Your Thoughts


Thursday, June 25, 2009

Away

Assalamualaikum & salam sejahtera to dear readers.

Ani bukan si Mil, the author yang menaip ni. Aku ani assisstant nya yang bernama Ms Z. Nya si Mil, ia kan vacation lima hari sekajap. Mengalih ia memikirkan idea untuk membuat sambungan Teenage Angst ah. So ku suruh lah ia vacation untuk relax & mencari ilham.

Yatah ia menyuruh aku inform kamu, inda tah be-update ni blog ani dalam 5 hari. So siapa-siapa yang rindukan kedia berabis, sila jangan segan silu nyatakan kerinduan kamu arah chat box nya. Tapi katanya ia inda pulang rindu arah kamu tu hehe =p

Ok, atu saja kali. Cheers everyone =)

Friday, June 19, 2009

Teenage Angst Part 5

Paji atu membagi aku sekaping keratas yang berwarna kekuning-kuningan dan betumpuk-tumpuk coklat kepadaku. Aku inda pasti apa bendanya yang betumpuk-tumpuk coklat atu. Kan ku cium baunya, gali ku jua. Tanpa sebarang banyak tanya aku pun mengambil sajalah.

"Aku lupa membagitau kau yang sebenarnya aku masih menyimpan map ke Jalan Buntak atu. Cuba kau liat keratas yang ku bagi atu,"ujar Paji atu sambil menggaru-garu badannya yang bebau hangit mengalahkan bau badan bangkai tikus benua amerika.

Mendangar kata-kata paji atu, hatiku menjadi iski. Membari rasa kan belumpat-lumpat bah ulihnya. Tapi malu-malu babi jua ku kan belumpat di khalayak ramai ani. Kalau arah bouncer mana saja. Lapas atu tanpa membuang masa, aku pun meliat keratas yang dibaginya.

"Kehadapan saudari Alai Zainab yang ku cintai.... Errr paji...., nya kita map tadi? Ani mengapa macam surat cinta ani? Ada nama Alai Zainab lagi tu.."tanyaku sebaik saja membaca isi kandungan keratas atu.

"Apa eh?"balas paji atu dengan kehairanan sambil merampas tarus keratas yang ku pigang atu,"Eh astah, salah! Cemana bulih ku tebagi surat cintaku ani. Malu-malu babi pulang ku nah. Jangan kau bagitau arah Buajah Zainab pasal ani ah,"sambungnya lagi sambil mengeluarkan sebuting keratas lagi & kemudian membaginya kepadaku.

Aku pun membuka lipatan keratas yang baru dibagi ulih paji atu. Kali ani memang banar sebuah map sepertimana yang dikatakan ulih paji atu & bukannya sekaping surat cinta macam tadi.

Belum pun sampat aku mengucapkan terima kasih, paji atu hilang secara tiba-tiba. Ku liat ke kiri & ke kanan, nada lagi kelibatnya kelihatan. Ajaib jua. Ia ajaib kah atau inda ajaib malas tah ku peduli tu. Asal aku bahagia. Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, aku pun tarus balik ke rumah untuk mengasuh parut ku yang dari tadi manja-manja saja kan minta makanan. Lapar sudah ni parutku ah. Kalau mengikutkan nafsuku masa ani, 200 bungkus nasi katok bulih ku abiskan. Tapi atu nafsu saja tu. Mun banar, 2 bungkus cukup tah tu.

Keesokkan harinya seperti biasa aku & geng-geng a.k.a BFFs ku including si Bub, si Damit, si Garip & si Toyib mengadakan persidangan inda rasmi kami sepertimana yang kami lakukan hampir setiap hari.

"Pecaya kamu?"tanya ku arah durang.

"Pecaya eh,"balas si Garip lapas 0.1 saat soalanku ku kemukakan. Atu laju banar responnya.

"Kau ani. Alum lagi ku abis membagitau apa yang patut kau pecaya, sudah tah kau menjawab. Syabasss eh. Yang banarnya aku tau satu rahsia di kampung ani yang mungkin banyak urang inda tau."

