekaan kami atu, tiba-tiba tanah yang ku pijak atu begagar. Mula-mula inda berapa kuat gegarannya, tapi semakin lama semakin kuat. Sampai terhumban badan kami ani ke atas. Sambil sorang-sorang cuba balik untuk berdiri, tiba-tiba ada sebuah objek yang inda dikenali memijak si Toyib. Aku pun mendongak ke atas. Oh no. Gergasi atu rupanya. Oleh kerana ketakutan, kami pun lari bertempiaran.

Inda batah atu, muncul lagi beberapa gergasi. Tanpa belas kasihan kami semua pun kana pijak. Yang lain semua sudah menemui ajal. Tingallah aku seorang saja. Tapi aku cedera parah. Sambil menitiskan air mata, aku cuba sedaya-upaya untuk balik semula ke tempat keluar kami tadi untuk mengelak daripada mati kana pijak. Akhirnya aku selamat sampai. Tapi aku rasa aku inda mungkin akan dapat sampai ke kampung ku semula dengan keadaan ku yang cedera parah cemani ani. Mati ku kali eh on the way ke sana.

So sekiranya kamu membaca cerita ku ani, ertinya aku mati sudah ni. Sampaikan salam ku arah semua scandal-scandal ku especially si Jenny, si Tiffany & si Halimah. And bagitaukan arah girlfriend ku si Piah, I LOVE YOU. Jangan lupa bagitaukan arah parentsku Haji Japar & Hajah Sally, thanks for everything. Akhir kata dari ku, si Chris a.k.a Kerispatih iaitu seekor SEMUT ingin mengucapkan babai sebelum aku mati karang. Sekian terima kasih.


ps: to Ai - lurus tekaan mu hari atu haha =p
to Fiyyah - hehe cemana fiyyah? sama dengan guess mu? =p

Saturday, July 11, 2009

A Poklen's Memoir

Cerita ani hanya rekaan semata-mata. Inda ada berkaitan sama saudara-mara atau jiran sebalah-menyubalah rumah kamu ni (harap-harap nadalah. Mun ada pun, eksen kamu tu). Cerita ani nada berniat kan meng-offend siapa-siapa. Minta maap minta ampun tah ku awal-awal ni before hari raya kunjung tiba kalau ada siapa-siapa terasa.

***
Wassup bui & gal. Apa ada? Aku inda ada apa-apa pulang ni. Bagas ke Mall tadi ni. Bagas shuffling. Aku crew BoBoI_ShUffLerZ kali ah. Jangan inda galat. Namaku Si Maimon. Tapi eksenku. WaWaWA. Awuwah, namaku yang banar si Amin bah. Tapi atu nama pindik. Nickname MSN ku HeLL_BoyZ12345678910. Atu ragat!! I LAIK TOH!! AhakZ.

Kalau dalam I.C, namaku Mohammad Aminuddin Hashimuddin Indrawan Gunawan Awan bin Haji Tabung. Inda ku paham mengapa pe-indungan ku menamakan aku panjang-panjang. Sekali sudah atu, kana panggil si Amin jua ganya. AhakZ.

Kamu kan tau? Kalau kamu inda mau tau, inda pulang apa. Bukannya aku memaksa jua. WaWaWa. Siapa-siapa saja yang kan mau tau atu, teruskan tah membaca memoir ku ani.

Selama ani hatiku dilanda dukacita saja bah. Masa ku jalan-jalan di Mall ari atu, ada ku tedangar urang mengucap aku poklen. Marah jua ku tu. Baik jua aku ani penyabar. Mun inda abis ke hospital tu anak ah. Ia yang poklen kali. Ku liat usulku ani inda jua macam poklen. Fashion ku ikut fashion semasa kali ah. Rambut emo, sampai tepampan mata sebalah kananku. Baju hitam tight ada gambar Iron Maiden dapannya & ku lapisi sama hoodies (panas jua eh memakai ah). Pakai seluar skinny Jeans. Kasut Van (bukan Vans) ada checkerboard pattern. Bisai jua tu pakaianku atu. I LAIK TOH!! Tapi masih jua durang label aku poklen. Inda ku paham eh. Apa yang membuatkan aku poklen kan? Ani yang membuatkan aku marah ni.

