Your Thoughts


Tuesday, October 21, 2008

The Detective Returns - Part 1

Gila, lama ku inda membuat cerita pasal Detective Zack ani haha.

***
Usin pembari Encik Jaini semakin hari semakin bekurang. Menyasal ku overspending. Mengapa tah aku inda menyasal awal-awal. Inda jua ku overspending. Ani sudah kurang, barutah kan menyasal. Ataupun cubatah perasaan menyasal ani inda wujud dalam dunia ani. Inda jua ku susah hati kan. Bukannya apa tu aku susah hati ah. Karang mun ku inda beusin, macamana ku kan membayar astro ku? Payah tia lagi karang meliat EPL. Syabas lah.

"Eh, Zack. Angan-angan kau kah?"tiba-tiba mamaku menagur aku. Terkezut ku eh mama ku ani. Sikit lagi ku tekantut.

"Kita rupanya ma. Mana ada ku angan-angan. Aku meliat kipas di atas atu. Bisai bah,"balasku eksyen-eksyen.

"Kipas yang behabuk atu kau ucap bisai? Jangantah kan eksyen arah mama. Tau mama tu bila kau angan-angan. Bah, mama kan ke bilik dulu. Jangan banyak angan-angan dih!"

Nah, tekana ku sekali. Yatah payah mun tedapat mama bekeraja lawyer ani. Inda dapat ditipu. Entah berapa ramai sudah mua penipu dijumpainya arah mahkamah atu. Biasa sudah tu ia meliat macamana usul mua penipu. Sesudah mamaku hilang dari pandangan, aku pun menyambung angan-angan ku balik.

Tapi malangnya inspirasi kan be-angan-angan atu hilang tia jua. Kacau bah mamaku atu, siuk sudah aku angan-angan tadi. Sebenarnya be-angan-angan ani inda dapat dikacau. Kalau dikacau, inda tia lagi dapat disambung lapas atu. Yatah aku pun mengambil keputusan untuk bejalan keluar. So, aku pun keluar rumah, mengaga kerita Honda Jazz ku, buka pintunya, hidupkan enjinnya, duduk, tutup pintu, menurunkan handbrake, tukar gear D, pigang stering dan mula menakan minyak. Wah, detail banar jua ku membagitau arah kamu ani.

Mula-mula aku atu planning kan lepak-lepak arah Hj Gillien's Cafe. Tapi balik-balik jua sudah kesana. Kelanguan jua. Lagipun kalau ku kesana, keluar tia usin ku karang pasal minum teh tarik balik-balik sampai 20 galas. Last-last aku pun decide untuk pigi ke pantai Berakas since aku batah sudah inda ke pantai. Paling last aku ke pantai, masa enam tahun lalu. Si Ratna yang membawa aku. Kami kesana kan meliat sunset. Gila, kenangan terindah eh. Kalau lah kami masih couple sampai sekarang.. Heys... Menyasal tia ku pulang nah..

Sesudah sampai, aku pun meletakkan keritaku. Hari atu inda berapa ramai urang. Dapat dihitunglah. Lapas parking, aku pun keluar lalu duduk arah hut yang inda berisi. Di sebalah ku ada segolongan remaja yang sedang hangout sambil menikmati suasana. Makan-makanlah, ketawa-ketawa lah, becubit-cubitan lah, main frisbee lah dan beberapa aktiviti lain yang biasa dibuat dipantai. Teringat tia ku nah, masa zaman sekulah ku. Masa hangout sama kawan-kawan atu tah yang paling berharga. Becali, begosip, buat pranks, buat homework last minute, lepak di kantin, lepak di jamban... Rindu ku zaman sekulah atu eh.

Thank god ada facebook. So, adalah kawan-kawanku yang masih dapat ku contact. Masa ani sorang-sorang sudah sibuk dengan komitmen masing-masing. Bukannya macam dulu. Inda banyak kan diingaukan. Yang kan diingaukan boyfriend/girlfriend, homework sama exam ganya.

Di pantai ani teringat tia ku jua pasal kes Encik Jaini. Talur eh Encik Jaini atu. Adakah urang asing diucapnya makhluk asing. Syabas banar ia atu. Selain teringatkan kes Encik Jaini, teringat tia ku jua masa si Ratna membawa aku kesini kan meliat sun set. Balik-balik jua ku teringatkan pasal si Ratna ani.

Masa atu summer break. So, kami UK students pun balik ke Brunei untuk becuti kan bejumpa family & friends. Yatah masa cuti atu si Ratna membawa aku ke pantai Berakas kan meliat sun set. Sebagai seorang boyfriend yang mithali, aku pun ikut saja request nya atu. Kenangan terindah banar eh.

"Assalamualaikum. Zack, is that you?"tiba-tiba ada urang membari salam arahku. Aku pun menoleh ke siring untuk meliat siapa.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More