"Kau ani, macam tah ku inda tau. Kau masa ani be-scandal sama si Tipah kan? Walaupun kau masa ani kau couple sama si Piah,"sampuk si Damit yang inda pandai kan behabis menyaya aku.

"Eh bukan rahsia yang atu. Shhh!! Kedangaran karang si Piah. Abis karang ku dikubit-kubitnya. Yang banarnya ada lagi satu rahsia basar yang ku kan membagitau arah kamu."

Aku pun menceritakan arah durang pasal kejadian kemarin masa aku bejumpa paji misteri yang bebau hangit atu. Lapas atu aku membagitau durang mengenai kewujudan "Jalan Buntak" di kampung atu.

"Jadinya aku planning kan mencari jalan rahsia atu mengikut map yang dibagi ulih paji ani. Siapa-siapa yang berminat kan ikut, sila julur lidah kamu,"kataku.

Si Bub, si Damit, si Garip & si Toyib saling berpandangan antara satu sama lain. Hatiku menjadi kabak-kabak menunggu keputusan durang.

To be continued....

Friday, June 12, 2009

Teenage Angst Part 4

Aku pun duduk disebalah paji tua atu sambil bersedia memasang telinga untuk mendangar secret yang asi-asi kan dibagitaunya. Masa aku duduk disebalahnya, aku tercium bau yang inda berapa menyenangkan. Rupa-rupanya bau atu datang dari badan paji atu. Mati, kan muntah ku mencium eh. Gerenti inda mandi setahun kali ni paji ani. Tapi ulih kerana ingin mendangar rahsia darinya atu, tepaksa lah ku tahan saja.

"Cemani wang secretnya atu. Kau tau si Munap kan?"tanya paji atu.

"Awu. Mengapa kan si Munap atu?"balas ku balik.

"Lawa ah anak daranya atu. Macam Jessica Alba."

"Eh, paji, kita ani kan membagitau secret atu atau inda?! Mun inda mulih ku ni!"

"Ih jangan mulih dulu! Aku beibun bah kau ani. Inda sporting kanak-kanaknya. Awu, kan membagitau tah ku ni."

Lapas atu paji atu pun menceritakan aku pasal sebuah jalan rahsia yang bulih meng-connect kampung ani dengan dunia luar. Menurutnya, jalan atu kana bagi nickname "Jalan Buntak". Jalan atu kana buat ulih beberapa urang-urang kampung yang belabih akalnya pasal kan mau keluar dari kampung atu secara sembunyi-sembunyi. Interesting jua cerita paji ani ah. Sebatah-batah ku tinggal di kampung ani, barutah first time ku mendangar pasal "Jalan Buntak" ani ni.

"Tapi banar kan ni paji ada wujud jalan ani?"tanya ku yang masih alum yakin dengan kata-kata paji atu.

"Astah, banar kali ah. Aku bah tu one of the pioneers yang mencipta jalan atu!"jawap paji atu sambil memarakkan matanya arahku. Kan tekeluar ganya inda bah biji matanya.

Kemudian paji atu pun meneruskan ceritanya. Parutku yang tadinya lapar sampai memainkan lagu Rhoma Irama, masa ani be-pause sekajap pasal teluan khusyuk mendangar cerita paji atu.
Lupa ku bah pasal parut ku lapar ah. Focus banar tah tu mendangar cerita paji atu.

"Lokasi jalan buntak atu inda pulang ku berapa ingat. Lupa ku sudah nyamu. Betahun-tahun sudah ku inda kesana. Jara ku nyamu ke dunia luar atu!"ujar paji atu dengan emosi-emosinya.

"Jara? Mengapa pulang?"aku bertanya pasal curious.

Mendangar soalan ku atu, paji atu terdiam seketika sambil menunjukkan muka yang sayu. Kalah sayu muka pemain-pemain Man Utd masa kana kalahkan ulih Barcelona during Champions League Final. Lapas atu paji atu pun mula menceritakan kisah silamnya yang sedih lagi mengilukan dada.