Label poklen yang kana bagi arahku inda abis disana. Masa atu aku chatting di MSN. Aku dapat email chickz lawa dari kawanku, si Fahmi a.k.a RaGaT_BoyZ. Ngam-ngam time atu ada chickz atu online. So, apa lagi. Aku tagur lah. I LAIK TOH!! Ahakz. Malangnya aku inda kana layan. Ia ucap aku poklen. Katanya ia sanak membaca apa saja yang ku taip. Aku atu menaip cemani "Uitzzz. U aDa BoyPren Udhz?? mE aLuM pLangZ aDa GF Ni, AhAkz. BuLeh beKenaLanZ?". Sekali dibalasnya, "Poklen jua kau ani eh". Marah jua ku tu. Adakah di labelnya aku poklen tarus-tarus. Apa yang membuatkan aku poklen kan? Inda ku paham eh.

Lagi sebuting insiden di Mall. Masa atu macam biasa aku dengan BoBoI_ShUffLerZ crew yang lain, sedang shuffling. Kan show-off skill kami. I LAIK TOH!!! AhakZ!! Yatah masa kami siuk-siuk shuffling atu, ada dua orang laki-laki si-taie ani meliat kami dengan sinis. "Poklen tah banar durang ani. Nada keraja lain kah poklen ani, kan shuffling tah ganya. Cubatah menari Adai-Adai kah, menari pocho-pocho kah. Kan bisai,"kata salah seorang laki-laki atu arah kawannya. Bedidih jua hati kami mendangar tu. Baik jua kami ani inda samseng. Mun inda kembali kerahmatullah sudah durang tu. Kami shuffling bisai-bisai pun kana ucap poklen. Apa yang membuatkan shuffling ani poklen kan? Untuk kali ketiganya inda ku paham eh.

Di MSN atu aku ada ramai kawan. 80% kawan secara virtual pulang tu. Meliat mua inda pernah. Yatah ada sorang chickz ani, nickname nya LoneLy_GaL_FrOmRImBa. Kami ani kira rapatlah macam couple. Kalau aku emo, aku bemanja arahnya. Kalau ia emo, ia bemanja arahku. I LAIK TOH!!! AhakZ!! Tapi arah chatting pulang saja tu. Ia puji aku ani suwit, good listener, happy go lucky dan sebagainya. Kambang kampis jua idung ku membaca tu. Sekali lapas 3 bulan ia pun behajat kan bejumpa aku di Mall. Kira blind date lah. Mula-mula inda pulang ku mau, tapi lapasnya memajal, tepaksa lah jua. Pasal apa mula-mula aku inda mau atu? Pasal kalau sama bini-bini aku ani malu-malu babi sedikit.

Yatah masa date atu, aku inda banyak bunyi. Oleh sebab atu si LoneLy_GaL_FrOmRImBa atu pun sanak arahku. "Poklen jua kau ani eh!! Arah MSN suwit kau, tapi in real life pahit!!"ucapnya arahku before di-dumpnya aku. I DONT LAIK TOH!!! Lagi sekali aku kana ucap poklen. Indakan pasal atu pun, aku ani jadi poklen. Apa yang poklennya kan? Berapa kali sudah ku inda paham ani. Sanak ku.

Seriously, apa yang membuatkan aku ani poklen ani kan?? Inda ku nampak apa yang poklen arah ku ani. Jangan-jangan durang yang mengucap aku poklen atu yang poklen kali. Bah eh, aku Si Amin a.k.a HeLL_BoyZ12345678910 kan out dulu. Peace yawww. AhakZ!!

***

ps: Aku saja-saja kan membuat cerita ani before aku post finale for Teenage Angst. Sorry ah kalau post ku yang sebuting ani satirical sedikit. Yatah sebabnya aku minta maap atu hehe.

Friday, July 10, 2009

Self-explanatory post

Photobucket

9 more days left. Balik Brunei. Family & friends. Mengasuh parut. Fisherman's friends apple & cinnamon flavor.Gunting rambut (maybe sikit saja. sayang ku rambutku yang panjang ani). And etc etc.

