Your Thoughts


Friday, June 12, 2009

Teenage Angst Part 4

Aku pun duduk disebalah paji tua atu sambil bersedia memasang telinga untuk mendangar secret yang asi-asi kan dibagitaunya. Masa aku duduk disebalahnya, aku tercium bau yang inda berapa menyenangkan. Rupa-rupanya bau atu datang dari badan paji atu. Mati, kan muntah ku mencium eh. Gerenti inda mandi setahun kali ni paji ani. Tapi ulih kerana ingin mendangar rahsia darinya atu, tepaksa lah ku tahan saja.

"Cemani wang secretnya atu. Kau tau si Munap kan?"tanya paji atu.

"Awu. Mengapa kan si Munap atu?"balas ku balik.

"Lawa ah anak daranya atu. Macam Jessica Alba."

"Eh, paji, kita ani kan membagitau secret atu atau inda?! Mun inda mulih ku ni!"

"Ih jangan mulih dulu! Aku beibun bah kau ani. Inda sporting kanak-kanaknya. Awu, kan membagitau tah ku ni."

Lapas atu paji atu pun menceritakan aku pasal sebuah jalan rahsia yang bulih meng-connect kampung ani dengan dunia luar. Menurutnya, jalan atu kana bagi nickname "Jalan Buntak". Jalan atu kana buat ulih beberapa urang-urang kampung yang belabih akalnya pasal kan mau keluar dari kampung atu secara sembunyi-sembunyi. Interesting jua cerita paji ani ah. Sebatah-batah ku tinggal di kampung ani, barutah first time ku mendangar pasal "Jalan Buntak" ani ni.

"Tapi banar kan ni paji ada wujud jalan ani?"tanya ku yang masih alum yakin dengan kata-kata paji atu.

"Astah, banar kali ah. Aku bah tu one of the pioneers yang mencipta jalan atu!"jawap paji atu sambil memarakkan matanya arahku. Kan tekeluar ganya inda bah biji matanya.

Kemudian paji atu pun meneruskan ceritanya. Parutku yang tadinya lapar sampai memainkan lagu Rhoma Irama, masa ani be-pause sekajap pasal teluan khusyuk mendangar cerita paji atu.
Lupa ku bah pasal parut ku lapar ah. Focus banar tah tu mendangar cerita paji atu.

"Lokasi jalan buntak atu inda pulang ku berapa ingat. Lupa ku sudah nyamu. Betahun-tahun sudah ku inda kesana. Jara ku nyamu ke dunia luar atu!"ujar paji atu dengan emosi-emosinya.

"Jara? Mengapa pulang?"aku bertanya pasal curious.

Mendangar soalan ku atu, paji atu terdiam seketika sambil menunjukkan muka yang sayu. Kalah sayu muka pemain-pemain Man Utd masa kana kalahkan ulih Barcelona during Champions League Final. Lapas atu paji atu pun mula menceritakan kisah silamnya yang sedih lagi mengilukan dada.

"Dulu masa ku muda-muda, aku & geng-geng ku ani asi-asi ke dunia luar. Pe-indungan melarang sudah, tapi akal kami ani belabih. Tau tah kau, darah muda. Ulih kerana kami ani pengarasi, kami buatlah "Jalan Buntak" yang ku ceritakan arahmu atu tadi. Urang kampung inda tau ni pasal jalan ani. Geng-geng ku saja tau tu. Lapas siap jalan atu, apa lagi. Sorang-sorang lah excited. Kami ke dunia luar atu macam inda bah. Balik-balik lagi tu."

"Sekali? Apa yang kita jarakan?"

"Eh kau ani. Alum abis ku becerita, menyampuk tah kau sudah. Ku kubit karang pipi atu. Yatah ada satu hari atu, terjadi satu insiden hitam yang membuatkan aku jara ke dunia luar. Inda disangka-sangka hari atu, kami terserempak dengan gergasi-gergasi yang ganas. Kami cuba escape dari keganasan durang atu, tapi malangnya semua urang menemui ajal durang kecuali aku. Masa balik kesini aku pun membagitau ketua kampung mengenai perkara ani."

"Eh, mun kita bagitau, mengapa inda kita kana hukum gelitik sampai mati?"

"Mun kau kan tau, yatah dari sana tu startnya tu hukuman gelitik sampai mati atu. Tapi masa atu aku kana hukum inda kana suruh mandi seumur hidup saja. Nasib jua."

Ceh, patut tah bebau semacam saja badannya ani. Tapi mun inda kana suruh mandi, at least cubatah pakai perfume kah, deodorant kah, cologne kah atau minyak piasau kah. Ani semerbak bah baunya ah. Kan ku tagur pulang cematu arahnya, tapi takut ku ia marah. Karang dikubitnya pipiku sampai merah.

Inda lama atu paji atu pun menamatkan ceritanya & aku pun meneruskan perjalananku balik ke rumah. On the way balik atu, aku teringat pasal gergasi-gergasi di dunia luar sepertimana yang diceritakan ulih paji tadi atu. Lamah tia pulang semangat ku kan ke dunia luar nah. Tadi lapas mendangar pasal "Jalan Buntak" atu, bersemangat wajaku sudah.

"Oi wang, wang! Tunggu!"teriak paji atu. Apa lagi masalahnya paji ani. Indakan alum habis ceritanya atu. Parutku lapar berabis sudah ni. Nada ku sanggup mendangar lagi eh.

"Mengapa lagi ni paji?"

"Ni nah ada barang kan ku bagi kau."

Hmmm...Barang? Barang apa?

1 comments:

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More