"Dulu masa ku muda-muda, aku & geng-geng ku ani asi-asi ke dunia luar. Pe-indungan melarang sudah, tapi akal kami ani belabih. Tau tah kau, darah muda. Ulih kerana kami ani pengarasi, kami buatlah "Jalan Buntak" yang ku ceritakan arahmu atu tadi. Urang kampung inda tau ni pasal jalan ani. Geng-geng ku saja tau tu. Lapas siap jalan atu, apa lagi. Sorang-sorang lah excited. Kami ke dunia luar atu macam inda bah. Balik-balik lagi tu."

"Sekali? Apa yang kita jarakan?"

"Eh kau ani. Alum abis ku becerita, menyampuk tah kau sudah. Ku kubit karang pipi atu. Yatah ada satu hari atu, terjadi satu insiden hitam yang membuatkan aku jara ke dunia luar. Inda disangka-sangka hari atu, kami terserempak dengan gergasi-gergasi yang ganas. Kami cuba escape dari keganasan durang atu, tapi malangnya semua urang menemui ajal durang kecuali aku. Masa balik kesini aku pun membagitau ketua kampung mengenai perkara ani."

"Eh, mun kita bagitau, mengapa inda kita kana hukum gelitik sampai mati?"

"Mun kau kan tau, yatah dari sana tu startnya tu hukuman gelitik sampai mati atu. Tapi masa atu aku kana hukum inda kana suruh mandi seumur hidup saja. Nasib jua."

Ceh, patut tah bebau semacam saja badannya ani. Tapi mun inda kana suruh mandi, at least cubatah pakai perfume kah, deodorant kah, cologne kah atau minyak piasau kah. Ani semerbak bah baunya ah. Kan ku tagur pulang cematu arahnya, tapi takut ku ia marah. Karang dikubitnya pipiku sampai merah.

Inda lama atu paji atu pun menamatkan ceritanya & aku pun meneruskan perjalananku balik ke rumah. On the way balik atu, aku teringat pasal gergasi-gergasi di dunia luar sepertimana yang diceritakan ulih paji tadi atu. Lamah tia pulang semangat ku kan ke dunia luar nah. Tadi lapas mendangar pasal "Jalan Buntak" atu, bersemangat wajaku sudah.

"Oi wang, wang! Tunggu!"teriak paji atu. Apa lagi masalahnya paji ani. Indakan alum habis ceritanya atu. Parutku lapar berabis sudah ni. Nada ku sanggup mendangar lagi eh.

"Mengapa lagi ni paji?"

"Ni nah ada barang kan ku bagi kau."

Hmmm...Barang? Barang apa?

Sunday, June 7, 2009

Teenage Angst Part 3

Setelah beberapa jam melepak-melepak tanpa membuat apa-apa yang produktif selain becerita, begossip, mengumpat & mengucap, akhirnya persidangan inda rasmi kami pun berakhir. Cuba kamu imagine apa saja yang kami bulih buat time melepak berjam-jam atu. Macam-macam bulih dibuat bah tu. Ganya kami ani biasalah, urang muda. Melepak atu andang sudah ada dalam gene kami bah tu. Harap-harap kamu jangan ikut perangai kami ani ah. Kalau kamu ikutkan jua, ku tarik karang bulu di lubang hidung kamu atu.

Sebagai seorang good boy yang inda pernah kana hambat di punggung & kana cubit di pipiku yang gebu tapi bejerawat ani, tanpa membuang masa aku pun berjalan balik ke rumah ku. Parutku pun masa ani sudah berirama lagu dangdut mengikut rentak lagu Rhoma Irama. Ani tandanya parutku sudah dilanda kelaparan tahap raja, kan mengidam masakan mama yang sungguh enak tahap permaisuri.