Thursday, July 9, 2009

Teenage Angst part 6

previously: si Chris tanpa rasa galat-galatan menceritakan arah geng-gengnya pasal pertemuannya dengan seorang lelaki tua misteri (& bebau hangit) yang membagitaunya pasal kewujudan "Jalan Buntak". Lapas atu ia pun planning untuk adventure mencari Jalan Buntak & kemudian atu dan bertanya arah geng-gengnya yang berminat untuk join.


Setelah batah menunggu sampai basah ketiak di sebalah kananku (ketiak di bahagian kiri karing masih), akhirnya si Garip, si Bub, si Toyib pun menjulur lidah. Kecuali si Damit. Eh? Aku pun menggusuk-gusuk mataku, untuk memastikan masa atu aku inda angan-angan. Tapi setelah ku gusuk sampai merah-merah mataku, masih jua si Damit inda menjulur lidahnya. Si Damit yang sukakan adventure ani, mustahil ia inda mau join.

"Eh, Damit. Mengapa kau inda julut lidahmu?"tanyaku kemusykilan.

"Errr.. Chris, antah ah.. Indaku rasa nyaman hati bah. Kalau masih kedapatan ulih urang kampung cemana? Nada ku mau kana hukum gelitik sampai mati,"balas si Damit.

"Come on lah Damit. Bukannya urang kampung tau jua pasal "Jalan Buntak" atu. Lagipun bukannya batah kitani ke dunia luar atu. Menyubuk sekajap saja. Bah, ikut ah?"

"Sorry Chris... Banar ni, inda nyaman rasa hatiku. Agatah kamu saja."

Lapas ia menjawap atu, ia pun meninggalkan kami tanpa mengucapkan babai. Jangan tah kan babai, flying kiss pun nada bah. Sebelum ia pigi jauh, aku cuba menguyung kedia, tapi lenganku digenggam ulih si Garip.

"Chris, jangantah dipajal. Yatah sudah keputusannya tu,"tagur si Garip.

Sambil tanganku digenggam ulih si Garip atu, mataku masih lagi mengikut jejak si Damit yang makin lama makin hilang dari pandangan. Elah, nada tia si Damit ani mau ikut. Walaupun ia malar menyaya aku, tapi ia atu tah best friend ku numbur satu ni. Dari damit sampai ke basar, apa saja gerenti kami buat sama-sama. Main carah sama-sama, mengurat bini-bini sama-sama, melepak sama-sama, mengajuti buajah lauyah sama-sama, menggelitik Paji Jumat sama-sama & sebagainya. Ke jamban & tidur saja inda sama-sama. Mun atu pun sama-sama bah, galak usulnya tu. Talur, emo tah ku pulang nah pasal si Damit inda ikut ani.

Tapi mun miatu sudah keputusannya, apa bulih buat. Heys....

"Boo!!"tiba-tiba ada seseorang mengajuti aku dari belakang. Kebeliangan ku tarus ulihnya sampai terabah ke tanah. Talur kali. Siapa lagi ni mengajuti di saat-saat aku emo ani.

"Eh Chris, inda kan cematu pun kau tekajut? Haha"ujar urang yang mengajuti aku atu. Siapa lagi kalau bukan si Damit. Inda pandai beranti menyaya aku ia ani.

"Baie kau Damit haha!! Bahapa kau datang balik ani?"tanyaku sambil berdiri semula.

"Tadi atu aku eksyen-eksyen inda mau ikut saja haha. Gullible jua kamu ani eh. Of course lah aku mau ikut. Ani si Damit bah ni. Inda kan kamu inda kenal? haha."

Ceh, si Damit ani. Ada-ada saja. Menyaya urang tah ganya. Emo ku sudah tadi. Sudah nyangku tadi kan, ia ani kalau ada adventure jarangkan inda mau ikut.

Lapas atu pun mengeluarkan map yang dibagi ulih paji misteri atu dan menunjukkan arah durang semua.

Wednesday, July 8, 2009

-

The next part of Teenage Angst will be posted soon insya-allah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More