Setelah beberapa jam melepak-melepak tanpa membuat apa-apa yang produktif selain becerita, begossip, mengumpat & mengucap, akhirnya persidangan inda rasmi kami pun berakhir. Cuba kamu imagine apa saja yang kami bulih buat time melepak berjam-jam atu. Macam-macam bulih dibuat bah tu. Ganya kami ani biasalah, urang muda. Melepak atu andang sudah ada dalam gene kami bah tu. Harap-harap kamu jangan ikut perangai kami ani ah. Kalau kamu ikutkan jua, ku tarik karang bulu di lubang hidung kamu atu.
Sebagai seorang good boy yang inda pernah kana hambat di punggung & kana cubit di pipiku yang gebu tapi bejerawat ani, tanpa membuang masa aku pun berjalan balik ke rumah ku. Parutku pun masa ani sudah berirama lagu dangdut mengikut rentak lagu Rhoma Irama. Ani tandanya parutku sudah dilanda kelaparan tahap raja, kan mengidam masakan mama yang sungguh enak tahap permaisuri.
Sementara parutku belagu Rhoma Irama atu, tarustah ku menyanyi. Ia bunyi parutku ani depends on tahap kelaparanku. Kalau lapar sedikit a.k.a lapar level 1, bebunyi lagu "Jangan Gila Dong". Kalau lapar level 2, lagunya "Goyang Duyu". Sudahnya lapar tahap raja a.k.a lapar level 3, lagunya "Begadang" tia. Lagu "Begadang" ani tah yang diputarkan ulih parutku masa ani ni.
"Bui. Bui, sini sekajap,"tiba-tiba ada suara yang inda ku pasti dari mana, memanggilku.
Aku mencari-cari dimana datangnya suara atu.
"Eh, rabun babi jua kau ani bui eh. Aku di sebalah kanan mu bah!"ujar suara atu lagi.
Aku pun menoleh ke sebalah kananku. Rupanya ada seorang lelaki tua bediri-diri disana sambil memeratikan kediaku. Macam perogol bersiri ada jua mukanya atu.
"Apa ada paji kita memanggil aku ah?"tanyaku kemusykilan.
"Bui yang banarnya.... ada bakas lipstik di pipimu ah. Nah, tissue. Lap bisai-bisai,"balas urang tua atu sambil membagi tissue kepadaku.
Saspen jua urang tua ani eh. Pikir apa tadi memanggil-manggil aku ani. Rupanya ada bakas lipstik di pipiku. Oh by the way kamu jangan pikir yang bukan-bukan ah. Lipstik ani nada kena-mengena sama si Piah ni. BANAR inda ku bedusta ni. Bukannya bakas kana cium ulih si Piah ni. Awu, banar. Inda ku eksyen, inda ku menipu. Mun ku bedusta, cubit tia pipiku ani nah.
Lapas atu aku pun menyambung perjalanan ku balik sambil menyanyi lagu "Begadang".
"Wang. Oi wang!"tiba-tiba ada lagi satu suara yang memanggilku. Inda pandai besanang jua eh.
Dan lagi sekali, aku mencari-cari dari mana datangnya suara atu.
"Woi, woi liat dibawah!"teriak suara atu.
Ooppppsss, tepijak urang rupanya ku. Astahhh. Tanpa membuang masa, aku pun menulung urang yang ku terpijak atu untuk bediri semula.
"Kau ani wang, rabun babi tah banar. Inda kau nampak kah aku belimpang disana atu?"
"Sorry paji eh. Kita atu jua, bahapa tah belimpang disana. Tau sudah ramai urang lalu-lalang disana atu. Disana jua kita belimpang."
"Awu bah, awu bah. Aku tah salah. Ulih kerana kau telah menulung aku bediri, aku kan membagitau kau satu secret."
"Minta maap bejuta-juta tah ku paji. Parutku kebuluran sudah ni. Inda ada ku masa kan mendangar secret kita atu."
"Mun rahsia atu pasal "Jalan Rahsia" ke dunia luar? Mau kau mendangar?"
Eh? Rahsia pasal "Jalan Rahsia"? Hmmm... Interesting usulnya. Usulnya tepaksa tah ku menahan lapar dulu sekajap ni.
0 comments:
Post a Comment