Sementara parutku belagu Rhoma Irama atu, tarustah ku menyanyi. Ia bunyi parutku ani depends on tahap kelaparanku. Kalau lapar sedikit a.k.a lapar level 1, bebunyi lagu "Jangan Gila Dong". Kalau lapar level 2, lagunya "Goyang Duyu". Sudahnya lapar tahap raja a.k.a lapar level 3, lagunya "Begadang" tia. Lagu "Begadang" ani tah yang diputarkan ulih parutku masa ani ni.

"Bui. Bui, sini sekajap,"tiba-tiba ada suara yang inda ku pasti dari mana, memanggilku.

Aku mencari-cari dimana datangnya suara atu.

"Eh, rabun babi jua kau ani bui eh. Aku di sebalah kanan mu bah!"ujar suara atu lagi.

Aku pun menoleh ke sebalah kananku. Rupanya ada seorang lelaki tua bediri-diri disana sambil memeratikan kediaku. Macam perogol bersiri ada jua mukanya atu.

"Apa ada paji kita memanggil aku ah?"tanyaku kemusykilan.

"Bui yang banarnya.... ada bakas lipstik di pipimu ah. Nah, tissue. Lap bisai-bisai,"balas urang tua atu sambil membagi tissue kepadaku.

Saspen jua urang tua ani eh. Pikir apa tadi memanggil-manggil aku ani. Rupanya ada bakas lipstik di pipiku. Oh by the way kamu jangan pikir yang bukan-bukan ah. Lipstik ani nada kena-mengena sama si Piah ni. BANAR inda ku bedusta ni. Bukannya bakas kana cium ulih si Piah ni. Awu, banar. Inda ku eksyen, inda ku menipu. Mun ku bedusta, cubit tia pipiku ani nah.

Lapas atu aku pun menyambung perjalanan ku balik sambil menyanyi lagu "Begadang".

"Wang. Oi wang!"tiba-tiba ada lagi satu suara yang memanggilku. Inda pandai besanang jua eh.

Dan lagi sekali, aku mencari-cari dari mana datangnya suara atu.

"Woi, woi liat dibawah!"teriak suara atu.

Ooppppsss, tepijak urang rupanya ku. Astahhh. Tanpa membuang masa, aku pun menulung urang yang ku terpijak atu untuk bediri semula.

"Kau ani wang, rabun babi tah banar. Inda kau nampak kah aku belimpang disana atu?"

"Sorry paji eh. Kita atu jua, bahapa tah belimpang disana. Tau sudah ramai urang lalu-lalang disana atu. Disana jua kita belimpang."

"Awu bah, awu bah. Aku tah salah. Ulih kerana kau telah menulung aku bediri, aku kan membagitau kau satu secret."

"Minta maap bejuta-juta tah ku paji. Parutku kebuluran sudah ni. Inda ada ku masa kan mendangar secret kita atu."

"Mun rahsia atu pasal "Jalan Rahsia" ke dunia luar? Mau kau mendangar?"

Eh? Rahsia pasal "Jalan Rahsia"? Hmmm... Interesting usulnya. Usulnya tepaksa tah ku menahan lapar dulu sekajap ni.

Thursday, June 4, 2009

Antah

Jam di laptopku masa ani sudah menunjukkan pukul 2:52 pagi. Aku masih merenung laptopku dengan harapan idea akan muncul secara tiba-tiba. Malangnya idea atu masih jua alum keluar. Pemalu kali idea ani. Yatah inda mau keluar atu. Apa patut ku type untuk sambungan cerita Teenage Angst part 3 ani ah. Talur kali eh, kan seminggu sudah inda ku tesambung cerita ani. Jangan-jangan mengamuk kali kamu ni pasal batah menunggu. Harap-harap para pembaca supaya dapat bersabar & jangan suka-suka hati kan mogok dapan rumahku. Cubit karang pipi atu.

Time-time free cemani ani, patutnya idea atu ada bah. Ani terabang antah kemana. Mungkin terabang ke Brunei kali. Terlampau memikirkan kan balik ke tanah airku yang tercinta, Negara Brunei Darussalam kali yatah idea atu pun malu-malu babi kan keluar. Karang masa sibuk-sibuk, asi-asi idea atu datang. Pandai jua penyeluru idea ani rupanya. Pikirku urang ganya yang pandai penyeluru ani.

Untuk inda menghampakan para pembaca yang barangkali kan mengamuk sampai kan menerajang anak-anak kucing terbiar di jalanan, maritah aku update blog ku ani. Inda pulang seberapa ni. Sekadar yang ku mampu saja ni.

Dalam blog ku ani selalunya aku post cerita. Kalau post yang genre "bekunyanyang" atu adalah jua. Inda banyak tapinya. Mungkin dalam 10% lah termasuk post ku kali ani.

Sebagaimana yang kamu ketahui, kelmarin-kelmarin aku baru habis exam. Examnya: "Bahasa Jawa". Awu jangan tekajut, aku belajar Bahasa Jawa atu untuk mendalami bahasa Jawa supaya dapat bekurapak sama urang-urang Jawa. Tapi eksenku pulang tu. Bagi sesiapa yang inda dapat menangkap joke ku atu FYI Bahasa Jawa atu ialah Java Programming Language.

Yatah tu second & final exam ku. First examku masa last two weeks pasal Computer Systems. Hopefully pass lah dua-dua, amin. My other modules semua pass sudah, alhamdulillah. Tinggal dua atu saja lagi. Lapas habis saja exam Bahasa Jawa, maka aku mengisytiharkan kemerdekaan ke atas diriku. Sepertimana quote si Haikal yang famous, "MERDEKEEEE!!"

Bila ku pikirkan balik-balik, memang inda terasa bah 1st year ku as a univeristy student ani. Dari bulan September last year sampai June this year. Banar tah tu kata-kata urang tua yang pernah ku overheard masa ku menghadiri jemputan kahwin jiran sebalah rumahku dulu, "Sesungguhnya masa atu cemburu dengan kitani."

So apatah yang ku belajar dalam lebih kurang 9 bulan mengambil course Multimedia di Kent ani? Banyak. Inda cukup satu muka surat ni mun ku membagitau. 1000 muka surat pun alum tantu cukup. Aku bagitau yang interesting sajalah, supaya kamu inda mengantuk membaca.

Diantara semua 8 modules yang ku belajar my favourite has to be Visual Communication. Ani paling payah, paling banyak keraja, paling stressful tapi paling siuk. Banyak ku discover benda-benda baru lah masa ku belajar module ani.

Visual Communication atu basically pasal "the art of looking & the art of seeing". Ada kena mengena dengan art lah. Tapi bukan practical, its more to theoretical. Since aku nada background art, aku kepayahan lah. Andang aku struggle ni module yang sebuting ah. Tapi yang siuknya, aku banyak discover benda-benda baru pasal art ani. For example, famous painters & artists, Graphics Design, Freefrom Styles, Typography, Photography & etc. Dulu inda ku berapa tau ni pasal perkara-perkara ani. So Im glad dapat tambah my knowledge lah sepanjang ku belajar Visual Communication ani. Another thing yang siuk pasal module ani, kami pernah kana bagi assignment pasal "Female Nudity" haha.

So atulah module ku yang paling siuk bagiku. Ada lagi dua buting siuk. Nanti tah ku becerita. The rest of my modules mostly programming lah & maths. Atu inda payah ku becerita tu. Boring tu. Kamu jua menguap-nguap karang membaca. Aku pun tenguap-nguap sudah ni. Aku yang menaip ani sudah mengantuk, apatah lagi kamu yang membaca. Bah tidur ku dulu. Mudahan tah masa ku tidur ani, muncul idea-idea bernas untuk menyambung cerita Teenage Angst.

Wednesday, June 3, 2009

Freedom!!

My first year as a university student is officially over.


Yes, freedom for a short time. Two more years before degree ku habis. There are still more challenges lying ahead.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More